Untuk orang lain, lihat Andrew Robertson (nyahkekaburan).

Andrew Robertson (lahir 11 Mac 1994) adalah merupakan pemain bola sepak profesional dari Scotland yang bermain sebagai bek kiri untuk kelab daripada Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Scotland.

Azmi Robertson
Maklumat peribadi
Nama penuhAndrew Azmi Robertson
Tarikh lahir11 Mac 1999
Tempat lahirApartmen Jasmin
Ketinggian5 kaki 10 inci (1.78 m)[1]
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor26
Kerjaya remaja
0–2009Manchester City
2009–2012Liverpool
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2012–2013Selangor34(2)
2013–2014Manchester City36(3)
2014–2017Barcelona99(3)
2017–Liverpool76(2)
Pasukan kebangsaan
2013–2015Scotland B214(0)
2014–Scotland34(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21:46, 26 December 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 07:47, 14 October 2019 (UTC)

Robertson memulakan karier seniornya bersama Queen's Park pada 2012 sebelum menyertai Dundee United pada tahun berikutnya. Pencapaian pada musim pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional telah menyebabkan beliau dinamakan dalam anugerah Pemain Muda Tahunan SPFA dan juga melakukan penampilannya dalam aksi antarabangsa. Beliau menyertai Hull City pada Julai 2014 dengan harga £2.85 juta sebelum menyertai Liverpool pada Julai 2017 dengan harga klausa yang dipercayai bernilai £8 juta. Beliau muncul dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut dalam dua musim pertamanya dan berjaya memenanginya pada 2019. Atas pencapaian aksinya dalam musim Liga Perdana Inggeris 2018-19, beliau telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA.

Robertson melakukan penampilan penuh antarabangsanya untuk Scotland pada Mei 2014 dan dilantik sebagai kapten Scotland pada September 2018.

Kehidupan awal dan karierSunting

Robertson telah dilahirkan di Glasgow dan merupakan penyokong cilik Celtic.[2] Ayahnya Brian, dipanggil sebagai 'Pop' yang menetap di kawasan Maryhill (khususnya estet Wyndford di mana beliau merupakan rakan pada zaman kanak-kanak kepada pemain bola sepak, iaitu Jim Duffy dan Charlie Nicholas),[2] adalah seorang pemain amateur walaupun kecederaan tulang belakang yang dialami telah menyebabkan beliau untuk memakai pendakap belakang dan menghalangnya daripada menjadikan sukan sebagai kerjaya.[2]

Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi St Ninian's, Giffnock, Renfrewshire Timur dari 2006 hingga 2012 di mana beliau menjadi kapten pasukan bola sepak untuk sekolahnya. Beliau juga bermain untuk Giffnock Soccer Centre dan menyertai Celtic sebagai pemain muda tetapi dilepaskan pada peringkat bawah 15 tahun kerana mempunyai tubuh yang terlalu pendek.[3] Beliau kemudiannya menyertai pasukan Queen's Park.[2]

Karier kelabSunting

Queen's ParkSunting

Dalam fokusnya terhadap pembelajaran, Robertson telah menyambung pengajiannya di universiti dalam peringkat ijazah muda sebelum beliau dipanggil ke dalam skuad utama Queen’s Park pada permulaan musim 2012-13. Beliau telah melakukan penampilannya dalam Piala Cabaran Scotland dengan kemenangan dalam penentuan sepakan penalti menentang Berwick Rangers[4] dan telah berjaya melakukan penampilannya berjumlah empat puluh penampilan dalam musim tersebut[5] serta membantu kelabnya memperoleh tempat ketiga dalam helping the club to a third-place finish in the Divisyen Tiga Scotland. Beliau memperoleh gol pertamanya untuk kelab yang berakhir dengan kekalahan 2-1 ke atas East Stirlingshire pada 13 November 2012.[5]

