Andry Nirina Rajoelina (lahir 30 Mei 1974) adalah seorang ahli politik dan peniaga Madagaskar yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut pada 21 Mac 2009 dengan bantuan tentera. Sebelum itu, Andry merupakan datuk bandar Antananarivo, ibu negara Madagaskar dari bulan Disember 2007 hingga awal Mac 2009. Ketika berkhidmat sebagai datuk bandar, dia menentang kuat Presiden Marc Ravalomanana, dengan bertindak sebagai pemimpin protes bersama-sama tentera yang membawa kepada kejatuhan Ravalomanana.

Andry Rajoelina
Presiden Madagaskar ke-7
Memegang jawatan
16 Disember 2023
Perdana MenteriChristian Ntsay
Didahului olehRichard Ravalomanana (Pemangku)
Dalam jawatan
19 Januari 2019 – 10 September 2023
Perdana MenteriChristian Ntsay
Didahului olehRivo Rakotovao (Pemangku)
Digantikan olehChristian Ntsay (Pemangku)
Presiden Pihak Berkuasa Tinggi Peralihan Madagaskar[1]
Dalam jawatan
17 Mac 2009 – 25 Januari 2014
Perdana MenteriMonja Roindefo
Eugène Mangalaza
Cécile Manorohanta (pemangku)
Albert Camille Vital
Omer Beriziky
Didahului olehMarc Ravalomanana
Digantikan olehHery Rajaonarimampianina
Butiran peribadi
Lahir1974[2]
Antananarivo, Madagaskar
Parti politikBelia Malagasi Cekal
PasanganMialy Rajoelina
ProfesionUsahawan

Awal hidup

sunting

Andry lahir dalam sebuah keluarga kaya. Ayahnya, Kolonel Roger Yves Rajoelina,[3] pernah memihak kepada Perancis dalam Perang Kemerdekaan Algeria.[4][5]

Kerjaya perniagaan

sunting

Pada usia 19 tahun, beliau bekerja sebagai pengacara lagu di bermacam-macam kelab dan bar di Antananarivo. Beliau turut memulakan syarikat pengurusan acara sendiri iaitu Show Business tahun 1993.[6]

Beliau melancarkan syarikat pencetakan digital pertama di Madagaskar tahun 1999 iaitu Injet, ia banyak melakukan perusahaan pegiklanan serata Antananarivo.[6] Beliau turut membeli suatu perusahaan penyiaran yang membawa kepada stesen radio sendiri, Viva Radio dan stesen televisyen Viva TV.

Kerjaya politik

sunting

Beliau memulakan suatu pergerakan politik sendiri iaitu Tanora malaGasy Vonona (Belia Malagasy Cekal), untuk bertanding sebagai datuk bandar Antananarivo, ibu negara Madagaskar. Dia bertembung dengan Hery Rafalimanana, calon presiden dan mantan datuk bandar Antananarivo. Dia melakukannya di bawah status Delegasi Khas Presiden yang dilantik secara langsung oleh Presiden Marc Ravalomanana. Andry dipilih sebagai datuk bandar pada 12 Disember 2007 dengan undi 63.3%. Dia mewarisi bandar yang berhutang dengan banyak. Pada 4 Januari 2008, tidak lama selepas pilihan raya, bekalan air dan elektrik bandar dipotong kerana hutang yang banyak.

Pertelingkahan dengan Presiden Ravalomanana

sunting

Pada 13 Disember 2008, the Government decided to close Rajoelina's Viva TV, stating that a Viva interview with former head of state Didier Ratsiraka was "likely to disturb peace and security." The programme was also broadcast by other television channels. Reporters Without Borders (RSF) condemned the 17 December 2008 closure of Viva and of other television and radio stations.[7]

Pada 31 Januari 2009, Andry mengumumkan dia berkuasa ke atas seluruh Republik Madagaskar dengan mengisytiharkannya dalam satu perhimpunan: "Kerana presiden dan kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka, saya dengan ini mengisytiharkan saya akan mengambil alih semua hal ehwal negara pada hari ini." Dia juga mengatakan akan meminta Presiden Ravalomanana secara rasmi meletak jawatan melalui Parlimen Madagaskar.[8] Pada 3 Februari, Andry dipecat sebagai Datuk Bandar dan satu delegasi khas, yang diketuai oleh Guy Randrianarisoa, dilantik. Andry mengutuk keputusan tersebut dengan berkata tiada alasan kukuh dia dipecat dan dia bersedia untuk ditahan. Andry juga memberi amaran penduduk bandar tidak akan menerima keputusan tersebut.[9]

Andry menganjurkan satu lagi perhimpunan pada 4 Februari yang dihadiri oleh 1,500 orang. Pada waktu itu dia berkata perlantikan Randrianarisoa sebagai satu penghinaan kepada penduduk Madagascar. He sebaliknya melantik Michele Ratsivalaka sebagai pengganti datuk bandar dan memberikannya skarf datuk bandarnya.[10] Pada awal bulan Februari, protes politik bertukar menjadi agresif dan kedua-dua pihak dalam pertelingkahan politik itu menyalahkan sesama sendiri ke atas keganasan yang menyebabkan 130 orang mati.[11][12] Pada 7 Februari, satu pasukan bersenjata berat menembak penentang kerajaan dalam satu demonstrasi menuju ke istana presiden. [13]

