Angra Mainyu ( /ˈæŋrə ˈmnj/ ; Bahasa Avesta : 𐬀𐬢𐬭𐬀⸱𐬨𐬀𐬌𐬥𐬌𐬌𐬎 Aŋra Mainiiu) ialah istilah dalam Bahasa Avesta untuk merujuk kepada "semangat pemusnah/jahat" dan juga musuh utama Spenta Mainyu, "semangat suci/kreatif" dan musuh langsung bagi Ahura Mazda, dewa tertinggi agama Mazdayasna (Zoroastrianisme). Istilah Ahriman (Bahasa Parsi Tengah: 𐭠𐭧𐭫𐭬𐭭𐭩 /ˈɑːrɪmən/ ) ialah kesetaraan dalam Bahasa Parsi Tengah bagi Angra Mainyu.

Angra Mainyu dibunuh oleh Faramarz dalam satu adegan dalam Shahnameh.

Dalam Avesta sunting

Dalam wahyu Zarathustra sunting

Istilah Avesta, angra mainyu "dilihat merupakan konsep asal oleh Zarathustra." [1] Dalam Gatha yang merupakan teks tertua agama Mazdayasna yang dianggap dikarang oleh Zarathustra, angra mainyu belum lagi menjadi istilah yang disempurnakan. [a] Dalam satu contoh dalam him (hymn) ini di mana kedua-dua perkataan tersebut muncul bersama-sama, konsep yang dibicarakan ialah konsep suatu mainyu ("minda", "semangat" atau tenaga abstrak dsb.) [b] yang angra (" merosakkan", "huru-hara", "tidak teratur", "menghalang", "memburukkan" dsb., yang mana sebuah manifestasi boleh menjadi sifat marah). Dalam contoh tunggal ini – dalam Yasna 45.2 – "semangat yang lebih murah hati antara dua" mengisytiharkan angra mainyu sebagai " antitesis mutlak" bagi spenta mainyu. [1]

Pernyataan yang serupa berlaku dalam Yasna 30.3, di mana antitesis ialah aka mainyu, aka iaitu perkataan Bahasa Avesta untuk "jahat". Oleh itu, aka mainyu ialah "semangat jahat" atau "fikiran jahat", berbeza dengan spenta mainyu, "semangat pemurah" yang mana Ahura Mazda sendiri jadikannya daripada tiada menjadi ada.

Istilah aka mainyu berulang dalam Yasna 32.5, apabila ia dikenal pasti sebagai daeva yang gemar menipu manusia dan diri mereka sendiri. Dalam versi agama Mazdayasna yang terkemudian, daeva ialah syaitan, namun hal ini tidak dapat dibuktikan melalui Gatha: Zarathustra menyatakan bahawa daeva ialah "tuhan yang salah" atau "tuhan palsu" yang hendaklah ditolak, tetapi mereka belum lagi menjadi syaitan. [2] Ada juga yang mencadangkan hubungan antara Angra Mainyu dan Angira yang bijak dari Rig Veda. [3] [4] Jika perkara ini benar, ia boleh dianggap sebagai bukti perpecahan agama antara penganut Indo-Arya Veda yang menyembah deva dengan penganut Mazdayasna awal.

Dalam Yasna 32.3, para daeva ini dikenal past i sebagai keturunan akem manah, "pemikiran jahat". Walau bagaimanapun, beberapa ayat sebelum ini, terdapat istilah daebaaman, "pembohong" - yang tidak dikenal pasti apa tetapi itu "mungkin Angra Mainyu" [1] - yang mendorong para daeva untuk memilih achistem manah - "pemikiran terburuk." Dalam Yasna 32.13, tempat tinggal orang keji bukanlah tempat tinggal Angra Mainyu, tetapi tempat tinggal achistem manah tersebut. "Ramai menyangka [Angra Mainyu] adalah pemerintah di neraka, hal ini kerana dia telah mencipta 'kematian dan apa jua pun, pada pengakhirannya, hakikat kewujudan yang terburuk adalah untuk orang yang berbohong' ( Y. 30.4)." [1]

  1. ^ a b c d Duchesne-Guillemin, Jacques (1982), "Ahriman", Encyclopaedia Iranica, 1, New York: Routledge & Kegan Paul, m/s. 670–673 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "JDG_1982_670_673" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Hellenschmidt, Clarice; Kellens, Jean (1993), "Daiva", Encyclopaedia Iranica, 6, Costa Mesa: Mazda, m/s. 599–602
  3. ^ Talageri, Shrikant G. (2000). The Rigveda: A Historical Analysis (dalam bahasa Inggeris). Aditya Prakashan. m/s. 179. ISBN 9788177420104.
  4. ^ Bose, Saikat K. (2015-06-20). Boot, Hooves and Wheels: And the Social Dynamics behind South Asian Warfare (dalam bahasa Inggeris). Vij Books India Pvt Ltd. ISBN 9789384464547.

Rujukan sunting

Nota kaki sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan