Angelina Johnson (lahir Oktober 1977) merupakan salah satu watak dalam siri rekaan J.K. Rowling iaitu Harry Potter. Angelina adalah seorang gadis berkulit hitam berambut lebat dan panjang, dua tahun lebih tua daripada Harry. Beliau adalah Chaser dalam pasukan Quidditch Gryffindor.

Watak Harry Potter
Angelina Johnson
Jantina Perempuan
Warna rambut Hitam
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Berpihak kepada Tentera Dumbledore
Dilakonkan oleh Danielle Tabor
/ Tiana Benjamin
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Dalam Harry Potter dalam Piala Api, beliau adalah salah seorang pelajar Hogwarts yang memasukkan namanya ke dalam Piala Api, namun tidak terpilih. Angelina juga menerima jemputan Fred Weasley untuk pergi ke Majlis Tari Menari Krismas. Mereka menjadi pasangan yang serasi, menari dengan lincah sehingga orang-orang tiada yang mahu mendekati mereka, risau jika tertolak atau terluka. Lee Jordan juga menganggap beliau menarik dan berkali-kali telah mengajaknya untuk bertemu janji, tapi tidak berhasil.

Setelah Oliver Wood meninggalkan Hogwarts, Angelina menjadi kapten Quidditch Gryffindor dan terbukti tidak terlalu tegas terhadap pemainnya dibandingkan dengan Wood. Beliau mengaku menjadi seorang kapten cukup untuk membuat dirinya tertekan dan menyesal kerana terlalu berkeras terhadap Wood semasa dia masih menjadi kapten.

Angelina bergabung dengan Tentera Dumbledore sejak pertemuan di Hog’s Head lagi.

Dalam tiga film pertama, Angelina dilakonkan oleh Danielle Taylor atau dikenali juga sebagai Danielle Tabor. Dalam Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and the Order of the Phoenix, Angelina diperankan oleh Tiana Benjamin.

Lihat juga sunting