Buka menu utama

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah bekas sebuah parti politik di Malaysia. AKIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan pada 1995, berikutan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli. AKIM kini telah diambil alih dan dijenamakan sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) [4].

Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Malaysian People's Justice Front
AKIM
KetuaZakaria Salleh
Diasaskan16 Februari 1995[1]
Dibubarkan15 Disember 2010
Ibu pejabatKota Bharu, Kelantan[2]
Keahlian15,000[3]
Warna rasmiHijau, Kuning, Merah

Isi kandungan

AKIM dan perkembangannyaSunting

AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.[5]

Pada tahun 2008, Hanafi Mamat selaku presiden parti itu mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO (Barisan Nasional) dan PKR (Pakatan Rakyat), dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[6]

PresidenSunting

Presiden

  • 1995-February 1998: Musa Salih
  • 1998-1999: Mohd Din Nizam Din (acting)[7]
  • 1999-2002: Mohammad Yusoff[8]
  • 2002-26 Disember 2009: Hanafi Mamat [9]
  • 26 Disember 2009- 15 Disember 2010: Zakaria Salleh[10] (kemudian menyertai PAS)[11]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting