André Miguel Valente da Silva (sebutan dalam bahasa Portugis: [ɐ̃ˈdɾɛ ˈsiɫvɐ]; lahir 6 November 1995) merupakan pemain bola sepak Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dan pasukan kebangsaan Portugal.

André Silva
Maklumat peribadi
Nama penuh André Miguel Valente da Silva
Tarikh lahir (1995-11-06) 6 November 1995 (umur 28)
Tempat lahir Baguim do Monte, Portugal
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Eintracht Frankfurt
Nombor 33
Kerjaya remaja
2003–2007 Salgueiros
2007–2008 Boavista
2008–2010 Salgueiros
2010–2011 Padroense
2011–2014 Porto
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2016 Porto B 84 (24)
2015–2017 Porto 41 (17)
2017–2020 Milan 25 (2)
2018–2019Sevilla (pinjam) 27 (9)
2019–2020Eintracht Frankfurt (pinjam) 25 (12)
2020– Eintracht Frankfurt 32 (28)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Portugal B16 12 (2)
2010–2011 Portugal B17 11 (2)
2011–2012 Portugal B18 10 (0)
2012–2014 Portugal B19 24 (16)
2014–2015 Portugal B20 10 (8)
2015– Portugal B21 3 (4)
2016– Portugal 40 (16)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:49, 22 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Jun 2021

Kerjaya kelab sunting

Porto sunting

Silva telah dilahirkan di Baguim do Monte di Gondomar. Beliau mula bermain bola sepak bersama kelab bola sepak kecil di Porto, S.C. Salgueiros. Beliau turut sempat menjadi pemain Boavista FC tetapi tidak lama selepas itu, beliau kembali ke kelab lamanya yang dinamakan semula sebagai Salgueiros 08.

Silva menyertai kelab junior FC Porto pada tahun 2011 di kala beliau berusia 15 tahun. Pada 12 Ogos 2013, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk FC Porto B dengan menggantikan Tozé pada minit ke-77 ketika menentang S.C. Beira-Mar yang berkesudahan Porto menang 3-2 dalam saingan Segunda Liga.

Silva menamatkan musim keduanya bersama Porto B dengan melakukan 34 kemunculan dan menjaringkan tujuh gol selain membantu pasukannya menduduki tangga ke-13 di divisyen kedua.

Silva melakukan penampilan sulungnya bersasma pasukan senior FC Porto pada 29 Disember 2015 dengan beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan ketika menentang C.S. Marítimo dalam saingan Taça da Liga yang menyaksikan Porto tewas 1-3. Kemunculan pertamanya di Primeira Liga pada empat hari berikutnya apabila beliau menggantikan Vincent Aboubakar pada 20 minit terakhir ketika menentang Sporting Clube de Portugal yang berkesudahan Porto tewas 2-0.

Beliau memulakan musim 2015-16 sebagai penyerang ketiga Porto di belakang penyerang utama kelab, Aboubakar dan Dani Osvaldo. Namun, nasibnya bertambah buruk apabila Porto membawa masuk penyerang baru, Suk Hyun-jun dan Moussa Marega. Namun begitu selepas José Peseiro menggantikan Julen Lopetegui sebagai pengurus baru, Silva lebih banyak diberi peluang untuk beraksi. Beliau menjaringkan gol sulungnya dalam saingan liga pada perlawanan terakhir liga menetnang Boavista yang berkesudahan Porto meraih kemenangan 4-0. Beliau turut beraksi dalam perlawanan akhir Taça de Portugal menentang Braga pada 22 Mei. Beliau membantu Porto untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan menjaringkan kedua-dua gol Porto selepas mereka ketinggalan 2-0. Di samping itu, beliau menjaringkan gol menarik iaitu sepakan gunting saat beliau menyumbat gol kedua Porto pada lewat permainan. Namun, Porto tewas dalam penentuan penalti 4-2.

Silva memulakan musim 2016-17 dengan baik. Beliau menjaringkan gol pada perlawanan liga menentang Rio Ave dan Estoril. Selain itu, Silva turut menjaringkan gol pada perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang Roma yang berkesudahan seri 1-1. Pada 21 Ogos 2016, beliau menandatangani kontrak lima tahun termasuk klausa pelepasan sebanyak 60 juta euro.[1]

Milan sunting

Pada 12 Jun 2017, Silva melakukan perpindahan yang menelan kos sebanyak 38 juta euro ke kelab Itali, Milan dengan menandatangani kontrak lima tahun.[2] Beliau diberi jersi nombor 9 yang sebelumnya dipakai oleh Gianluca Lapadula.[3]

Silva melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 27 Julai dengan beraksi selama 24 minit pada perlawanan menentang CS Universitatea Craiova dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Liga Europa yang berkesudahan Milan mencatat kemenangan 1-0.[4] Pada 17 Ogos, dalam pusingan play-off Liga Europa, beliau menjaringkan dua gol dan membantu satu jaringan ketika menentang KF Shkëndija yang menyaksikan Milan meraih kemenangan 6-0. Pada 14 September, beliau menjaringkan hatrik dalam peringkat kumpulan menentang Austria Wien yang berkesudahan Milan menang 5-1.[5] Dalam proses, beliau merupakan pemain pertama menjaringkan hatrik untuk Milan dalam kejohanan Eropah setelah Kaká pada tahun 2006.[6] Hasil persembahang cemerlang Silva, beliau dipilih ke dalam Pasukan Terbaik Mingguan Liga Europa.[7]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Silva ketika mewakili pasukan kebangsaan Portugal dalam kejohanan Piala Konfederasi 2017.

