Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus (Jawi: شريفح انيس بنت شد ذينل ال ادرس; lahir 21 Julai 1988) ialah seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan model wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan sebelum menjadi pelakon, Anis mula diperkenalkan kepada umum dalam industri hiburan tanahair menerusi drama Cuak.

Anis Al-Idrus
Anis ditemuramah oleh MeleTOP di Ramadan Bazar Street Fest pada 7 Julai 2015.
Kelahiran
Sharifah Anis binti Syed Zainal Al-Idrus

(1988-07-21) 21 Julai 1988 (umur 35)
PendidikanIjazah Perniagaan Antarabangsa Pengkhususan Perbankan dan Kewangan
Pusat pendidikanManagement & Science University (MSU)
PekerjaanModel, pelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2009–2010 (dalam bidang kewartawanan)
2011–kini (dalam bidang lakonan)
PasanganMohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim (k. 2017; c. 2022)
Anak-anak1 (anak tiri)

Kehidupan awal sunting

Anis dilahirkan pada 21 Julai 1988 di Kelantan kepada pasangan Syed Zainal Al-Idrus dan Raja Puteri Azlini Atan, beliau ialah anak tunggal dalam keluarganya.[2] Anis mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Perak Darul Ridzuan dan seterusnya melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh, Lahad Datu, Sabah.[2] Sewaktu zaman persekolahannya, Anis tidak mempunyai ramai rakan perempuan kerana sikapnya ketika itu agak kasar, malah dagunya pernah tertusuk kawad berduri semasa bergaduh dengan rakan sekelasnya sehingga menyebabkan dagunya senget.[2]

Pada usia 15 tahun, ibunya mendaftarkannya dalam pertandingan Ratu Cantik Sabah/Lahad Datu 2003 dan terpilih ke peringkat akhir sekaligus menjadi juara.[2] Sejak itu, Anis melibatkan diri dalam peragaan.[2] Selepas tamat Tingkatan 5, Anis dan keluarganya pulang ke Semenanjung Malaysia dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Management & Science University (MSU). Sewaktu menunutut di MSU, beliau dianugerahkan Miss MSU 2007.[2]

Kerjaya sunting

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Anis pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran dan penyampai berita di ntv7 dari 2008 hingga 2010. Namun, beliau berhenti kerana merasakan kerjaya penyiaran tidak sesuai dengan taraf hidupnya.[2]

Anis memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi peranan kecil dalam Cuak di Astro Ceria. Drama lain lakonannya termasuk Gemersik Kalbu lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah; Qanun 99 lakonan Farid Kamil dan Yana Samsudin; serta Duda Terlajak Laris lakonan Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal. Sebagai pengacara TV, beliau mengacarakan rancangan realiti TV keagamaan Serambi Pencetus Ummah di Astro Oasis. Beliau memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single pertama "Mengapa" yang dikeluarkan pada 2015,[3] kemudian diikuti oleh single kedua, "Tak Guna" pada 2018.[4]

Di luar kerjaya hiburan, Anis turut berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan membuka butiknya, Anis Al-Idrus Wardrobe.[5] Beliau juga mengusahakan jenama tudung yang diberi nama Nishbyanisalidrus.

Beliau juga pernah mewakili Malaysia sebagai pempengaruh media sosial di Jakarta Modest Fashion Week (JMFW) pada 26 hingga 29 Julai 2018.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Sekitar 2014 sehingga 2015, Anis pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad,[7] namun memutuskan hubungan akibat perbezaan haluan dan pendapat.[8][9]

Beliau sebelum ini juga pernah digosipkan dengan Raja Afiq, namun hubungan mereka juga tidak berkekalan.[10][11]

Anis sehingga kini tinggal bersendirian sementara kedua ibu bapanya di Medan, Indonesia, kerana bapanya bekerja dalam bidang perladangan kelapa sawit di sana. Anis akan ke Medan sebulan sekali berjumpa dengan ibu bapanya dan akan berada di sana selama tiga atau empat hari. Dia tidak mahu tinggal di sana kerana jiwanya lebih kepada Malaysia. Baginya, tiada tempat yang sebaik Malaysia. Beliau pernah menetap di Sabah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.

