Ani Arope

Tokoh perniagaan Malaysia

Tan Sri Ani Arope (17 Mei 1931 – 20 Disember 2014)[1] merupakan tokoh perniagaan Malaysia dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (1990-1996) dan syarikat multinasional Guthrie.


Ani Arope

PSM; DPMJ (Johor); JMN, KMN
Pengerusi, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad
Dalam jawatan
1 September 1990 – 31 Ogos 1996
Butiran peribadi
Lahir(1931-05-17)17 Mei 1931
Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, Empayar British (kini Malaysia)
Meninggal dunia20 Disember 2014(2014-12-20) (umur 83)
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor
PasanganPuan Sri Saenah Ahmad
Anak-anak3
PekerjaanUsahawan, ahli perniagaan

Kehidupan awal sunting

Tan Sri Ani dilahirkan pada 17 Mei 1931 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat (kini Malaysia).[2]

Kerjaya sunting

Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad sunting

Pada tahun 1996, Tan Sri Ani mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) demi menjaga kepentingan syarikat utiliti itu. Namun akhirnya beliau sendiri membuka mulut dengan mengatakan ianya adalah disebabkan ketidakpuasan hatinya berhubung dengan perjanjian berat sebelah TNB dan pengeluar bebas kuasa elektrik (IPP). Ekoran itu wujudlah kini generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa negara di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, Jabatan Perdana Menteri, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.[3]

Semakan semula perlu kerana ianya banyak melibatkan pembaziran wang ke atas rizab kuasa yang Malaysia tidak perlukan buat masa sekarang.Rakyat Malaysia terpaksa menanggung bayaran kepada IPP sebanyak RM 19 bilion setiap tahun. Pelbagai alasan digunakan untuk mewajarkan tindakan tersebut seperti 'pelarasan harga'. Selaku bekas CEO TNB, beliau kecewa dengan TNB yang tiada kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.[4]

Kematian sunting

Selepas sekian lama bertarung dengan berbagai masalah kesihatan, Tan Sri Ani meninggal dunia pada 20 Disember 2014 di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), kira-kira jam 5.26 pagi akibat kanser prostat. Allahyarham meninggal pada usia 83 tahun, meninggalkan isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam selepas solat Zohor.[1][5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope meninggal dunia". Astro Awani. 20 Disember 2014. Dicapai pada 2014-12-21.
  2. ^ Ani Arope: Insan berintegriti Utusan Malaysia (21 Disember 2014). Dicapai pada 1 Januari 2015.
  3. ^ "Ani Arope dedah rancangan 'black out' 1992 untuk wujudkan IPP". Keadilan Daily. 20 Disember 2014. Dicapai pada 2014-12-21.
  4. ^ Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Berita Semasa. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  5. ^ Leong Hung Yee (20 Disember 2014). "Ani Arope prepared for his death". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2014-12-21.
  6. ^ "Power blackout whistleblower Ani dies". Free Malaysia Today. 20 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada 2014-12-21. Tenaga man who fell from grace for standing up against govt collusion with power producers.