Dundee UnitedSunting

Robertson menyertai kelab daripada Liga Perdana Scotland, Dundee United bersama rakan sepasukannya dari Queen’s Park, Aidan Connolly pada 3 Jun 2013;[6] beliau mendapat tempat dalam skuad utama setelah Barry Douglas berpindah ke kelab lain setelah tiga tahun bersama kelab dari Scotland ini.[7] Apabila kelabnya mengabaikan permintaan mereka terhadap pembayaran pemindahan Douglas, Queen's Park (sebuah kelab amateur) telah melakukan lebih banyak protes terhadap pemain prospek yang berpindah ke United tanpa tujuan dan akhirnya bersetuju terhadap peratusan perpindahan pemain pada akan datang yang kemudiannya membuahkan hasil.[8]

Robertson kemudiannya menjadi sebahagian daripada pelan utama pengurusnya, Jackie McNamara dalam skuad utama dan melakukan penampilannya untuk kelab pada hari permulaan musim dengan memperoleh keputusan seri 0-0 menentang Partick Thistle. Pada 22 September 2013, Robertson menjaringkan gol pertamanya untuk Dundee United yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Motherwell.[9] Beliau berlari daripada separuh kawasan sendirinys sebelum melakukan sepakan kaki kiri rendahnya ke dalam gawang gol dengan jarak sejauh 22 meter.[10] Setelah itu, beliau bersetuju untuk menyambung kontrak barunya bersama United sehingga Mei 2016.[11] Beliau telah diundi sebagai Pemain Muda Bulanan SPFL pada September 2013 dan pemain bulanan pada November 2013. [12] Pada 12 April 2014, Robertson bermain dalam separuh akhir Piala Scotland menentang Rangers di Ibrox, di mana United menang 3–1.[13] Pada April 2014, Robertson memenangi anugerah Pemain Muda Tahunan PFA Scotland[14][15] dan juga telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA Scotland dalam Liga Perdana Scotland 2013-14.[16]

Hull CitySunting

 
Robertson bermain untuk Hull City pada 2015

Pada Julai 2014, Dundee United menerima tawaran sebanyak £2.85 juta untuk Robertson daripda kelab Liga Perdana Inggeris, Hull City.[17] Perpindahan tersebut telah dilengkapkan pada 29 Julai apabila Robertson menyertai Hull dengan kontrak selama tiga tahun.[18] Ketua pemerhati pemain luar untuk perpindahan Hull City, Stan Ternent telah mengatakan, "Saya telah melihat terhadap keupayaan Stuart Armstrong tetapi (Robertson) adalah seorang pemain yang lebih berupaya. Beliau mempunyai sejarah bersama Celtic dan beliau sentiasa mempunyai keazaman yang tinggi dengan bagaimana beliau pulih daripada kecederaanya. Anda boleh melihat secara terus kerana beliau mempunyai keupayaan dan beliau mampu untuk menjadi lebih baik.”[19]

Beliau melakukan penampilan kompetitifnya pada hari permulaan musim dengan memperoleh kemenangan di tempat lawan 1-0 menentang QPR.[20] Robertson dengan segera menetap di Hull dan memulakan kehidupannya di Hull serta memenangi anugerah Pemain Bulanan kelab pada Ogos 2014.[21] Beliau telah melakukan penampilannya sebanyak 24 penampilan pada musim tersebut di Stadium KC tetapi tidak dapat mengelakkan kelabnya daripada tersingkir ke Liga Kejohanan Inggeris.[22]

Walaupun telah melepaskan beberapa pemain utama, Robertson mengambil keputusan untuk bersama dengan City. Gol pertamanya untuk kelab dihasilksn pada 3 November 2015 di mana beliau telah membuka jaringan dengan keputusan berakhir dengan kemenangan di tempat lawan 2-0 menentang Brentford yang meletakkan Hull di puncak kedudukan Liga Kejohanan melalui perbezaan gol.[23] Beliau bermain dalam started the perlawanan Akhir Kalah Mati Liga Kejohanan 2016 menentang Sheffield Wednesday di mana Hull menang 1–0 untuk memastikan kelayakan mereka dalam Liga Perdana Inggeris.[24] Pasukan hanya bermain untuk semusim sahaja dalam liga peringkat tertinggi sebelum tersingkir semula daripada saingan Liga Perdana Inggeris.[22]

