YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @ Haniff Amman (lahir 16 November 1953) ialah ahli politik Malaysia, bekas Menteri Luar Negeri Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Kimanis. Kini, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing).

Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima

Anifah Aman @ Haniff Amman

PSM; SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DIMP (Phg); PGDK (Sbh)
Pengerusi Perbadanan Labuan
Memegang jawatan
26 Jun 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kimanis
Dalam jawatan
2004–2019
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehNurnikman Abdullah
Digantikan olehMohamad Alamin
Majoriti5,723 (PRU-13)
Presiden Parti Cinta Sabah
Memegang jawatan
2020
Didahului olehDr. Nicholas James Guntobun
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
April 2009 – 9 Mei 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului oleh Rais Yatim
Digantikan oleh Saifuddin Abdullah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Beaufort
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehNurnikman Abdullah
Digantikan olehAzizah Mohd Dun
Majoriti6800
Butiran peribadi
Lahir (1953-11-16) 16 November 1953 (umur 70)
Keningau, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia)
Parti politik BN-UMNO (-2018)
BEBAS[1] (2018-2020)
PCS (sejak 25 Julai 2020)
PasanganDatin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad
Anak-anak3
SaudaraMusa Aman (abang)
Yamani Hafez Musa (anak saudara)
PekerjaanAhli Parlimen

Kehidupan peribadi dan pendidikan sunting

YB Dato' Sri Anifah telah berkahwin dengan Datin Sri Rubiah Datuk Abdul Samad dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga ialah adik kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada era Barisan Nasional. Beliau juga ialah graduan Sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari Kolej Universiti Buckingham (kini Universiti Buckingham), United Kingdom.

Kerjaya politik sunting

Presiden Parti Cinta Sabah sunting

Ansari memberitahu Malaysiakini, dirinya dan Anifah menyertai PCS pada awal bulan ini dan keahlian mereka telah diluluskan oleh majlis tertinggi parti pada 11 Julai.

Anifah keluar dari Umno pada September 2018, ketika Umno beberapa bulan selepas parti itu kalah dalam pilihan raya ke-14 dan juga kehilangan kuasa di Sabah.

Selepas rampasan kuasa yang meruntuhkan kerajaan PH, BN kembali mengusai Putrajaya di bawah gabungan PN.[2]

Pilihan raya sunting

Beliau memasuki politik apabila mula bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994. Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi. Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya.[3]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Ismail Bungsu dengan majoriti sebanyak 5,453 undi. Beliau memperolehi 10,242 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 1,615 undi. Dua lagi calon bebas ialah Jaafar Ismail (4,789) dan Benjamin Basintal (205).[4] Pada 2 Disember 2019, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau di kerusi Parlimen Kimanis dalam PRU-14, sekaligus memberi laluan bagi pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.[5] Namun, beliau akan bertanding pada PRU-15 yang akan datang.

Jawatan dalam UMNO sunting

  • Bendahari UMNO Bahagian Beaufort bemula 1994
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003
  • Ketua UMNO Bahagian Kimanis

Isu dan kontroversi sunting

Menolak Jawatan Timbalan Menteri sunting

Beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak. Sebelum pilihan raya 2008, beliau telah menjadi Timbalan Menteri selama 2 penggal.

Disaman kerana dakwa tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri sunting

Pada 16 Mei 2009, semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington, Anifah Aman mendakwa Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepadanya jika melompat parti UMNO kepada PKR.

Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [6] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[7]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: Beaufort, Sabah[8]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus
1999 Anifah Aman (UMNO) 16,009 64% Ak Aliuddin Pg (PBS) 9,209 36%
Parlimen Malaysia: Kimanis, Sabah[8]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Lain-lain Undi Pedratus
2004 Anifah Aman (UMNO) 9,655 66% Awang Tengah Awang Amin (PKR) 4,547 31%
2008 Anifah Aman (UMNO) 10,242 59% Ismail Bongsu (PKR) 1,615 9% Jaafar Ismail (Ind)

Benjamin Basintal (Ind)

4,789

205

28%

1%

2013 Anifah Aman (UMNO) 13,754 61% Jaafar Ismail (PKR) 8,031 35% Jamil William Core (SAPP)

Lusin Balangon (STAR)

650

240

3%

1%

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Anifah Aman pula keluar UMNO
  2. ^ https://m.malaysiakini.com/news/536191
  3. ^ "Two 'seniors' upset over positions". New Straits Times. 19 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2008. Dicapai pada 19 March 2008.
  4. ^ "Anifah Aman springs surprise, declines deputy minister's post". New Straits Times. 18 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2008. Dicapai pada 18 March 2008.
  5. ^ "Anifah akan ambil tindakan undang-undang terhadap SPR". malaysiakini.com. 2019-12-19. Dicapai pada 2020-01-19.
  6. ^ ""Anwar nafi dakwaan Anifah", Utusan Online. 16 Mei 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-18. Dicapai pada 2009-05-16.
  7. ^ "Anwar Fail Saman Fitnah RM100 Juta Terhadap Anifah", Bernama.com. 27 Mei 2009.
  8. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 24 June 2010..