Andrea Belotti

pemain bola sepak Itali

Andrea Belotti (sebutan bahasa Itali: [anˈdrɛːa beˈlɔtti]; lahir 20 Disember 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Roma dan merupakan pemain antarabangsa Itali.

Andrea Belotti
Maklumat peribadi
Nama penuh Andrea Belotti
Tarikh lahir (1993-12-20) 20 Disember 1993 (umur 30)
Tempat lahir Calcinate, Itali
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 11
Kerjaya remaja
2003–2006 Grumellese
2006–2012 AlbinoLeffe
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 Albinoleffe 39 (14)
2013–2015 Palermo 62 (16)
2015–2022 Torino 232 (100)
2022– Roma 36 (2)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Itali B19 6 (2)
2012–2013 Itali B20 9 (4)
2013–2015 Itali B21 18 (9)
2016– Itali 44 (12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Jun 2022

Digelar Il Gallo, Belotti telah memulakan kariernya bersama kelab Albinoleffe. Beliau seterusnya dibawa masuk ke Palermo sebelum menjuarai Serie B pada musim 2013–14. Beliau berpindah ke Torino pada tahun 2015. Beliau kini merupakan pemain di kedudukan kesepuluh sebagai penjaring terbanyak Torino sepanjang zaman.[2]

Beliau pernah mewakili pasukan Itali di peringkat bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Beliau juga pernah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015. Belotti melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior pada tahun 2016.

Kehidupan awal sunting

Belotti digelar Il Gallo (Si Ayam Jantan).[3][4] Gelaran itu berasal daripada nama keluarga rakan rapatnya pada zaman kanak-kanak. Dia pernah bergurau dengan mencadangkan bahawa Belotti perlu meraikan jaringan golnya dengan melakukan mimik menyerupai balung ayam menggunakan tapak tangannya di dahi.[5][6]

Kerjaya kelab sunting

AlbinoLeffe sunting

Beliau mengorak langkah memulakan kariernya di sebuah sekolah berpidato di Gorlago[7] dan Grumellese. Selepas beliau mengalami kegagalan dalam ujian percubaan bersama Atalanta,[8] beliau telah diikat oleh AlbinoLeffe lalu menyertai pasukan belia. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior ketika musim 2011–12 dengan beraksi dalam lapan perlawanan Serie B dan menjaringkan dua gol. Beliau juga berjaya menjaringkan 13 gol untuk menjadi penjaring terbanyak pasukan belia pada sepanjang musim 2011–12 di samping memenangi kejohanan belia, Trofeo Dossena pada Jun 2012.[9]

Pada musim berikutnya, beliau telah ditawarkan menyertai pasukan senior. Beliau telah melakukan 31 penampilan dalam saingan Lega Pro Prima Divisione sambil menjaringkan 12 gol. Beliau juga melakukan kemunculan pada aksi Coppa Italia.[10] Selepas kedatangan pemain pertahanan Mauro Belotti, Andrea telah diberi nama samaran Belottino.[11]

Palermo sunting

Pada 2 September 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Palermo dengan nilai 500,000 euro (termasuk klausa pelepasan yang bernilai 2.5 juta euro).[12] Beliau melakukan penampilan pertamanya bersama Palermo pada 24 September 2013 dengan menggantikan Davide Di Gennaro dalam aksi menentang Bari. Beliau telah melakukan hantaran kepada jaringan Kyle Lafferty tetapi permainan itu berakhir dengan kekalahan Palermo 1-2. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Rosaneri pada 5 Oktober semasa menentang Brescia. Pada 3 Mei 2014, pasukannya berjaya menempah tempat ke Serie A musim depan selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Novara. Beliau menamatkan kempen ini dengan menjaringkan 10 gol liga. Pada 18 Jun 2014, Palermo mengeksisi hak untuk menebus sebahagian daripada kontrak Belotti dalam rundingan pemilikan bersama.[13][14] Di samping itu, Palermo memiliki pilihan lain untuk menebus satu bahagian lagi yang bernilai 3.5 juta euro.

Beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie A pada 31 Ogos 2014 semasa berusia 20 tahun. Beliau menggantikan Paulo Dybala dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Sampdoria.[15] Pada 12 September, Palermo telah mengumumkan bahawa pihak kelab telah menebus saki-baki kontrak Belotti.[16] Pada 24 September, beliau telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan Serie A ketika menentang Napoli yang tamat dengan kedudukan seri 3-3. Pada 13 Disember, beliau telah menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada masa kecederaan menentang Sassuolo untuk membantu Palermo meraih kemenangan 2-1. Kemenangan ini memastikan Palermo mengekalkan rekod tanpa kalah liga sepanjang tujuh perlawanan berturut-turut (menyamai rekod pada musim 2009-10 ketika di bawah kendalian jurulatih Delio Rossi). Beliau telah beraksi dalam 38 perlawanan pada sepanjang musim itu dengan kebanyakannya beraksi sebagai pemain gantian. Beliau turut mencetak enam jaringan gol.

Torino sunting

Pada 18 Ogos 2015, Belotti telah berpindah ke Torino secara rasmi melalui perpindahan yang bernilai 7.5 juta euro.[17][18] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menewaskan Bologna 2-0. Pada 16 Januari 2016, beliau telah menjaringkan dua gol untuk Torino bagi membantu pasukannya menundukkan Frosinone 4-2.[19] Pada 20 Mac, beliau telah menjaringkan gol dari dalam kotak penalti pada minit ke-48 permainan untuk menewaskan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon sekali gus meleburkan rekod penjaga gol itu yang tidak dibolosi selama beratus-ratus minit dalam aksi yang berakhir dengan kekalahan 4-1.[20] Beliau juga menamatkan musim 2015–16 dengan menghasilkan 12 gol dalam 35 perlawanan.

Beliau telah memulakan musim 2016–17 melalui jaringan tandukan semasa menentang Milan. Namun, sepakan penalti yang diambil olehnya berjaya diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma sekali gus meletakkan perlawanan berakhir dengan kekalahan 3-2. Pada perlawanan berikutna pada 28 Ogos, beliau menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika membelasah Bologna 5-1 di laman sendiri.[21] Pada 4 Disember, beliau telah melanjutkan kontraknya bersama Torino sehingga tahun 2021[22] dan nilai klausa pelepasannya mencecah 100 juta euro yang hanya membabitkan kelab-kelab luar.[23] Pada 5 Mac 2017, beliau memakai lilitan kapten pasukan buat kali pertama semasa menentang Palermo[24] sebelum beliau menjaringkan hatrik terpantas di Serie A sejak 30 Januari 2000 (tujuh minit dan 15 saat) sekali gus meleburkan rekod yang dipegang oleh Andriy Shevchenko.[25][26][27] Pada bulan berikutnya, beliau menjadi pemain pertama yang berada di bawah usia 24 tahun untuk menjaringkan 24 gol dalam satu musim Serie A sejak musim 1999-2000 yang turut dilakukan oleh Shevchenko pada masa itu.[28] Beliau menamatkan musim itu dengan menjaringkan 26 gol dalam 35 perlawanan selain menjadi penjaring ketiga terbanyak liga di belakang pendahulu lain, Edin Džeko dan Dries Mertens.

Selepas dilantik sebagai kapten pasukan Torino secara tetap,[29] beliau menghasilkan jaringan sulungnya pada musim 2017–18 melalui sepakan gunting semasa membenam Sassuolo 3-0.[30] Akibat sering dibelenggu kecederaan, beliau gagal mengulangi kejayaan cemerlangnya pada musim lalu apabila beliau hanya menjaringkan sepuluh gol di Serie A pada kali ini.[31]

Pada 26 Ogos 2018, Belotti menjaringkan gol pertamanya pada musim 2018–19 dalam aksi menentang Inter Milan di San Siro.[32] Pada 4 November, beliau telah menjaringkan dua gol buat kali pertama pada musim ini semasa membantu pasukannya melakar kemenangan ke atas Sampdoria.[33] Pada 25 Mei, beliau menjaringkan sepakan gunting buat kali kedua dalam kariernya dalam aksi sekali lagi menentang lawan yang sama, Sassuolo. Memandangkan prestasi beliau pada musim ini, Belotti telah diundi sebagai "Pemain Terbaik Torino" (menggantikan Nicolas Nkoulou).[34] Belotti menamatkan musim kali ini dengan menyumbat 15 gol liga di samping menyumbang kepada kelayakan ke Liga Europa untuk musim depan selepas penyertaan Milan telah ditolak.

