Angkat rumah atau usung rumah merupakan suatu amalan gotong-royong memindahkan rumah kayu dari lokasi lama kepada kedudukan baharu yang diinginkan. Ia merupakan amalan yang didapati serata rantau Asia Tenggara.

Pemindahan ini boleh dilakukan atas beberapa dorongan seperti berikutan penjualan tanah bertapaknya rumah mahupun kelahiran atau kematian dalam sesebuah keluarga.[1]

Kaedah sunting

Rumah diusung dalam pengalas khas diperbuat daripada batang-batang buluh yang ditebang secara beramai-ramai. Jumlah batang buluh yang diperlukan untuk menggalas rumah ini bergantung kepada ukuran rumah bakal dibawa.[2]

Seluruh penjuru rumah kayu akan diikat penggalas ini sementara seluruh isinya dikosongkan dari sebarang perabot dan harta benda.[2]

Rumah ini diusung beramai-ramai secara berkumpulan diketuai ketua adat mahupun seorang bergelar tekong; tekong ini yang menunjuk arah serta memastikan laluan rumah yang diusung tidak melanggar halangan yang baik menonjol seperti pokok mahupun yang mudah menjunamkan seperti bonggol dan lubang jalan.[2]

Kelaziman sunting

Di Semenanjung Melayu sunting

Kegiatan ini ada dicatatkan dalam kalangan masyarakat pulau Langkawi.[1]

Di Sulawesi sunting

Masyarakat Bugis di Barru selatan pulau ini bergotong-royong amalan Marakka' Bola. Kegiatan ini dilakukan secara beramai-ramai di mana kerja pengangkatan disampai melalui pengumuman di masjid; orang ramai akan datang ke lokasi rumah asal dengan sukarela secara spontan. Setelah rumah selesai dipindahkan di tempat baru, acara Baca Barazanji dilakukan sebagai tanda kesyukuran agar rumah yang baru saja dipindahkan terhindar dari bencana dan malapetaka.[3]

Di Minahasa Selatan pula ada tradisi merawale yang dilakukan dalam kalangan orang Manado. Orang ramai akan diberi ganjaran oleh tuan rumah yang dipindahkan sebagai ‘bayaran ucapan terimakasih’ baik sajian besar seperti kuih-muih dan cucur serta nasi jaha mahupun mengopi rokok.[4]

Di Filipina sunting

Masyarakat kepulauan Filipina melakukan pemindahan ini sebagai sebahagian daripada kerja-kerja bayanihan[5] (terbitan kata bayan, 'tanah air').

Rujukan sunting

  1. ^ a b Carsten, Janet; Hugh-Jones, Stephen (1995). About the House: Lévi-Strauss and Beyond (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 107–109. ISBN 978-0-521-47953-0.
  2. ^ a b c Jasbindar, Freddie Aziz (10 Februari 2019). "Amalan Usung Rumah Yang Kian Dilupakan". Orang Perak. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  3. ^ Sadariyah Ari Ningrum (18 Oktober 2019). "Marakka' Bola: Tradisi Gotong Royong Memindahkan Rumah". Info Budaya. Direktorat Kepercayaan Terhadap Tuhan Yang Maha Esa Dan Tradisi Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan Republik Indonesia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  4. ^ Tewu, Fredy (18 November 2009). "Merawale, Tradisi Pindah Rumah". Berita Manado.
  5. ^ Smith, Bradford; Shue, Sylvia; Villarreal, Joseph (1992). Asian and Hispanic philanthropy: sharing and giving money, goods, and services in the Chinese, Japanese, Filipino, Mexican, and Guatemalan communities in the San Francisco Bay Area (dalam bahasa Inggeris). University of San Francisco, Institute for Nonprofit Organization Management, College of Professional Studies. m/s. 113. Dicapai pada 9 April 2020.