Silva mewakili Portugall di dalam setiap peringkat umur. Beliau bersama pasukan bawah-20 mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-20 2015 dan beliau telah menjaringkan empat gol dalam peringkat kumpulan.[8] Portugal hanya sekadar melangkah ke peringkat suku akhir.[9][10] Dahulunya dalam kejohanan Eropah bawah-19 2014, beliau merupakan pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan (ketika menewaskan Hungary 6–1). Portugal akhirnya menjadi naib juara dalam kejohanan tersebut.[11]

Pada 8 September 2015, dalam kemunculan sulungnya untuk pasukan bawah-21, Silva menjaringkan hatrik dalam masa 19 minit (dalam kedua-dua babak permainan) ketika menentang Albania dalam kelayakan Kejohanan Eropah bawah-21 2017. Beliau menerima panggilan pertama skuad senior oleh ketua jurulatih Fernando Santos pada 26 Ogos.[12] Pada 1 September, beliau beraksi pada babak kedua untuk pasukan senior Portugal dalam perlawanan persahabatan menentang Gibraltar.[13]

Silva mencetak gol sulungnya untuk pasukan kebangsaan Portugal pada 7 Oktober 2016 ketika menewaskan Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.[14] Tiga hari berikut, dalam aksi sama, beliau menjaringkan tiga gol pada babak pertama ketika menewaskan Kepulauan Faroe.

Silva dipilih ke skuad Piala Konfederasi 2017 sekali gus menjadikan kejohanan sulungnya untuk pasukan senior Portugal. Beliau melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan tersebut apabila beliau menggantikan Ricardo Quaresma ketika permainan berbaki lapan minit saat menentang Mexico yang berkesudahan seri 2-2.[15] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan tersebut pada 24 Jun dengan beraksi hingga wisel penamat menentang New Zealand yang berkesudahan Portugal menang 4-0.[16] Dalam perlawanan penentuan temapt ketiga, Silva gagal menyudahkan tendangan penaltinya apabila berjaya diselamatkan oleh Guillermo Ochoa, namun pasukannya akhirnya mengecewakan Mexico 2-1 selepas masa tambahan.[17]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 17 Disember 2017
Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Porto 2015–16 9 1 5 2 0 0 14 3
2016–17 32 16 2 0 10 5 44 21
Jumlah 41 17 7 2 10 5 58 24
  Milan 2017-18 10 0 1 0 10 8 21 8
Jumlah kerjaya 51 17 8 2 20 11 79 32

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Portugal
Tahun Kmncln Gol
2016 5 4
2017 13 7
Jumlah 18 11

Gol antarabangsa sunting

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Porto B

Antarabangsa sunting

Portugal

Individu sunting

Nota sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Andre Silva signs new FC Porto contract with €60m release clause". ESPN FC. 21 August 2016. Dicapai pada 22 August 2016.
  2. ^ "Official: André Silva is a new AC Milan player". A.C. Milan. 12 June 2017. Dicapai pada 12 June 2017.
  3. ^ "Serie A: Red&blacks' shirt numbers announced". A.C. Milan. 12 August 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  4. ^ "Newcomers Ricardo Rodriguez, Franck Kessie lift Milan past FC U Craiova". ESPN FC. 27 July 2017. Dicapai pada 28 July 2017.
  5. ^ "Austria Wien 1–5 Milan". UEFA. 14 September 2017. Dicapai pada 14 September 2017.
  6. ^ "Andre Silva revels in Milan hat-trick". Football Italia. 14 September 2017. Dicapai pada 16 September 2017.
  7. ^ "Who makes our Europa League Team of the Week". UEFA. 15 September 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  8. ^ "Portugal stay perfect, Colombia sneak through". FIFA. 6 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-06. Dicapai pada 11 September 2015.
  9. ^ "Porto pair propelling Portugal's title tilt". FIFA. 10 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-20. Dicapai pada 11 September 2015.
  10. ^ "Brazil through as profligate Portugal pay the penalty". FIFA. 14 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-16. Dicapai pada 11 September 2015.
  11. ^ "Germany secure second title in Hungary". UEFA. 2014. Dicapai pada 16 May 2016.
  12. ^ "André Silva and João Cancelo called into Portugal squad". PortuGOAL. 28 August 2016. Dicapai pada 29 August 2016.
  13. ^ "Portugal 5–0 Gibraltar: European champions hammer minnows as Nani scores brace". Daily Mail. 1 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.
  14. ^ "Portugal 6–0 Andorra: Cristiano Ronaldo nets FOUR in rout as minnows have two men sent off for kicking Real Madrid star during World Cup qualifier". Daily Mail. 7 October 2016. Dicapai pada 9 October 2016.
  15. ^ "Héctor Moreno's stoppage-time header earns Mexico draw against Portugal". The Guardian. 18 June 2017. Dicapai pada 18 June 2017.
  16. ^ "Portugal cruise into semi-finals". FIFA. 24 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-04. Dicapai pada 24 June 2017.
  17. ^ "Portugal come from behind to finish third". FIFA. 2 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-02. Dicapai pada 15 September 2017.
  18. ^ "Our Champions League breakthrough team of 2016". UEFA. 24 December 2016. Dicapai pada 25 December 2016.

Pautan luar sunting