Penggunaan nama AniMedia adalah berperanan untuk menunjukkan bahawa terdapat perbezaan modul pembelajaran yang telah diajar oleh institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam mahupun swasta dengan Les’ Copaque Animation Academy dimana pembelajaran yang diajar menerusi AniMedia adalah pembelajaran lengkap mengikut kehendak industri terkini. Nama AniMedia tidak pernah digunakan oleh institusi pembelajaran di Malaysia.

Definisi "Media" dan "AniMedia" sunting

Media adalah segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau pesan. Kata media berasal dari kata latin, merupakan bentuk jamak dari kata “medium”. Secara harfiah kata tersebut mempunyai erti "perantara" atau "pengantar". Merujuk kepada Diploma Teknologi 3D AniMedia, pedekatan yang digunakan oleh Les' Copaque Animation Academy adalah seperti berikut

  • Dari segi penggunaan maksud ‘MEDIA’ iaitu ‘Medium’ atau ‘Perantara’.[1]

Keseluruhan kursus pengkhususan yang diajar kepada pelajar telah dimasukkan elemen perantara diantara pelajar dan masyarakat. Perantara yang dimaksudkan adalah elemen yang berteraskan kemahiran serta pengetahuan yang mendorong pelajar untuk menjadi usahawan dan Les’ Copaque Animation Academy telah menerapkan kemahiran industri di dalam kursus merujuk kepada industri Les' Copaque Production.  

Rujukan sunting