Pada 25 Julai 2019, Belotti melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan Eropah iaitu dalam aksi pusingan pertama kelayakan Liga Europa menentang Debrecen. Beliau menjaringkan gol pembukaan permainan melalui sepakan penalti.[35] Pada 29 Ogos, Belotti menjaringkan gol tandukan ketika menentang Wolverhampton lalu merekodkan jaringannya yang ke-77 bersama Torino sekali gus meletakannya sebagai penjaring kesepuluh terbanyak kelab sepanjang zaman.[36] On 26 September, he scored his first brace of the season in a 2–1 win over Milan.[30]

Kerjaya antarabangsa sunting

Belia sunting

Belotti telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-19 Itali buat kali pertama pada Disember 2011 untuk menghadapi perlawanan menentang pasukan wakil daripada Lega Pro pada Disember 2011. Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan itu yang berakhir dengan kemenangan pasukan bawah-19 dengan kedudukan 4-2.[37][38] Dalam pusingan kelayakan elit Kejohanan Eropah Bawah-19 2012, beliau tampil sebagai penyerang Itali menerusi formasi pasukan 4–2–3–1.[39] Dalam kempen itu, beliau telah menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan .[40]

Belotti telah menjaringkan empat gol dalam sembilan penampilan untuk pasukan bawah-20. Pada 14 Ogos 2013, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 dalam perlawanan persahabatan menewaskan Slovakia 4-1. Pada 5 September, beliau tampil dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 menentang Belgium yang berakhir dengan kekalahan 3-1. Pada 14 November, beliau seterusnya menjaringkan gol sulungnya bersama pasukan bawah-21 ketika menundukkan Ireland Utara. Pada 5 September 2014, beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi kempen kelayakan Kejohanan Eropah menewaskan Serbia 3-2.

Ketika di bawah kendalian pengurus Luigi Di Biagio, Belotti telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang berlangsung di Republik Czech. Beliau telah menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan terakhir Itali menewaskan England. Namun, keputusan kemenangan itu tidak cukup untuk melayakkan Itali ke peringkat separuh akhir apabila skuad azzurrini menghuni tempat ketiga dalam peringkat kumpulan di belakang dua pasukan finalis kejohanan itu nanti iaitu Portugal dan Sweden.[41]

Senior sunting

Pada 27 Ogos 2016, Belotti telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali buat kali pertama ketika di bawah kendalian pengurus Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Perancis pada 1 September dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Israel pada 5 September.[42] Beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis yang berakhir dengan kekalahan 3-1.[43] Belotti menjaringkan gol pertamanya untuk Itali pada 9 Oktober dengan menghasilkan gol pembukaan permainan dalam aksi kelayakan Piala Dunia menewaskan Macedonia.[44]

Kehidupan peribadi sunting

Belotti telah berkahwin dengan Giorgia Duro pada 15 Jun 2017.[45] Mereka mempunyai seekor anjing yang bernama Angi.[46]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 30 Jun 2020.[47][48]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  AlbinoLeffe 2011–12 8 2 0 0 8 2
2012–13 31 12 1 0 32 12
2013–14 0 0 1 0 1 0
Jumlah 39 14 2 0 41 14
  Palermo 2013–14 24 10 0 0 24 10
2014–15 38 6 1 0 39 6
2015–16 0 0 1 0 1 0
Jumlah 62 16 2 0 64 16
  Torino 2015–16 35 12 1 0 36 12
2016–17 35 26 3 2 38 28
2017–18 32 10 3 3 35 13
2018–19 37 15 2 2 39 17
2019–20 27 12 2 0 6[a] 6 35 18
Jumlah 166 75 11 7 6 6 183 88
Jumlah kerjaya 267 105 15 7 6 6 288 118
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa sunting

Sehingga 15 November 2019.
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2016 5 3
2017 8 1
2018 7 1
2019 7 4
Jumlah 27 9

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
9 Oktober 2016 Skopje, Macedonia   Macedonia Utara
0–1
2–3
Kelayakan Piala Dunia 2018
2
12 November 2016 Vaduz, Liechtenstein   Liechtenstein
0–1
0–4
3
0–4
4
11 Jun 2017 Udine, Itali
2–0
5–0
5
28 Mei 2018 St. Gallen, Switzerland   Arab Saudi
2–0
2–1
Persahabatan
6
5 September 2019 Yerevan, Armenia   Armenia
1–1
1–3
Kelayakan UEFA Euro 2020
7
15 Oktober 2019 Vaduz, Liechtenstein   Liechtenstein
0–2
0–5
8
0–5
9
15 November 2019 Zenica, Bosnia dan Herzegovina   Bosnia dan Herzegovina
0–3
0–3