Menjadi presiden

sunting

Rajoelina secara berkesan menjadi presiden pada 18 Mac 2009, apabila tentera menyerahkan kuasa eksekutif kepada beliau. Rajoelina, sebagai ketua High Transitional Authority (HAT) yang ditubuhkannya beberapa minggu sebelum perletakan jawatan Ravalomanana, dijangka akan kekal menjadi ketua negara sehingga 2011 apabila pilihan raya dijadualkan diadakan. Pada umur 35 tahun, beliau merupakan presiden termuda dalam sejarah Madagaskar. Perlembagaan kini mewajibkan calon presiden berumur 40 tahun minimum.[14]

Komuniti Pembangunan Selatan Afrika, suatu blok 15 negara termasuk Madagaskar, mengumumkan pada 19 Mac yang ia tidak akan mengiktiraf kepresidenan Rajoelina.[15] Perlantikannya juga dikecam Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,[16] manakala Kesatuan Afrika menggantung keahlian Madagaskar.[17]

Pada 17 November 2010, satu pungutan suara perlembagaan diadakan yang meluluskan perlembagaan baru.[18] Antara lain, perlembagaan baru ini menurunkan had umur minimum calon presiden kepada 35 tahun, membolehkan Rajoelina bertanding pada 2011 jika mahu.[19] Ia dianggap mengukuhkan kuasa beliau, kerana perlembagaan ini membenarkan ketua HAT (Rajoelina) kekal sebagai presiden sehingga pilihan raya diadakan. Ia juga mewajibkan calon presiden tinggal di Madagaskar selama 6 bulan sebelum pilihan raya, secara berkesan menghalang Ravalomanana dan pemimpin pembangkang lain yang hidup dalam buangan.[19] Pada Jun 2023, pendedahan kewarganegaraan Perancis membawa kepada pembukaan siasatan parlimen, diikuti dengan soal siasat Mahkamah Perlembagaan Tinggi oleh sekumpulan warga diaspora Malagasi di Perancis.[1].

Rujukan

sunting
  1. ^ http://rulers.org/rulm1.html#madagascar
  2. ^ http://rulers.org/rulm1.html#madagascar
  3. ^ Francis Kpatindé. "Andry Rajoelina a-t-il dit son dernier mot? - RFI". RFI Afrique (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2018-07-07.
  4. ^ "Rajoelina père, conseiller de Sunpec". Madagascar Tribune. 19 November 2009. Dicapai pada 16 July 2012.
  5. ^ Cole, Jennifer (2010). Sex and Salvation: Imagining the Future in Madagascar. Chicago, IL: University of Chicago Press. m/s. 180–182. ISBN 9780226113319.
  6. ^ a b Galibert, Didier (March 2009). "Mobilisation populaire et repression a Madagascar: les transgressions de la cite cultuelle" (PDF). Politique africaine (dalam bahasa French). 113: 139–151. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 July 2012. Dicapai pada 21 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ DJ-turned mayor a thorn for government IOL
  8. ^ "Mayor 'takes control' in Madagascar", Al Jazeera
  9. ^ "Madagascar sacks capital city mayor", AFP, 3 Februari 2009.
  10. ^ "Hundreds protest Madagascar mayor's sacking", AFP, 4 Februari 2009.
  11. ^ MADAGASCAR: Protesters on the streets in fourth day of violence. Irin News (2009-03-23). Dicapai pada 2009-03-23.
  12. ^ "Political violence toll now 130". Reuters. Integrated Regional Information Networks. 2009-02-09. Dicapai pada 2009-03-24.
  13. ^ "Political violence toll now 130". IRIN.
  14. ^ "Madagascar president forced out". BBC. 2009-03-17. Dicapai pada 2009-03-18.
  15. ^ "Southern African Nations Refuse to Recognize Madagascar Leader". VOA News. 2009-03-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-21. Dicapai pada 2009-03-20.
  16. ^ Paul Tighe (2009-03-20). "Madagascar Army-Backed Leadership Change Denounced by EU, U.S." Bloomberg.com. Dicapai pada 2009-03-20.
  17. ^ "A coup that is not yet irreversible". The Economist. 28 Mac - 3 April. m/s. 56. Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan)
  18. ^ ""YES" leading in Madagascar's referendum on new constitution". People's Daily Online. 2010-11-18. Dicapai pada 2010-11-21.
  19. ^ a b Gregoire Pourtier (21 November 2010). "Madagascar referendum could deepen political crisis". The Guardian. Dicapai pada 2010-11-21.

Pautan luar

sunting
Jawatan politik
Didahului oleh
Patrick Ramiaramanana
Datuk bandar Antananarivo
Disember 2007 hingga Februari 2009
Diikuti oleh:
Guy Randrianarisoa
Didahului oleh
Marc Ravalomanana
Presiden
Presiden Pihak Berkuasa Tinggi Peralihan Madagaskar
Mac 2009 – kini
Diikuti oleh:
Masih menjawat