Anjing Bermain Poker

Anjing Bermain Poker (bahasa Inggeris: Dogs Playing Poker) merujuk koleksi siri enam belas buah lukisan cat minyak oleh C. M. Coolidge, ditempah pada 1903 oleh Brown & Bigelow untuk mengiklankan rokok.[1] Semua lukisan dalam siri ini menonjolkan anjing-anjing yang diantropomorfikkan, tetapi sembilan yang anjing-anjing duduk melilingi sebuah meja kad menjadi ejekan yang sangat dikenali di Amerika Syarikat terutamanya sebagai contoh cita rasa kelas pekerja dalam perhiasan rumah.

His Station and Four Aces oleh C. M. Coolidge, 1903.

Lukisan Coolidge sunting

 
Waterloo, c. 1906

Judul dalam siri "Dogs Playing Poker" yang sebenar ialah:

  • A Bold Bluff (pada asalnya dijuduli Judge St. Bernard Stands Pat on Nothing)[2]
  • A Friend in Need
  • His Station and Four Aces
  • Pinched with Four Aces
  • Poker Sympathy
  • Post Mortem
  • Sitting up with a Sick Friend
  • Stranger in Camp
  • Waterloo (pada asalnya dijuduli Judge St. Bernard Wins on a Bluff)[2]

Ini diikuti pada 1910 oleh sebuah lukisan sama, Looks Like Four of a Kind. Sesetengah komposisi dalam siri ini bermodelkan pemain kaid manusia oleh artis seperti Caravaggio, Georges de La Tour, dan Paul Cézanne.[2]

Anjing St. Bernard dalam lukisan Waterloo dan A Bold Bluff dimiliki oleh penjual bunga di Fifth Avenue Theodore Lang, yang mengira Coolidge sebagai salah satu sahabatnya. Nama anjing ini ialah Captain.[3] Pada 15 Februari 2005, A Bold Bluff dan Waterloo yang asli dilelongkan sebagai pasangan kepada pembeli yang tidak diketahui sebanyak US $590,400.[4] The previous top price for a Coolidge was $74,000.[5]

Poster promosi musim 3 buatan semula Amerika Syarikat Wilfred mencipta lukisan "A Friend in Need" semula.[6]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ "Dogs Playing Poker". Ooo Woo – Complete Dog Resource. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-12. Dicapai pada 1 September 2006.[sumber tidak boleh dipercayai?]
  2. ^ a b c McManus, James. "Play It Close to the Muzzle and Paws on the Table," New York Times (3 Disember 2005).
  3. ^ Personal communication, Viola Etta Lang, daughter of Theodore Lang, 1991.
  4. ^ "A New York auction offers artistic treats for dog lovers," San Jose Mercury News (11 Februari 2005.)
  5. ^ "'Dogs Playing Poker' sell for $590K". Money.com. CNN. 16 Februari 2005. Dicapai pada 11 September 2006.
  6. ^ Matt Barone (4 Jun 2013). "Take a Behind-the-Scenes Look at the Season 3 Poster for "Wilfred"". Complex. Dicapai pada 4 Jun 2013.

Rujukan sunting

  • Harris, Maria ochoea. "It's A Dog's World, According to Coolidge," A Friendly Game of poker"(Chicago Review Press, 2003).