Anis berkahwin dengan pasangan pilihannya yang merupakan seorang pereka dalaman, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 7 Julai 2017.[12][13] Suaminya mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu.[14]

Pada tahun 2022, Anis mengesahkan beliau sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan selepas 5 tahun hidup bersama.[15][16][17][18]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Cuak Astro Ceria
Walid Walid
2012 Gemersik Kalbu Zuraini TV3
Dan Bila Esok Azlin
Pelangi Kasih Iman Mutiara
2013 Tangisan Bulan Madu 2 TV2
2014 Mencari Cinta Diana TV1
2016 Qanun 99 Astro Oasis Episod: "Fasakh"
Uda & Dara Khalida Astro Prima
Duda Terlajak Laris Zainura TV3 Adaptasi Novel Duda Terlajak Laris Karya Aifa Batrisyia
2019 Iktibar Zila Episod: "Tamak Haloba"
2022 Bintang Hatiku Hanani Salam HD

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Hilangnya Doa Seorang Ibu TV3
2014 Aku Bukan Orang Gaji TV1
2017 Surat Buat Bakal Isteriku Kak Chik Astro Ria
Syukur Syawal TV3
2018 Cinta Cheescake Leleh TV Okey

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Serambi Pencetus Ummah (Musim 4)[19] Pengacara Astro Oasis

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
2016
"Mengapa"
2017
"Tak Guna"

Rujukan sunting

  1. ^ Alif Fadli Mohd Sori (28 April 2016). "Anis mahu tamak". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-01. Dicapai pada 26 Mac 2017.
  2. ^ a b c d e f g Aini Roshidah Ahmad Mawawi (28 Januari 2018). "Dagu senget tertusuk kayu". Mingguan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-18. Dicapai pada 17 April 2018.
  3. ^ Single ‘Mengapa’ Bukti Anis Al Idrus Serius Jadi Penyanyi Perak Today (11 Disember 2015). Diperoleh pada 18 April 2018.
  4. ^ Fatin Farhana Ariffin (20 Februari 2016). Anis Al-Idrus tidak anggap terlewat jadi penyanyi Berita Harian. Diperoleh pada 18 April 2018.
  5. ^ "Langkah besar si cantik Anis". Utusan Malaysia. 21 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2016. Dicapai pada 5 April 2018.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Julai 2018). "Anis teruja jadi 'influencer' fesyen". Harian Metro. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (29 September 2014). "Anis Al-Idrus Tidak Hirau Kisah Lama Sharnaaz Ahmad". mStar Online. Dicapai pada 3 Jun 2018.
  8. ^ Kemalia Othman (1 Ogos 2015). "Anis Al Idrus Anggap Putus Dengan Sharnaaz Jalan Terbaik". mStar Online. Dicapai pada 5 April 2018.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Ogos 2015). "'Kami putus lima bulan lalu'". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  10. ^ Zaidi Mohamad (25 November 2016). "Rezeki Anis Al-Idrus murah selepas putus cinta". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2017.
  11. ^ "Anjak usia". Utusan Malaysia. 30 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2016. Dicapai pada 5 April 2018.
  12. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (7 Julai 2017). "Anis Al-Idrus kini sah bergelar isteri". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2018.
  13. ^ Mohd Al-Qayum Aziz (7 Julai 2017). "Anis Al-Idrus akhirnya jadi milik Mohd Rafzan". mStar Online. Dicapai pada 16 April 2018.
  14. ^ Muhamad Fairoz Azizan (23 Mei 2017). "Anis pilih duda anak satu". Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  15. ^ "Pelakon, penyanyi Anis Al Idrus umum bercerai". Sinar Harian. 30 Julai 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  16. ^ Ain Norman (31 Julai 2023). "Rupanya tahun lepas Anis Al Idrus cerai, terpaksa umum kerana tak mahu timbul fitnah". mStar Online. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  17. ^ Alif Fadli Mohd Sori (28 Julai 2023). "Anis Al Idrus kembali sendiri, umum bercerai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  18. ^ Wan Firdaus (31 Julai 2023). "Kembali Solo! ANIS AL IDRUS Umum Dah Bercerai Setahun Lalu, Kini Fokus Diri & Karier". Nona. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  19. ^ Anis Al-Idrus Sedia Dikritik Jadi Hos Program Agama mStar Online (14 Oktober 2016). Diperoleh pada 17 April 2017.

Pautan luar sunting