Buka menu utama

GeografiSunting

Andijan terletak di timur wilayah Andijan dan berada di kawasan tenggara Lembah Fergana, berdekatan sempadan Uzbekistan dan Kyrgyzstan.

SejarahSunting

PenamaanSunting

Punca nama Andijan masih tidak dapat diketahui. Andijan dikenali oleh ahli geografi Arab pada abad ke-10 dengan nama-nama seperti "Hindijaan," "Hindaghan," dan "Handigan" yang bererti "bandar Hindu atau kuil-kuil Hindu".[1] Rekod-rekod sejarah mengaitkan nama Andijan dengan nama puak-puak Turkik.[2]

Zaman awalSunting

Andijan merupakan salah satu kota tertua di Lembah Fergana dan juga berperanan sebagai kota yang penting dalam Laluan Sutera.[3] Ahili-ahli arkeologi telah menemui artifak-artifak dari abad ketujuh dan kelapan di beberapa kawasan di Andijan.[2]

Bandar ini terkenal sebagai tempat lahir Babur, pengasas empayar Mughal di Subbenua India serta maharaja pertama empayar tersebut setelah menghadapi beberapa halangan. Ketika zaman Wangsa Timuriyah, Andijan merupakan kota yang berperanan penting dalam kawasan tersebut dan berlakunya percambahan budaya dan seni yang pesat di bandar tersebut.

Kota Andijan juga merupakan tempat berlakunya Kebangkitan Andijan 1898 yang merupakan serangan terhadap pihak Rusia oleh kumpulan yang diketuai seorang sufi, Dukchi Ishan.[4]

Pada 16 Disember 1902, sebuah gempa bumi yang teruk berlaku di kawasan Andijan, menyebabkan kira-kira 30,000 rumah musnah dan lebuh kurang 4,500 orang terkorban.[3]

Zaman modenSunting

Setelah bermulanya pemerintahan Soviet pada 1917, bandar Andijan dijadikan sebagai bandar industri penting dalam RSS Uzbekistan dan terpisah dari bandar-bandar lain di Lembah Fergana setelah lembah tersebut dibahagikan ke dalam tiga negara Soviet.

Ketika Perang Dunia Kedua, ramai penduduk Soviet berpindah ke Andijan dan kawasan berdekatan. Sejak 1941, terdapat juga pelarian Yahudi dari Poland yang diduduki Nazi pada masa itu berpindah ke Andijan setelah dihalau oleh Soviet ke Siberia dan Asia Tengah.

Pada 13 Mei 2005, sebuah insiden serangan besar-besaran berlaku apabilah pihak tentera Uzbekistan melancarkan serangan terhadap kumpulan yang melakukan tunjuk perasaan sehingga membunuh sekurang-kurangnya 187 orang.[5][6]

PendidikanSunting

Bandar Andijan memiliki beberapa buah institut pengajian tinggi seperti Institut Perubatan Andijan. Secara kerseluruhannya, Andijan mempunyai empat buah kolej, sebuah sekolah tinggi, 21 buah sekolah vokasional, 47 buah sekolah menengah, tiga buah sekolah seni dan sembilan buah sekolah sukan.[7]

RujukanSunting

  1. ^ Pospelov, E. M. (1998). Geographical Names of the World. Toponymic Dictionary (dalam bahasa Rusia). Moscow: Russkie slovari. m/s. 36. ISBN 5-89216-029-7. 
  2. ^ a b Ziyayev, Baxtiyor (2000–2005). Andijon. Oʻzbekiston milliy ensiklopediyasi (dalam bahasa Uzbek). Tashkent: Oʻzbekiston milliy ensiklopediyasi. 
  3. ^ a b Andijon. Ensiklopedik lugʻat (dalam bahasa Uzbek). Tashkent: Oʻzbek sovet ensiklopediyasi. 1988. m/s. 42–43. 5-89890-002-0. 
  4. ^ Khalid, Adeeb (1998). The Politics of Muslim Cultural Reform: Jadidism in Central Asia. Comparative studies on Muslim societies. Berkeley: University of California Press. m/s. 59. ISBN 0-520-21355-6. 
  5. ^ Usmanova, Dilya. "Uzbekistan: Andijan - A policeman's account". Institute for War and Peace Reporting. Dicapai 7 April 2014. 
  6. ^ "Preliminary findings on the events in Andijan, Uzbekistan, 13 May 2005". Organisation for Security and Co-operation in Europe. Warsaw. 20 Jun 2005. 
  7. ^ Moʻminov, Ibrohim, penyunting (1971). Andijon [Ensiklopeida Soviet Uzbek]. Oʻzbek sovet ensiklopediyasi (dalam bahasa Uzbek). Toshkent. m/s. 359–360. 

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Andijan di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Andijan dari Wikivoyage