Andrea Bertolacci

pemain bola sepak Itali

Andrea Bertolacci (sebutan bahasa Itali: [anˈdrɛːa bertoˈlattʃi]; lahir 11 Januari 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Sampdoria.

Andrea Bertolacci
Bertolacci bersama Itali pada 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Andrea Bertolacci
Tarikh lahir (1991-01-11) 11 Januari 1991 (umur 33)
Tempat lahir Rome, Itali
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sampdoria
Nombor 91
Kerjaya remaja
2006–2010 Roma
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2012 Roma 0 (0)
2010–2012Lecce (pinjam) 43 (6)
2012–2015 Genoa 88 (12)
2015–2019 Milan 44 (2)
2017–2018Genoa (pinjam) 30 (1)
2019– Sampdoria 8 (0)
Pasukan kebangsaan
2006 Itali B16 2 (0)
2008 Itali B17 4 (0)
2009 Itali B18 1 (0)
2009–2010 Itali B19 6 (0)
2010–2011 Itali B20 2 (0)
2011–2013 Itali B21 7 (1)
2014– Itali 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Jun 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Oktober 2015

Kerjaya kelab sunting

Bertolacci memulakan kariernya ketika di akademi Roma. Pada Januari 2010, beliau telah dipinjam ke kelab Serie A, Lecce. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Lecce semasa menentang Juventus apabila beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan itu. Pada musim panas 2010, Lecce melanjutkan tempoh pinjaman Bertolacci serta mengambil pemain Simone Sini sebagai pinjaman dari Roma.

Bertolacci telah menjaringkan gol ketika menentang kelab induknya pada 20 November 2011. Pada 30 Jun 2012, Bertolacci pulang ke Roma. Pada musim panas 2012, beliau terlibat dengan rundingan pembelian pemain Genoa, Panagiotis Tachtsidis.

Pada 20 Jun 2014, Roma dan Genoa telah memperbaharui kontrak pemilikan bersama terhadap Bertolacci.[1]

Pada musim 2014-15, Bertolacci menempuh kempen terbaik dalam kariernya. Beliau telah menjaringkan enam gol dalam 34 perlawanan Serie A selain melakukan lapan bantuan jaringan gol sekali gus membantu pasukannya menduduki tangga keenam liga.

Pada Jun 2015, Roma telah membeli hak Bertolacci pada bahagian lain dari Genoa yang bernilai 8.5 juta euro. Seterusnya pada 29 Jun 2015, Bertolacci menyertai kelab Serie A, Milan melalui perpindahan yang bernilai 20 juta euro.[2][3] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika bersama Milan pada 1 November 2015 semasa menewaskan Lazio 3-1 di gelanggang lawan.

Pada 8 Oktober 2019, Bertolacci telah menyertai Sampdoria melalui kontrak yang dipersetujui sehingga 30 Jun 2020.[4]

Kerjaya antarabangsa sunting

Bertolacci memulakan pengalamannya beraksi bersama pasukan kebangsaan di Val-de-Marne untuk menyertai kejohanan antarabangsa yang disertai oleh pasukan bawah-16.[5] Beliau telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Itali dalam kempen kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-17 2008 yang menyaksikan pasukannya gagal untuk mara ke pusingan akhir. Beliau seterusnya telah ditawarkan untuk menyertai pasukan bawah-19 pada Januari 2019 dengan beraksi dalam dua perlawanan pada kempen kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-19 2010 dan satu perlawanan dalam pusingan kelayakan elit. Beliau juga terpilih untuk menyertai skuad yang mengambil bahagian dalam kejohanan akhir yang mana beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali dalam dua perlawanan kejohanan itu. Ketika musim 2010–11, beliau telah beraksi dalam dua perlawanan dengan mewakili pasukan bawah-20 yang bertanding di Kejohanan Empat Negara.

Pada April 2011, beliau telah mendapat panggilan pertama daripada pasukan bawah-21.[6] Namun, beliau mengalami kecederaan sekali gus terlepas aksi persahabatan.[7] Pada 10 Ogos 2011, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Switzerland.

Pada 11 Jun 2013, Bertolacci telah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94 permainan yang juga merupakan gol pertamanya untuk pasukan bawah-21 ketika menentang Norway dalam perlawanan Kejohanan Eropah Bawah-21 2013.[8][9] Itali seterusnya melangkah ke perlawanan akhir tetapi Bertolacci tidak diberi peluang untuk beraksi.[10]

Pada 9 November 2014, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior oleh jurulatih Antonio Conte untuk menghadapi aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Croatia dan perlawanan persahabatan menentang Albania.[11] Pada 18 November, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Itali ketika menentang Albania dengan beraksi selama 70 minit yang berakhir dengan keputusan kemenangan 1-0. Pada 28 Mac 2015, beliau beraksi dalam perlawanan keduanya bersama skuad senior Itali semasa menentang Bulgaria dalam aksi kelayakan Euro 2016 yang berkesudahan dengan keputusan terikat seri 2-2.[12]

Kehidupan peribadi sunting

Bertolacci telah berkahwin dengan pelakon, Nicole Murgia pada 23 Disember 2015. Abang iparnya, Alessandro juga merupakan pemain bola sepak.[13]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 22 Jun 2020.[14]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Lecce 2009–10 6 0 0 0 6 0
2010–11 9 3 1 1 10 4
2011–12 28 3 0 0 28 3
Jumlah 43 6 1 1 44 7
  Genoa 2012–13 29 4 0 0 29 4
2013–14 25 2 1 0 26 2
2014–15 34 6 1 0 35 6
  Milan 2015–16 27 1 3 0 30 1
2016–17 17 1 2 0 1[a] 0 20 1
  Genoa 2017–18 30 1 1 0 31 1
Jumlah di Genoa 118 13 3 0 121 13
  Milan 2018–19 0 0 0 0 4[b] 0 0 0 4 0
Jumlah di Milan 42 2 5 0 4 0 1 0 52 2
  Sampdoria 2019–20 8 0 0 0 8 0
Jumlah kerjaya 211 21 9 1 4 0 1 0 225 21
  1. ^ Penampilan di Supercoppa Italiana.
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa sunting

Sehingga 13 Oktober 2015[15]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2014 1 0
2015 4 0
Jumlah 5 0

Pencapaian sunting

Milan

Catatan sunting

  1. ^ "Genoa, rinnovate le comproprietà di Bertolacci e Boakye". Ilsecoloxix.it. 20 June 2014. Dicapai pada 11 January 2015.
  2. ^ "Il Milan batte un colpo, arriva Bertolacci. Mihajlovic: Un grande acquisto" (dalam bahasa Italian). La Republica. 26 June 2015. Dicapai pada 26 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "OPERAZIONI DI MERCATO Andrea Bertolacci" [Market Operation: Andrea Bertolacci] (PDF) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 29 June 2015. Dicapai pada 7 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "UFFICIALE: Bertolacci riparte dalla Samp: contratto fino al 30 giugno". Dicapai pada 8 October 2019.
  5. ^ "COMUNICATO STAMPA" [Press Release] (PDF) (dalam bahasa Italian). FIGC. 27 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 August 2012. Dicapai pada 12 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Capuano, Bertolacci and Forestieri newcomers for friendly against Russia". FIGC. 8 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2016. Dicapai pada 7 July 2011.
  7. ^ "A Padova contro la Russia. Ferrara: "Tappa importante per il futuro"" (dalam bahasa Italian). FIGC. 12 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2016. Dicapai pada 7 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Convocazioni e presenze in campo: Bertolacci Andrea" [Call-ups and appearances] (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 3 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Hershman, Josh (11 June 2013). "Late Bertolacci goal denies Norway top spot". UEFA. Dicapai pada 3 September 2014.
  10. ^ Kell, Tom (18 June 2013). "Thiago treble helps Spain retain Under-21 crown". UEFA. Dicapai pada 3 September 2014.
  11. ^ "Liverpool's Mario Balotelli recalled to Italy squad for Euro qualifier". The Guardian. Press Association. 10 November 2014. Dicapai pada 10 November 2014.
  12. ^ "Eder scores in Italy debut to give Azzurri draw in Bulgaria". PA Sport. ESPN. 28 March 2015. Dicapai pada 28 March 2015.
  13. ^ "Bertolacci si sposa con Nicole: tra gli invitati Florenzi, Romagnoli, Cerci e Perin" (dalam bahasa Italian). sport.ilmessaggero.it. 23 December 2015. Dicapai pada 3 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Biodata Andrea Bertolacci di Soccerway
  15. ^ Andrea Bertolacci | National Football Team

Pautan luar sunting