Buka menu utama

Ångström merupakan unit kepanjangan yang bersamaan dengan 0.1-10 meter (satu persepuluh bilion meter) atau 0.1 nanometer. Lambangnya ialah huruf Å dari abjad Sweden.

Ångström
Unit bagiKepanjangan
SimbolÅ
Dinamakan sempenaAnders Jonas Ångström
1 Å dalam ...... adalah sama dengan ...
   meter   10−10 m
   sentimeter   10−8 cm
   nanometer   0.1 nm
   pikometer   100 pm

Ångström lazimnya digunakan dalam bidang sains alam dan teknologi untuk mengungkapkan saiz atom, molekul, dan struktur biologi mikroskopik, kepanjangan ikatan kimia, susunan atom dalam hablur, kepanjangan gelombang radiasi elektromagnetik, dan dimensi bahagian litar bersepadu.

Unit ini mendapat namanya daripada ahli fizik Sweden, Anders Jonas Ångström (1814–1874). Lambangnya sentiasa ditulis dengan tanda baca bulat seperti dalam abjad Sweden.