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Palermo

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Andrea Belotti" (dalam bahasa Italian). Aston Villa F.C. Dicapai pada 13 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  2. ^ "Belotti nella top ten dei marcatori di sempre!". torinofc.it (dalam bahasa Itali). Torino F.C. 30 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-07. Dicapai pada 2 April 2020.
  3. ^ E il gallo cantò due volte. Palermo-Novara 2-1 Diarkibkan 31 Julai 2017 di Wayback Machine Palermocalcio.it
  4. ^ Tutti ai piedi del 'Gallo'. Il futuro è già qui Livesicilia.it
  5. ^ Gallo, parla l'ispiratore dell'esultanza di Belotti: "Andrea un vero amico, la sua forza è pazzescamente l'umiltà. Palermo lo incanta, può fare 15 gol" Palermo24.net
  6. ^ Zamparini, 500 partite in rosa. Belotti stappa lo champagne Diarkibkan 17 Jun 2014 di Wayback Machine Linksicilia.it
  7. ^ "Padre Belotti: "Atalanta, ricordi quel provino?"". Mediagol.it. 27 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 25 April 2017.
  8. ^ "BELOTTI: "Io scartato dall'Atalanta, poi.."". Mediagol.it. 6 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 25 April 2017.
  9. ^ "Il trofeo Dossena è dell'AlbinoLeffe!" (dalam bahasa Italian). UC AlbinoLeffe. 16 June 2012. Dicapai pada 17 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "AlbinoLeffe sconfitto all'esordio in Coppa Italia" (dalam bahasa Italian). UC AlbinoLeffe. 6 August 2012. Dicapai pada 11 February 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "L'uomo del giorno: Mauro Belotti "sono molto contento per la crescita del gruppo"". Albinoleffe.com. Dicapai pada 25 April 2017.
  12. ^ "PRESI BELOTTI E VERRE VIVIANO IN PRESTITO ALL'ARSENAL". Palermocalcio.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2013. Dicapai pada 25 April 2017.
  13. ^ "ACQUISTATA LA METÀ DI BELOTTI". Palermocalcio.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2014. Dicapai pada 25 April 2017.
  14. ^ "Il Palermo Calcio riscatta la compartecipazione di Andrea Belotti". Albinoleffe.com. Dicapai pada 25 April 2017.
  15. ^ "U.S. Città di Palermo". Palermocalcio.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2014. Dicapai pada 25 April 2017.
  16. ^ "RISCATTATA LA SECONDA META' DI BELOTTI "RINGRAZIO LA SOCIETA' PER LA FIDUCIA"" (dalam bahasa Italian). US Città di Palermo. 12 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2014. Dicapai pada 12 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Torino, preso Belotti dal Palermo: ha firmato, costera 7,5 milioni" [Turin, take Belotti from Palermo: has signed, will cost 7.5 million]. La Gazzetta Dello Sport (dalam bahasa Italian). 17 August 2015. Dicapai pada 31 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Belotti al Toro". torinofc.it. Torino Football Club. Dicapai pada 18 August 2015.
  19. ^ "A Immobile bastano 9 minuti Il Toro va: che coppia con Belotti". Archiviostorico.gazzetta.it (dalam bahasa Italian). 17 January 2016. Dicapai pada 25 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Buffon sets new Serie A record". Football Italia. 20 March 2016. Dicapai pada 20 March 2016.
  21. ^ "Torino 5-1 Bologna". ESPN FC. 28 August 2016. Dicapai pada 29 August 2016.
  22. ^ "Belotti rinnova sino al 2021". Torinofc.it. Dicapai pada 25 April 2017.
  23. ^ "Torino, Belotti rinnova. Cairo: "Fino al 2021, clausola per l'estero da 100 mln"". Gazzetta.it. Dicapai pada 25 April 2017.
  24. ^ "Torino, Belotti per la prima volta capitano dal 1° contro il Palermo". la Gazzetta dello Sport. 2 March 2017.
  25. ^ "OptaPaolo". Opta. 5 March 2017.
  26. ^ "Belotti's star continues to rise with eight-minute hat-trick". SBS. 5 March 2017.
  27. ^ "Belotti: 'I don't think about €100m'". Football Italia. 29 April 2017.
  28. ^ Campanale, Susan (10 April 2017). "Serie A Week 31: Did You Know?". Football Italia. Dicapai pada 20 April 2017.
  29. ^ "Calciomercato Torino, Belotti capitano: indizio sul futuro?". Goal.com. Dicapai pada 9 September 2018.
  30. ^ a b "WATCH: In-demand Belotti scores on flying scissor kick". Si.com. Dicapai pada 9 September 2018.
  31. ^ "Cosa dobbiamo pensare della stagione di Belotti?". Ultimouomo.com. 27 April 2018. Dicapai pada 9 September 2018.
  32. ^ "Internazionale vs. Torino - 26 August 2018". int.soccerway.com. Soccerway. 26 August 2018. Dicapai pada 2 April 2020.
  33. ^ "Sampdoria vs. Torino - 4 November 2018". int.soccerway.com. Soccerway. 4 November 2018. Dicapai pada 2 April 2020.
  34. ^ "Toro News Award: trionfa Belotti! La premiazione al Filadelfia" [Toro News Award: Belotti triumphs! The award ceremony in Philadelphia]. toronews.net (dalam bahasa Itali). RCS Media Group. 24 May 2019. Dicapai pada 2 April 2020.
  35. ^ "L'Europa del Toro ricomincia da tre: Belotti, Ansaldi e Zaza stendono il Debrecen" [The Europa del Toro starts again from three: Belotti, Ansaldi and Zaza extend the Debrecen]. gazzetta.it (dalam bahasa Itali). RCS Media Group. 25 July 2019. Dicapai pada 2 April 2020.
  36. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-07. Dicapai pada 2020-07-04.
  37. ^ "GOALS AND GOOD PLAY BY THE U.19 IN COVERCIANO UNDER WATCHFUL EYE OF PRANDELLI" (dalam bahasa Italian). FIGC. 14 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2016. Dicapai pada 13 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "Italia Lega Pro – Under 19 2-4 davanti a Prandelli". LegaPro.it (dalam bahasa Italian). 14 December 2011. Dicapai pada 25 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ "EUROPEI: GLI AZZURRINI BATTONO 2-1 IL BELGIO AL DEBUTTO" (dalam bahasa Italian). FIGC. 23 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2016. Dicapai pada 15 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ "Under-19 – Andrea Belotti". UEFA.com. Dicapai pada 25 April 2017.
  41. ^ Luca Bianchin (24 June 2015). "Europeo Under 21, Inghilterra-Italia 1-3, ma il biscotto condanna gli Azzurrini" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 4 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. ^ "Italy: Ventura calls new faces". Football Italia. 27 August 2016. Dicapai pada 27 August 2016.
  43. ^ "Italy: Azzurri flop with France". Football Italia. 1 September 2016. Dicapai pada 1 September 2016.
  44. ^ "Belotti: 'Great Italy courage'". Football Italia. 9 October 2016. Dicapai pada 9 October 2016.
  45. ^ "Giorgia Duro e Andrea Belotti, il matrimonio" (dalam bahasa Italian). Il Corriere della Sera. 15 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  46. ^ "Belotti compie 26 anni, le 10 cose che non sapevate sul "Gallo": dalla cresta alla messa fino al cane portiere" [Belotti turns 26, the 10 things you didn't know about the "Rooster": from the crest to the mass up to the goalkeeper dog]. calcioweb.eu (dalam bahasa Itali). Calcio Web. 20 December 2019. Dicapai pada 2 April 2020.
  47. ^ Biodata Andrea Belotti di Soccerway. Capaian 8 July 2015.
  48. ^ "Scheda analitica della carriera". Aic.football.it.
  49. ^ "Pallone d'argento a Belotti, premiazione prima del match Torino-Sassuolo" (dalam bahasa Italian). Tutto Sport. 24 April 2017. Dicapai pada 27 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ "Belotti batte Dybala: al Gallo il premio Prisco per la lealtà sportiva". Toro.it (dalam bahasa Italian). 21 March 2017. Dicapai pada 27 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  51. ^ "Gazzetta Sports Awards: Buffon l'uomo dell'anno, Totti e Contador leggende" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 12 December 2017. Dicapai pada 12 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting