Andi Rianto (lahir di Sorong, Papua, 7 Mei 1972; umur 52 tahun) ialah pemuzik dan komposer berkebangsaan Indonesia. Andi merupakan pemimpin Magenta Orchestra. Ia telah terlibat dalam banyak ilustrasi muzik filem dan penggarapan album buat sejumlah artis ternama Indonesia, di antaranya Ebiet G. Ade, Ari Lasso, Rita Effendy, Titi DJ, serta Rossa, dan menghasilkan lagu bagi beberapa artis seperti Agnez Mo dan Lyodra Ginting. Andi Rianto juga telah dua kali meraih pencalonan dalam Festival Film Indonesia (FFI) sebagai Penata Muzik Terbaik bagi karyanya dalam filem Arisan (2003) dan Mengejar Matahari (2004), dan meraih Piala Vidia pada tahun 2005 untuk Penata Muzik Terbaik untuk drama siri Bila Kita Pacaran Lagi? (2005).[1]

Andi Rianto
Nama lahirAndi Rianto
Kelahiran (1972-05-07) 7 Mei 1972 (umur 52)
Sorong, Irian Jaya
PekerjaanPemuzik, komposer
Tahun aktif1976–kini

Latar belakang

sunting

Andi mula belajar piano pada usia empat tahun, iaitu les piano klasik. Pada usia lima tahun, beliau mampu mengiringi kanak-kanak di TVRI pimpinan Kak Seto dan Henny Poerwonegoro. Pada usia lapan tahun, beliau belajar piano dengan Baartje Sitindjak. Selanjutnya, beliau belajar di Yamaha Music Foundation di bawah pimpinan Watanabe. Pada 1990, ketika belajar di sekolah menengah atas, Andi pindah ke Amerika Syarikat dan melanjutkan pendidikan di Forest Hills High School, New York. Andi juga merupakan salah satu bekas Pelajar Teladan Kebangsaan peringkat SLTP tahun 1987.

Karier muzik

sunting

Pada tahun 1992, beliau berjaya masuk di Berklee College of Music, di Boston. Di Berklee, beliau belajar berkenaan penggubahan lagu. Di Berklee, buah karyanya bukan hanya dalam bentuk manuskrip, tetapi juga dipentaskan. Pada tahun 1996, Andi lulus dari Berklee dengan predikat Cum Laude. Kemudian, Andi pulang ke Indonesia pada 1999 dan menubuhkan Magenta Orchestra di Jakarta.

Rujukan

sunting