Angkatan Tentera Soviet

Angkatan Tentera Soviet, juga dipanggil Angkatan Tentera Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan Angkatan Tentera Kesatuan Soviet (Rusia: Вооружённые Силы Союза Советских Социалистических Республик Vooruzhonnyye Sily Soyuza Sovetskikh Sotsialisticheskikh Respublik, Вооружённые Силы Советского Союза) adalah angkatan tentera RSPS Rusia (1917–1922), Soviet Union (1922–1991) dan Parti Komunis Kesatuan Soviet (1912–1991) daripada permulaannya selepas Perang Saudara Rusia sehinggalah Pembubarannya pada 26 Disember 1991.

Angkatan Tentera
Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Вооружённые Силы Союза Советских Социалистических Республик
Vooruzhonnyye Sily Soyuza Sovetskikh Sotsialisticheskikh Respublik

Diasaskan 15 Januari 1918
Dibubarkan 26 Disember 1991
Cabang khidmat Tentera Darat
Tentera Udara
Tentera Laut
Angkatan Pertahanan Udara
Angkatan Peluru Berpandu Strategik

Pasukan Airborne Kesatuan Soviet
Pasukan Sempadan KGB Soviet

Ibu pejabat Kementerian Pertahanan, Daerah Khamovniki, Moscow, RSPS Rusia, Soviet Union
Kepimpinan
Setiausaha Agung Joseph Stalin (1922–1952)
Mikhail Gorbachev (1985–1991)
Menteri Pertahanan Nikolai Podvoisky (1917–1918)
Yevgeny Shaposhnikov (1991)
Ketua Turus Am Red Army flag Pavel Pavlovich Lebedev (1921–1924)
Red Army flag Vladimir Lobov (1991)
Usia masuk tentera 18–35
Pengerahan 2 tahun (tentera darat & udara) 3 tahun (tentera laut)
Sedia berkhidmat
dalam tentera
92,345,764 (1991), usia 18–35
Kakitangan aktif 4,490,000 (1990)
Kakitangan simpanan 35,745,000
Perbelanjaan
Bajet $290 bilion (1990)[1][2][a]
Peratusan KDNK 12.9% (1990)
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Kesatuan Soviet
Pangkat Pangkat tentera Kesatuan Soviet

Menurut undang-undang perkhidmatan tentera Kesatuan pada September 1925, Angkatan Tentera Soviet terdiri daripada tiga komponen: iaitu Tentera Darat, Tentera Darat, Tentera Laut, Direktorat Politik Negara (OGPU), dan pengawal konvoi.[5] OGPU kemudian menjadi bebas dan digabungkan dengan NKVD pada tahun 1934, manakala Pasukan Dalam Negeri berada dibawah pengurusan bersama Komisariat Pertahanan dan Komisariat Dalam Negeri. Selepas Perang Dunia II, Angkatan Peluru Berpandu Strategik (1959), Angkatan Pertahanan Udara (1948) dan pasukan Kesatuan Angkatan Pertahanan Awam Nasional (1970) telah ditambah, berada dikedudukan pertama, ketiga dan keenam dari segi kepentingan dalam perkhidmatan rasmi Soviet (dengan Tentera Darat di tempat kedua, Tentera Udara di tempat keempat, dan Tentera Laut ditempat kelima).

Struktur dan kepimpinan

sunting

Angkatan Tentera Soviet telah dikawal oleh Kementerian Pertahanan.[b]

Ketuanya adalah Menteri Pertahanan, iaitu anggota penuh Politburo (Politburo pula diketuai oleh Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet, secara umumnya pemimpin Kesatuan Soviet de facto) dan dari tahun 1934 seterusnya, dikepalai Marsyal Kesatuan Soviet. Kedua-dua orang awam dan profesional tentera berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan. Antara tahun 1934 dan 1946, 1950 dan 1953, Kementerian Tentera Laut yang berasingan wujud dan Kementerian Pertahanan hanya bertanggungjawab bagi tentera laut dan udara. Pada praktiknya, Menteri Tentera Laut adalah pegawai yang lebih rendah dan Kementerian Pertahanan terus menguasai pembuatan dasar.