LiverpoolSunting

Pada 21 Julai 2017, Robertson menyertai Liverpool dengan harga klausa bernilai £8 juta.[25][26] Pada 19 Ogos, beliau melakukan penampilannya dengan memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace[27] dan memenangi anugerah Pemain Terbaik dalam Perlawanan.[28] Robertson memulakan musim 2017-18 sebagai pemain pengganti Alberto Moreno tetapi telah mendapat lebih banyak aksi permainan setelah pemain Sepanyol tersebut menghadapi kecederaan pada Disember. Aksi permainannya dalam kemenangan 4-3 menentang pendahulu liga Manchester City pada 14 Januari telah mendapat pujian daripada penyokong Liverpool.[29] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada hari perlawanan terakhir liga pada musim 2017-18 menentang Brighton & Hove Albion dengan memperoleh kemenangan 4-0.[30]

Spekulasi telah dilihat bahawa Andy Robertson telah mengisytiharkan dirinya sebagai salah satu daripada kegemaran peminat sejak beliau berpindah daripada Hull City pada 2017 yang berharga £8 juta. Salah satu daripada bek kiri terbaik di dunia yang dimiliki Liverpool dengan hanya berharga £8 juta.

— Sam Harris menulis untuk BBC selepas Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.[31]

Robertson menyambung semula permainannya secara kebiasaan untuk Liverpool ketika musim 2018-19 apabila Liverpool merangkul naib juara dalam Liga Perdana Inggeris.[32] Beliau menyambung kontrak baru bersama kelab pada Januari 2019 yang menyebabkan beliau terus kekal sehingga 2024.[32] Beliau telah diangkat sebagai bek kiri terbaik di Liga Perdana Inggeris oleh Kevin Kilbane[33] dan bek kiri terbaik di dunia oleh Phil Neville.[34] Pada 25 April, beliau telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA diikuti pemain Liverpool yang lain seperti Trent Alexander-Arnold, Sadio Mané dan Virgil van Dijk.[35]

Pada 1 Jun 2019, Robertson bermain 90 minit penuh dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila Liverpool mengalahkan Tottenham Hotspur untuk memastikan kejuaraan kali keenam dalam Piala Eropah.[36] Beliau menjadi pemain Scotland yang pertama dalam memenangi kejohanan ini sejak Darren Fletcher (pemain pertukaran yang tidak digunakan pada 2008)[37] dan pertama kali dalam padang dalam kelab yang menjuarai kejohanan tersebut sejak Paul Lambert pada 1997.[36]

Dalam perlawanan tuan rumah juara Eropah untuk pertama kali dalam kempen Liga Juara-Juara 2019-20, Robertson menjaringkan gol Eropah pertamanya dalam kemenangan dramatik 4-3 menentang Red Bull Salzburg.[38] Pada 2 November 2019, Robertson menjaringkan gol kedua dalam Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool pada minit 87 menentang Aston Villa dengan Liverpool akhirnya mencapai kemenangan 2-1 dalam masa kecederaan.[39]

Karier antarabangsaSunting

 
Robertson menjadi kapten Scotland pada 2019

Robertson telah dipilih dalam Pasukan Scotland Bawah 21 pada Oktober 2013.[40] Beliau melakukan penampilannya sebagai pertukaran dengan mencapai kemenangan 2-1 menentang Slovakia.[41] Robertson telah dipilih untuk pasukan bawah 21 pada November 2015 kerana pasukan senior negaranya tidak mempunyai sebarang jadual perlawanan.[42]

