Anime Expo
Anime Expo (AX), adalah satu konvensyen anime yang selalunya diadakan di Los Angeles, California pada cuti 4 Julai selama 4 hari setiap tahun. Anime Expo dihoskan oleh pertubuhan bukan untung Society for the Promotion of Japanese Animation (SPJA). Walaupun, ketika ini diadakan di Los Angeles Convention Center, SPJA juga telah mengadakan konvensyen Anime Expo ini di New York dan Tokyo, masing-masing pada tahun 2002 dan 2004. Anime Expo merupakan konvensyen anime terbesar di Amerika.
Acara
suntingPelbagai acara diadakan semasa Anime Expo berlangsung untuk peserta konvensyen ini.
Acara yang paling mendapat sambutan termasuk pertandingan cosplay, pertandingan Muzik Video Anime, dan Lelongan Amal SPJA. Disamping itu. Anime Expo turut menganjurkan konsert artis-artis terkenal. Anime Expo juga mempunyai beraneka ahli panel, bengkel dan acara, sebahagiannya ditaja oleh peminat atau tajaan industri. Terdapat juga bilik video dan panggung yang menayang anime siang dan malam.
Seperti konvensyen lain, Anime Expo juga menyediakan dewan pameran yang besar dimana peserta boleh membeli pelbagai barang yang dijual oleh pempamer. Ini termasuk kerja seni peminat, dan barang-barang kelengkapan cosplay seperti rambut palsu.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Tapak rasmi Anime Expo