Andainya Takdir 2
Andainya Takdir 2 ialah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Eoon Shuhaini, dan kesinambungan drama Andainya Takdir (2017), dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 bermula pada 13 Jun 2018 hingga 2 Ogos 2018. Drama ini berjaya meraih penarafan terbanyak seramai 12 juta penonton menurut Nielsen Audience Measurement.[1]
Andainya Takdir 2 | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Permata Cinta" oleh Aiman Tino |
Lagu penutup | "Permata Cinta" oleh Aiman Tino |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Fariz Che Aziz Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli |
Penerbit | Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dato' A. Aida Datin Sri Noraini Abdul Jalil |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 13 Jun 2018 – 2 Ogos 2018 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
SinopsisSunting
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.
Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Shukri Yahaya sebagai Airil[3]
- Nina Iskandar sebagai Fatihah
- Puteri Balqis sebagai Aleya
Pelakon pembantuSunting
- Syazuwan Hassan sebagai Hafiz
- Mas Khan sebagai Nizam
- Neera Azizi sebagai Sofea
- Sheila Mambo sebagai Normah
- Idris Md Diah sebagai Jalal
- Rosnah Mat Aris sebagai Limah
- Dian P. Ramlee sebagai Salmah
- Annie Arifin sebagai Norlin
- Farahdhiya sebagai Rogayah
- Adiba Yunus sebagai Liza
- Erry Putra sebagai Muhsin
- Putra Amaris sebagai Rozali
- Anne Abdullah sebagai Siah
- Jasmine Ashraff sebagai Kak Long
PenerbitanSunting
Along Kamaludin pada awalnya mahu terus mengarah drama ini, namun mengundurkan diri kerana perbezaan kreatif. Beliau digantikan oleh Eoon Shuhaini.[4]
SambutanSunting
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | PENARAFAN TERTINGGI | JUMLAH TONTONAN | ATAS TALIAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|---|
N/A | N/A | [1][5][6] |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Pelakon Watak Antagonis Popular | Shukri Yahaya | Menang | |
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019[7] | Antagonis Pilihan | Mas Khan | Tercalon | |
Lagu Tema Pilihan | Permata Cinta (Aiman Tino) | Tercalon | ||
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Drama Rantaian Terbaik | A.Aida Production | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ a b Budiey (8 Ogos 2018). Drama Andainya Takdir 2 raih 12 juta penonton Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
- ^ Andainya Takdir 2 (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
- ^ Lany Azman (4 Ogos 2017). Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya disuruh kurus? Media Hiburan. Dicapai pada 28 Februari 2019.
- ^ Terkilan tak arah Andainya Takdir 2 Harian Metro (26 April 2018). Dicapai pada 27 April 2018.
- ^ Zaidi Che (24 Disember 2018). 5 Drama Melayu Paling Popular 2018 - Teka Drama Yang Mengalahkan Nur Diarkibkan 2020-04-20 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 24 Disember 2018.
- ^ Budiey (22 Disember 2018). Senarai Top 5 Drama Melayu TV3 Tahun 2018 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (6 April 2019). Saingan sengit gondol trofi Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2020.