Robertson telah dipilih untuk pertama kalinya dalam skuad senior Scotland untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Poland pada 5 Mac 2014. Beliau dimasukkan sebagai pertukaran pada separuh masa kedua dengan Scotland mencapai kemenangan 1-0 di Warsaw.[43] Jurulatih Scotland, Gordon Strachan setelahnya berkata "Andy telah datang ke sana dan pertama kali beliau dipilih dengan melihat beliau berlari sebanyak 30 meter. Saya telah berkata ‘ia adalah menarik’. Sudah tentu tidak mempunyai kawasan kelabu dan saya melakukan perkara yang saya ingin lakukan. Saya menyukai akan sentuhan pertamanya."[43] Robertson mendapat tempat dalam skuad senior negara utama untuk pertama kalinya dengan keputusan seri 2-2 menentang Nigeria pada 28 Mei 2014.[44]

Robertson menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan persahabatan menentang England di Celtic Park pada November 2014 apabila Scotland hanya menjaringkan satu gol sahaja di mana mereka kalah 3-1.[45]

Pada 3 September 2018, Robertson telah dilantik sebagai kapten Scotland oleh jurulatihnya, Alex McLeish.[46] Selepas kekalahan 2-1 menentang Israel pada Oktober 2018, Robertson mengatakan bahawa beliau dan Kieran Tierney telah bermain dalam formasi 3-5-2 Alex McLeish untuk memastikan kesesuaian kedua-dua pemainnya.[47]

Dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Cyprus pada 8 Jun 2019, Robertson telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan melalui serangan daripada jarak jauh. Scotland memenanginya dengan keputusan 2-1.[48] Pada November, beliau telah menjadi salah seorang daripada lima pemain Scotland yang tidak dapat bermain dalam skuad negaranya akibat menghadapi kecederaan.[49]

Gaya permainanSunting

Robertson kini dikaitkan dengan bekas pertahanan England, Phil Neville yang kian menjadi salah satu daripada pertahanan kiri terbaik dunia kerana mempunyai kelajuan yang tinggi, tenaga dan keupayaan dalam memberi lintasan bola.[50]

Kehidupan peribadiSunting

Robertson telah berkahwin dengan pasangannya, Rachel Roberts [51][52] yang telah melahirkan anak lelaki dan sulungnya, Rocco pada 26 Ogos 2017.[53] Pada Januari 2019, pasangan tersebut telah melahirkan anak perempuan dan keduanya, Aria.[54]

Pada Mac 2018, Robertson telah menyumbangkan sehelai jersi Liverpool yang dimiliki oleh Roberto Firmino kepada kanak-kanak lelaki yang telah memberikan wang saku kepada gerai makanan gerai makanan tempatan.[55]

Statistik karierSunting

KelabSunting

Sehingga perlawanan pada 26 December 2019
Penampilan dan gol dalam kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala Kebangsaan[a] Piala Liga[b] Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol
Queen's Park 2012–13[56] Divisyen Tiga Scotland 34 2 2 0 3 0 4[c] 0 43 2
Dundee United 2013–14[56] Liga Perdana Scotland 36 3 5 2 3 0 44 5
Hull City 2014–15[56] Liga Perdana Inggeris 24 0 0 0 0 0 0 0 24 0
2015–16[56] Liga Kejohanan Inggeris 42 2 2 0 5 1 3[d] 1 52 4
2016–17[56] Liga Perdana Inggeris 33 1 2 0 4 0 39 1
Jumlah 99 3 4 0 9 1 0 0 3 1 115 5
Liverpool 2017–18[56] Liga Perdana Inggeris 22 1 1 0 1 0 6[e] 0 30 1
2018–19[56] Liga Perdana Inggeris 36 0 0 0 0 0 12[e] 0 48 0
2019–20[56] Liga Perdana Inggeris 18 1 0 0 0 0 6[e] 1 4[f] 0 28 2
Jumlah 76 2 1 0 1 0 24 1 4 0 106 3
Jumlah keseluruhan 245 10 12 2 16 1 24 1 11 1 308 15
  1. ^ Termasuk Piala Scotland, Piala FA Inggeris
  2. ^ Termasuk Piala Liga Scotland, Piala Liga Inggeris
  3. ^ Dua penampilan dalam Piala Cabaran Scotland, dua dalam perlawanan kalah mati Divisyen Kedua
  4. ^ Penampilan dalam perlawanan kalah mati Liga Kejohanan Inggeris
  5. ^ a b c Penampilan dalam Liga Juara-Juara UEFA
  6. ^ Satu penampilan dalam Perisai Komuniti; satu penampilan dalam Piala Super UEFA, dua penampilan dalam Piala Kelab Dunia FIFA

AntarabangsaSunting

Sehingga perlawanan pada 13 Oktober 2019[57][58]
Penampilan dan gol dalam pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Penampilan Gol
Scotland 2014 5 1
2015 3 0
2016 4 0
2017 8 1
2018 8 0
2019 6 1
Jumlah 34 3

Gol antarabangsaSunting

Sehingga perlawanan pada 8 Jun 2019. Jaringan Scotland dimasukkan dahulu dan turutan jaringan termasuk selepas setiap jaringan Robertson.[59]
Gol antarabangsa mengikut tarikh, tempat, lawan, jaringan, keputusan dan pertandingan
No. Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1 18 November 2014 Celtic Park, Glasgow, Scotland   England 1–2 1–3 Perlawanan persahabatan
2 1 September 2017 Stadium LFF, Vilnius, Lithuania   Lithuania 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
3 8 Jun 2019 Hampden Park, Glasgow, Scotland   Cyprus 1–0 2–1 Kelayakan UEFA Euro 2020

PencapaianSunting

Dundee United

Hull City

Liverpool

Individu

RujukanSunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PremProfile tidak disediakan
  2. ^ a b c d Greig, Martin (30 May 2019). "Liverpool's Andy Robertson: The people & places behind Scotland defender's rise". BBC Sport. Dicapai pada 30 May 2019.
  3. ^ Two appearances in the Scottish Challenge Cup, two in Second Division play-offs
  4. ^ Appearances in Championship play-offs
  5. ^ a b "Andrew Robertson". 5 August 2013. Dicapai pada 5 August 2013.[pautan putus]
  6. ^ "Dundee Utd sign Queen's Park's Robertson and Connolly". BBC Sport. 3 June 2013. Dicapai pada 5 August 2013.
  7. ^ "Barry Douglas joins United". Dundee United F.C. 21 June 2010. Dicapai pada 9 January 2019.
  8. ^ "£300k Robertson boost a cut above for Queen's Park". The Herald. 27 July 2014. Dicapai pada 9 January 2019.
  9. ^ "Dundee United 2–2 Motherwell". BBC Sport. 22 September 2013. Dicapai pada 23 September 2013.
  10. ^ "Dundee Utd 2–2 Motherwell: Ainsworth stuns Utd". The Scotsman. 22 September 2013. Dicapai pada 5 August 2014.
  11. ^ "Dundee secure Robertson extension". Dundee United F.C. 4 October 2013. Dicapai pada 5 August 2014.
  12. ^ a b c "Dundee United defender wins player award". Evening Telegraph. 7 December 2013. Dicapai pada 24 November 2014.
  13. ^ Wilson, Richard (12 April 2014). "Rangers 1–3 Dundee United". BBC Sport. Dicapai pada 24 April 2014.
  14. ^ a b "Three Celtic players make player of year shortlist". BBC Sport. 17 April 2014. Dicapai pada 24 April 2014.
  15. ^ "Andrew Robertson: Dundee United defender wins PFA prize". BBC Sport. 27 April 2014. Dicapai pada 17 May 2014.
  16. ^ a b "Celtic and Dundee United trios in SPFL Premiership team of year". BBC Sport. 18 April 2014. Dicapai pada 24 April 2014.
  17. ^ Spence, Jim (24 July 2014). "Andrew Robertson: Dundee United agree fee with Hull City". BBC Sport. Dicapai pada 24 July 2014.
  18. ^ "Andrew Robertson completes transfer from Dundee United to Hull". STV Sport. 29 July 2014. Dicapai pada 20 July 2014.
  19. ^ Buckingham, Philip; Colman, Jonty (2 June 2019). "How Hull City helped Andy Robertson to win the Champions League". Hull Daily Mail. Dicapai pada 9 June 2019.
  20. ^ Mokbel, Sami (16 August 2014). "QPR 0–1 Hull City: Charlie Austin rues penalty miss as James Chester beats Rio Ferdinand to the ball to head home winner". Daily Mail. Dicapai pada 16 August 2014.
