Angan dan Sedar ialah lagu nyanyian Mawi dari album studio keduanya Satu Dalam Seribu. Lagu ini digubah oleh M. Nasir dan liriknya oleh Allahyarham Rosli Khamis. Mawi menyanyikan lagu Angan dan Sedar di acara Anugerah Juara Lagu 2007 pada awal tahun 2008 dan memenangi kategori Persembahan Terbaik.