Angus McBride (11 Mei 1931 – 15 Mei 2007) ialah seorang pelukis Inggeris bertemakan sejarah dan fantasi.

Kehidupan awal sunting

Angus McBride telah dilahirkan di London dalam keluarga Highland Scots sebelum menjadi yatim piatu semenjak kecil apabila ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berumur lima tahun, dan bapanya pula gugur semasa Perang Dunia Kedua ketika beliau berusia dua belas tahun. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Koir Gereja Agung Canterbury. Beliau telah melaksanakan khidmat negaranya di Fusiliers Diraja (Royal Fusiliers) dan kemudiannya mendapat pekerjaan sebagai pelukis pengiklanan.

Kerjaya sunting

Selepas Perang Dunia II, kemerosotan keadaan ekonomi di Britain telah memaksa Angus untuk berhijrah ke Afrika Selatan. Di Cape Town, beliau telah menjadi pelukis yang terkenal dan berjaya. Walau bagaimanapun, Angus merasakan bahawa beliau tidak dapat mengembangkan perancangan seninya secara menyeluruh dalam industri penerbitan yang kecil di Afrika Selatan. Rentetan dari itu, pada tahun 1961, Angus kembali semula ke England. Beliau menghasilkan karya pertamanya dalam majalah pendidikan seperti Penemuan (Finding Out), Lihat dan Belajar (Look and Learn), Dunia Keajaiban (World of Wonder) dan Kisah Injil (Bible Story). Pada tahun 1975, beliau mula bekerjasama dengan Penerbitan Osprey (Osprey Publishing) dengan siri Lelaki Bersenjata (Men-at-Arms).

Memandangkan ekonomi England kembali terjejas pada 1970-an, Angus bersama keluarganya kembali ke Cape Town, dan beliau masih meneruskan kerjasama dengan penerbit British dan Amerika Syarikat dengan meneruskan kesinambungan dalam menghasilkan ilustrasi sejarah yang realistik untuk Penerbitan Osprey (Osprey Publishing) serta bekerjasama dengan penerbit sejarah ketenteraan yang lain seperti Terbitan Concord (Concord publications) dan sebagainya. Dalam lingkungan karya bertemakan fantasi, Angus terkenal dengan ilustrasinya untuk permainan lakon peranan Middle-earth Role Playing (MERP) yang diselenggara oleh Iron Crown Enterprises berdasarkan karya nukilan J.R.R. Tolkien.

Walaupun terdapat beberapa lukisannya yang menggunakan cat minyak, Angus McBride lebih cenderung untuk menghasilkan karya lukisannya dengan cat warna gouache pada papan illustrasi dengan melakar banyak komposisi yang sangat terperinci sebelum mula mengecat.

Angus McBride meninggal dunia pada 15 Mei 2007 akibat serangan jantung pada usia 76 tahun. [1]

Ilustrasi sunting

  • Men-at-Arms (1977-2007) siri
  • Siri Elite
  • Siri Tentera Umum (General Military)
  • Siri Pahlawan (Warriors)
  • Siri Kempen (Campaigns)

Lukisan untuk Iron Crown Enterprises:

  • Middle-earth Role Playing
  • Rolemaster
  • Permainan Kad Koleksi Middle-earth (Middle-earth Collectible Card Game)

Untuk Siri Klasik Seram Ladybird (Ladybird Horror Classic Series):

  • Dracula (1984)
  • The Mummy (1985)

Rujukan sunting

  1. ^ Holland, Steve (26 May 2007). "Angus McBride". The Guardian. Dicapai pada 12 June 2020.Holland, Steve (26 May 2007). "Angus McBride". The Guardian. Retrieved 12 June 2020.

Pautan luar sunting