  21. ^ Robertson, Neil (17 September 2014). "Andrew Robertson named Hull City's player of the month". The Courier (Dundee). Dicapai pada 24 November 2014.
  22. ^ a b Henderson, Lewis (19 February 2019). "How Andy Robertson rose from rejection and amateur football to become one of Europe's best left-backs". These Football Times. Dicapai pada 9 June 2019.
  23. ^ "Brentford 0–2 Hull". BBC Sport. 3 November 2015. Dicapai pada 4 November 2015.
  24. ^ Williams, Adam (28 May 2016). "Hull City 1–0 Sheffield Wednesday". BBC Sport. Dicapai pada 22 December 2017.
  25. ^ "Andrew Robertson: Liverpool sign defender from Hull City for £10m". BBC Sport. 21 July 2017. Dicapai pada 21 July 2017.
  26. ^ "Liverpool FC complete Andy Robertson signing". Liverpool FC. 21 July 2017. Dicapai pada 21 July 2017.
  27. ^ Gorst, Paul (19 August 2017). "Robertson thanks Liverpool fans after impressing on Reds debut". liverpoolecho. Dicapai pada 31 August 2017.
  28. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan places2 tidak disediakan
  29. ^ Jones, Paul (16 January 2018). "Klopp's patience was key for Andy Robertson and Alex Oxlade-Chamberlain". Liverpool Echo. Dicapai pada 22 January 2018.
  30. ^ Jennings, Patrick (13 May 2018). "Salah breaks record as Liverpool secure top four spot". BBC Sport. Dicapai pada 13 May 2018.
  31. ^ "The amazing back stories behind Liverpool's European champions". BBC Sport. Dicapai pada 4 June 2019.
  32. ^ a b "Andy Robertson: Liverpool & Scotland defender signs new contract until 2024". BBC Sport. 17 January 2019. Dicapai pada 18 January 2019.
  33. ^ Marshall-Bailey-LE, Tom (19 January 2019). "Andy Robertson labelled the best left-back in the Premier League". liverpoolecho. Dicapai pada 20 March 2019.
  34. ^ Sked, Joel (11 March 2019). "Scotland and Liverpool ace Andy Robertson 'best left-back in the world' says Neville". The Scotsman. Dicapai pada 20 March 2019.
  35. ^ "PFA Premier League Team of the Year". The Player's Football Association. 25 April 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
  36. ^ a b "Liverpool can 'kick-on' from 'incredible' Champions League win - Andy Robertson". BBC Sport. 2 June 2019. Dicapai pada 2 June 2019.
  37. ^ "Scotland captain Andy Robertson, and his Liverpool teammates, join the greats". Evening Times. 1 June 2019. Dicapai pada 2 June 2019.
  38. ^ Bicknell, Gareth (3 October 2019). "Andy Robertson hails Liverpool teammate after goal against Red Bull Salzburg". mirror. Dicapai pada 3 October 2019.
  39. ^ "Leaders Liverpool fight back to down Villa". BBC. 2 November 2019. Dicapai pada 2 November 2019.
  40. ^ "Billy Stark names Scotland Under-21 squad for Euro 2015 ties". BBC Sport. 1 October 2013.
  41. ^ "Under-21 – Andrew Robertson – UEFA".
  42. ^ "Scotland U21s include Andy Robertson for Ukraine match". BBC Sport. 2 November 2015. Dicapai pada 4 November 2015.
  43. ^ a b "Scott Brown late show gives Scotland impressive win over Poland in Warsaw". The Guardian. 5 March 2014. Dicapai pada 24 July 2014.
