Anderson Luís de Abreu Oliveira

Anderson Luís de Abreu Oliveira (lahir 13 April 1988 di Porto Alegre, Brazil), dikenali dengan nama Anderson, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil, sekarang ini bermain untuk kelab Fiorentina. Posisi biasa beliau adalah di pemain tengah menyerang, tetapi di Manchester United beliau bermain di midfield tengah, di mana dia berkebolehan bertahan dan juga menyerang apabila mendapat bola.

Anderson
Maklumat peribadi
Nama penuh Anderson Luís de Abreu Oliveira
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Posisi permainan Pemain tengah, Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fiorentina
Nombor 8
Kerjaya remaja
1993–2004 Grêmio
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Grêmio 5 (1)
2005-2007F.C. Porto 18 (2)
2007–Manchester United 179 (9)
2014–Fiorentina (pinjaman) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2005–2006
2007–
Brazil U-17
Brazil
36 (18)
020(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:19, 16 December 2007 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 02:30, 17 July 2007 (UTC)

Karier kelab sunting

Grêmio sunting

Anderson menyertai Grêmio sebagai pemain junior pada tahun 2005 dan membuat penampilan sulungnya bersama pasukan tersebut. Anderson bermain dalam lima perlawanan Liga Serie B Brazil pada separuh kedua tahun tersebut. Beliau meraih gelaran ikon pasukan setelah menjaringkan gol yang membawa Grêmio kembali ke Serie A dalam perlawanan penentuan menentang Nautico. Gol itu amat diingati memandangkan Grêmio pada ketika itu hanya mempunyai tujuh pemain di atas padang, selain Nautico menyaksikan satu sepakan penalti mereka diselamatkan.

Porto sunting

Anderson menyertai Porto pada Disember 2005 selepas hanya lima penampilan pasukan utama bersama Grêmio, dan membuat penampilan liga pertama bersama Porto pada 5 Mac 2006. Beliau seterusnya membantu Porto memenangi Liga Portugal musim itu. Musim seterusnya, beliau membuat kemunculan sulung Liga Juara-Juara Eropah menentang CSKA Moscow. Bagaimanapun, Anderson terlepas perlawanan selama 5 bulan berikutan patah kaki.

Manchester United sunting

Pada 3 Mei 2007, laman web United mengumumkan kelab telah bersetuju secara dasarnya untuk menandatangani khidmat Anderson daripada Porto dengan bayaran yang tidak dinyatakan. Pada 29 Jun 2007, Anderson memperoleh permit kerja untuk bermain di United Kingdom, dan perpindahan itu disempurnakan pada 2 Julai. Anderson menjadi pemain kedua dari Brazil bermain di Manchester United selepas Kleberson.

Beliau diberikan nombor 8 yang dipakai oleh Wayne Rooney sebelumnya dan membuat penampilan sulung pada 3 Ogos 2007, bermain selama 45 minit dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Doncaster Rovers yang dimenangi United 2-0.

Membuat penampilan liga kompetitif menentang Sunderland pada 1 September 2007, Anderson kemudiannya digantikan oleh Louis Saha pada separuh masa. Penampilan Liga Juara-Juara sulungnya bersama United muncul ketika United berdepan Sporting Lisbon pada 19 September 2007, sebagai pemain gantian kepada Ryan Giggs pada minit ke-76. Beliau bermain selama 90 minit penuh ketika kekalahan United kepada Coventry City dalam perlawanan Piala Liga pada 26 September 2007, bermain bersama-sama skuad yang hampir keseluruhannya daripada pemain simpanan dan skuad muda.

Pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008 di Moscow, Anderson menjadi pemain gantian di minit terakhir kepada Wes Brown, dan menyempurnakan sepakan penalti keenam United dalam penentuan penalti yang seterusnya membantu United menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau menyempurnakan penalti terakhir dalam perlawanan akhir Piala Liga 2008-09 menentang Tottenham Hotspur di Wembley, setelah masuk pada minit ke-56 menggantikan Danny Welbeck.

Fiorentina sunting

Pada musim perpindahan Januari 2014, beliau telah bersetuju untuk menyertai Fiorentina, kelab Serie A Itali dalam perjanjian pinjaman dengan pilihan diberikan kepada Fiorentina untuk membeli pada musim perpindahan seterusnya pada musim panas 2014.[1]

Anugerah sunting

Kelab sunting

Grêmio sunting

Porto sunting

Antarabangsa sunting

Brazil U-17 sunting

Brazil sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting