Andreas Vesalius
Andreas Vesalius ( lahir: 31 Disember 1514 ; wafat : 15 Oktober 1564 ) adalah ahli anatomi dari bangsa Flemish dan penulis dari buku yang mempunyai pengaruh pada ilmu anatomi , De Humanis Corporis Fabrica ( Besi Tubuh Manusia ) . Vesalius disebut - sebut sebagai pemulai masa anatomi manusia moden .
Nama Vesalius boleh juga merujuk ke ' Andreas Vesal ' atau ' Andreas van Wesel ' , bergantung pada sumber - sumbernya .
Awal kehidupan dan pendidikan
suntingVesalius lahir di Brussels , yang masih merupakan sebahagian dari Empayar Rom , dalam sebuah keluarga doktor . Ayahnya , Andries van Wsel , merupakan anak dari doktor kerajaan pada Maximillian I , Everard van Wesel . Andries mengabdikan dirinya sebagai ahli ubat kerajaan . Andries mendidik anaknya dalam tradisi keluarga , bahasa Yunani dan bahasa Latin , sesuai dengan standard masa itu .
Pada 1528 , Vesalius mendapat pendidikan seni di Universiti Leuven ( Pedagogium Castrensis ) . Namun pada 1532 , ia memutuskan untuk mempelajari ilmu perubatan di Universiti Paris . Di sinilah ia mempeljarai pelbagai teori Galen di bawah bimbingan Jacques Dubois ( Jacobus Sylvius ) dan Jean Ferne . Masa inilah , ia gunakan untuk mengembangkan ketertarikannya pada ilmu anatomi .
Tahun 1536 , ia terpaksa harus meninggalkan Paris kerana adanya permusuhan antara Empayar Rom dan Perancis , dan kembali ke Leuven . Di Leuven, ia teus meneruskan pendidikannya dibawah asuhan Johannes Winter von Andernach dan lulus pada tahun berikutnya. Tesisnya berjudul Paraphrasis in nonum librum Rhazae medici Arabis clariss ad Regem Almansorum de affectum singularum corporis partium curatione . Pada 1536 , ia pindah ke Universiti Padua ( Universiti aristarum ) untuk mendapat pendidikan doktor al, yang berjaya ia selesaikan pada 1537 .
Setelah lulus , ia ditawarkan kedudukan pada bahagian Pembedahan dan Anatomi ( explicator chirurgiae ) di Padua . Ia juga merupakan pensyarah tetamu pada [ [ Universiti Bologna ] ] dan [ [ Universiti Pisa ] ] . Vesalius mengajarkan ilmu anatomi disertai dengan praktikum pembedahan .
Ia trus mendokumentasikan ilmunya dengan membuat gambaran anatomi yang teliti . Apabila ia sedar bahawa karyanya telah banyak disalin , ia akhirnya menerbitkan karyanya pada [ [ 1538 ] ] dengan judul Tabulae Anatomicae Sex . Pada tahun selanjutnya , ia memperbaharui buku anatomi Galen , Institutiones Anatomicae . Terdapat profesor yang pernah mengajarnya , menerbitkan buku lain yang menyerang ideanya .
Pada [ [ 1539 ] ] , para [ [ hakim ] ] Padua tertarik pada karyanya , dan membenarkan tubuh korban eksekusi untuk dibedah . Vesalius segera membuat suatu diagram terperinci mengenai anatomi tubuh . Beberapa bahagian gambar dibuat oleh seniman yang dibayar , dan memang kualitinya lebih baik dari sebelumnya .
Pada [ [ 1541 ] ] , di Bologna , Vesalius mendedahkan fakta di balik kajian Galen yang semuanya menggunakan tubuh haiwan ; sejak pembedahan dilarang oleh [ [ Rom ] ] kuno , Galen membedah kera dan menyatakan anatominya sama dengan anatomi manusia . Oleh kerana itu , Vesalius menerbitkan pembetulan dari Opera omnia Galen dan mula menulis buku teks sendiri .
Tak hanya itu , Vesalius juga memperbaiki pendapat dari pendahulunya seperti [ [ Mondino de Liuzzi ] ] , bahkan [ [ Aristotle ] ] . Ahli - ahli tersebut salah berpendapat tentang fungsi dan struktur [ [ jantung ] ] . Vesalius menyatakan jantung mempunyai empat bilik , dua lobus [ [ hati ] ] , dan [ [ pembuluh darah ] ] bermula dari jantung , bukan hati . Vesalius juga membetulkan bahawa tulang rahang bawah berjumlah satu , bukan dua seperti yang dikemukakan Galen .
De Corporis Fabrica
suntingPada [ [ 1543 ] ] , Vesalius menerbitkan tujuh jilid dari De Humani corporis fabrica , sebuah buku yang dipersembahkan untuk [ [ Charles V ] ] . Beberapa minggu kemudian , ia menerbitkan edisi gambaran keseluruhan untuk [ [ mahasiswa ] ] , Andrea Vesalii suorum de Humani corporis fabrica Librorum epitome yang dikhaskan untuk [ [ Philip II dari Sepanyol ] ] .
Karya ini menekankan keutamaan pembedahan dan memperkenalkan lengkapkan pandangan anatomi tubuh manusia ; memandang fungsi dalam manusia sebagai satu struktur yang dipenuhi degan organ dalam bilik tiga dimensi . Hal inilah yang membezakan karyanya dengan Galen atau Aristotle yang menekankan elemen [ [ astrologi ] ] . Walaupun teks anatomi moden telah diterbitkan oleh Mondino de Liuzzi dam Jacopo Berengario da Carpi , masih banyak unsur di dalamnya yang dipengaruhi oleh doktrin Galen dan saintis Arab sebelumnya .
Selain penggambaran yang baik mengenai tulang sphenoideus , Vesalius membuktikan bahawa [ [ tulang dada ] ] ( sternum ) terdiri daripada tiga bahagian . Ia jugalah yang pertama kali menggambarkan [ [ urat azygos ] ] , dan mencari saluran yang melewati janin melalui saluran balik ari - ari ( urat umbillical ) dan [ [ vena cava ] ] , sehingga dinamakan duktus venosus . Ia memberikan gambaran mengenai [ [ omentum ] ] dan hubungannya dengan [ [ perut ] ] , [ [ limpa ] ] dan [ [ usus besar ] ] , memberikan pandangan yang benar mengenai [ [ pylorus ] ] lambung . Ia banyak sekali memberikan sumbangan untuk ilmu anatomi .
Doktor kerajaan dan kematian
suntingSegera setelah penerbitan Fabrica , Vesalius diundang sebagai doktor kerajaan untuk Charles V.
Selepas dua belas tahun Vesalius bersama kerajaan , merawat luka dan kecederaan dari perang atau perlawanan , melakukan pembedahan , dan menulis pelbagai surat peribadi mengenai masalah perubatan . Ia pun menulis Radicis Chynae , sebuah teks pendek mengenai tumbuhan perubatan .
Pada 1564 , ia berziarah ke Tanah Suci . Ketika ia tiba di Jerusalem , ia mendapat mesej dari Senat Venice agar ia menerima tawaran profesor dari Padua , yang tengah kosong setelag kematian temannya Gabriele Fallopio .
Saat berlayar , ia mengalami kemalangan di pulau Zakynthos . Di sinilah ia meninggal dalam usia limapuluh tahun .
Rujukan
sunting- (Inggeris) [ http://www.bronwenwilson.ca/physiognomy/pages/biographies.html Diarkibkan 2008-10-26 di Wayback Machine Vesalius ] , oleh Alison Kassab
Pautan luar
sunting- (Inggeris) [ http://ceb.nlm.nih.gov/proj/ttp/books.htm Page through a virtual copy of Vesalius 's De Humanis Corporis Fabrica ]
- (Inggeris) [ http://www.vub.ac.be/VECO/bveco/ Vesalius College di Brussels ]