Dibawah Menteri Pertahanan ialah dua orang Timbalan Pertama Menteri Pertahanan; iaitu Ketua Turus Am, yang bertanggungjawab bagi operasi dan perancangan, dan Timbalan Pertama Menteri Pertahanan bagi Hal Ehwal Am, yang bertanggungjawab bagi pentadbiran. Dari tahun 1955 Pemerintah Tertinggi Pakatan Warsaw juga menyandang jawatan Timbalan Pertama Menteri Pertahanan. Menjelang tahun 1980an terdapat sebelas orang lagi Timbalan Menteri Pertahanan; termasuklah para panglima tertinggi lima cabang perkhidmatan.[6]

Lihat juga

sunting
  1. ^ According to the CIA, the Soviet Union spends $300 billion.[3][4]
  2. ^ The Ministry of Defense (Soviet Union) was renamed a number of times. From 1917 to 1934 it was the People's Commissariat for War and Naval Affairs, from 1934 to 1946 it was the People's Commissariat for Defense, in 1946 the People's Commissariat for the Armed Forces, from 1946 to 1950 the Ministry for the Armed Forces, from 1950 to 1953 the Ministry for War, and from 1953 to 1991 the Ministry of Defense.

Rujukan

sunting
  1. ^ Times, Special to The New York (31 May 1989). "Soviet Military Budget: $128 Billion Bombshell". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-12. Dicapai pada 2017-02-12 – melalui NYTimes.com.
  2. ^ "Soviets to trim military production by 1990". Defense Daily. 24 Julai 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 9 Ogos 2015 – melalui HighBeam Research.
  3. ^ "Soviet military spending put at 20-25% of GNP". Defense Daily. 24 April 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 9 Ogos 2015 – melalui HighBeam Research.
  4. ^ "Soviets have not hardened position on SLCM - Akhromeyev". Defense Daily. 9 Mei 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 9 Ogos 2015 – melalui HighBeam Research.
  5. ^ Scott and Scott, The Armed Forces of the Soviet Union, Westview Press, 1979, p.13
  6. ^ Warner, Edward; Bonan, Packman (April 1984). Key Personnel and Organizations of the Soviet Military High Command (PDF). RAND Notes. RAND Corporation. m/s. 8. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2014-05-31. Dicapai pada 30 May 2014.

Bacaan lanjut

sunting
  • Lehrke, Jesse Paul. "The Transition to National Armies in the Former Soviet Republics, 1988-2005." Oxfordshire, UK: Routledge (2013). See especially Chapters 1-4 (see: http://www.routledge.com/books/details/9780415688369/)
  • Lester W. Grau and Ali Ajmad Jalali, "The Campaign for the Caves: The Battles for Ahawar in the Soviet-Afghan War" Foreign Military Studies Office, Ft. Leavenworth, KS, reprinted from Journal of Slavic Military Studies, Vol. 14, September 2001, Number 3.
  • Lewis, William J., The Warsaw Pact: Arms, Doctrine and Strategy, Institute for Foreign Policy Analysis; 1982. ISBN 0-07-031746-1. This book presents an overview of all the Warsaw Pact armed forces as well as a section on Soviet strategy, a model land campaign which the Soviet Union could have conducted against NATO, a section on vehicles, weapons and aircraft, and a full-color section on the uniforms, nations badges and rank-insignia of all the nations of the Warsaw Pact.
  • Michael MccGwire, 1987. Military Objectives in Soviet Foreign Policy. Washington DC: Brookings Institution Press. ISBN 978-0815755524

Pautan luar

sunting

Templat:Soviet Union topics Templat:Soviet occupation