Ani Maiyuni
Aishah An-Nur binti Osman atau lebih dikenali sebagai Ani Maiyuni (seringkali dieja sebagai Ani Mayuni) (lahir 3 Ogos 1978) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1978. Sebelum bergerak secara solo sebagai penyanyi dangdut, Ani merupakan salah seorang anggota Kumpulan Sugar. Pada tahun 2016, Ani telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bintang Dangdut Malaysia. Ani juga merupakan antara sasaran kemarahan netizen akibat isu bantuan untuk artis.
Ani Maiyuni | |
---|---|
Kelahiran | Aishah An-Nur binti Osman 3 Ogos 1978 |
Nama lain | Ani, Ani Maiyuni @ Mayuni |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Pasangan | Zairi bin Azmi (k. 2004) |
Anak | 3 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop & Dangdut |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1995—kini |
Syarikat rakaman | Cherry Talent Management FMC Music |
Pengkarya berkait | Kumpulan Sugar |
Perkahwinan dan KeluargaSunting
Ani Maiyuni telah melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya Zairi bin Azmi bekas anggota Kumpulan Arrow pada 5 Jun 2004. Hasil daripada perkahwinan Ani & Zairi, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil.
DiskografiSunting
Album StudioSunting
- Sedap (1998)
- Dangdut Goyang Malindo (1997)
Album Kolaborasi:Sunting
- Dunia Dangdut... Superduet Hits '98 (1998)
- Sha La La (2003)
- Kumpulan Sugar-Cantik Manis (1996)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2001 | Lagi Lagi Senario | Maya | Filem pertama |
2003 | Paloh |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Berek | |||
2010 | Semanis Janji | |||
2014 | Gerak Khas (Musim 14) | TV2 | Episod: "Scam 419" | |
Maria | Episod: "Konspirasi" | |||
2019 | Ustazah Pencen | TV1 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2005 | Zaharul Vs Zarina | Rina | Astro Ria |
2006 | Zaharul Vs Zarina 2 | Rina | |
2017 | #Terobek Raya | Astro First Eksklusif | |
2018 | Di Penghujung Sujud | TV3 | |
2019 | Alamak Boss!! |