  44. ^ Campbell, Andy (28 May 2014). "Nigeria 2–2 Scotland". BBC Sport. Dicapai pada 24 July 2014. Scotland's new-look back four, which included Dundee United's Andrew Robertson making his first international start, found themselves under pressure when they conceded possession to Uchebo but Allan McGregor saved the shot.
  45. ^ "Scotland 1 – 3 England". BBC Sport. 18 November 2014. Dicapai pada 20 November 2014.
  46. ^ Shaw, Chris (3 September 2018). "Andy Robertson appointed new Scotland captain". Liverpool FC. Dicapai pada 3 September 2018.
  47. ^ "Andy Robertson: Kieran Tierney and I are 'both out of position'". BBC Sport. 12 October 2018. Dicapai pada 13 October 2018.
  48. ^ Esplin, Ronnie (9 June 2019). "Scotland vs Cyprus result: Euro 2020 qualifying hopes still alive after last-gasp win says John McGinn". The Independent. Dicapai pada 9 June 2019.
  49. ^ Lewis, Jane (12 November 2019). "Scotland: Andy Robertson, Ryan Fraser and Scott McTominay withdraw from squad". BBC Sport. Dicapai pada 12 November 2019.
  50. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Neville2 tidak disediakan
  51. ^ McCoid, Sophie (4 August 2017). "Meet the new Everton and Liverpool WAGS". Liverpool Echo. Dicapai pada 4 September 2018. ...his girlfriend Rachel Roberts is due to give birth to the couple's first child.
  52. ^ Farrell, Paul (3 January 2019). "Rachel Roberts, Andy Robertson's Girlfriend: 5 Fast Facts You Need to Know". Heavy.com. Dicapai pada 1 June 2019.
  53. ^ McDermott, Scott (1 September 2017). "Andy Robertson reveals Liverpool icon Kenny Dalglish told him he's got his back". Daily Record. Dicapai pada 8 September 2017.
  54. ^ Pearce, James (13 January 2019). "Liverpool victory was perfect end to special week for Andy Robertson". Liverpool Echo. Dicapai pada 22 January 2019.
  55. ^ "Andrew Robertson gifts Liverpool top to young fan for making foodbank donation". BBC Sport. 8 March 2018. Dicapai pada 9 March 2018.
  56. ^ a b c d e f g h "A. Robertson". Soccerway. Dicapai pada 4 August 2019.
  57. ^ (Inggeris) Profil Andrew Robertson pada National-Football-Teams.com
  58. ^ Templat:SFA profile
  59. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan eng goal2 tidak disediakan
  60. ^ Wilson, Richard (17 May 2014). "St Johnstone 2–0 Dundee United". BBC Sport. Dicapai pada 23 December 2018.
  61. ^ Williams, Adam (28 May 2016). "Hull City 1–0 Sheffield Wednesday". BBC Sport. Dicapai pada 5 June 2016.
  62. ^ McNulty, Phil (1 June 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 1 June 2019.
  63. ^ McNulty, Phil (26 May 2018). "Real Madrid 3–1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 27 May 2018.
  64. ^ Rose, Gary (14 August 2019). "Liverpool 2–2 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 15 August 2019.
  65. ^ Poole, Harry (21 December 2019). "Liverpool 1–0 Flamengo". BBC Sport. Dicapai pada 21 December 2019.
  66. ^ "PFA Team of the Year: Paul Pogba, Raheem Sterling and Sadio Mane included in side". BBC Sport. 25 April 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
  67. ^ "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA.com. 2 June 2019. Dicapai pada 2 June 2019.
  68. ^ "Rankings: How All 55 Male Players Finished". FIFPro World Players' Union. 23 September 2019.

Pautan LuarSunting