Anjing Mucuchíes

baka anjing dari Venezuela

Anjing Mucuchíes[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Venezuela[1] yang mendapatkan namanya sempena pekan Mucuchíes di Negeri Mérida. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai anjing kebangsaan Venezuela sejak tahun 1964 dan tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[2]

Anjing Mucuchíes
Nama lainAnjing Venezuela
Mastif Venezuela
Perrito frailejón
Negara asalVenezuela
Trait
Tinggi 55–72 cm (22–28 in) pada paras kelasa
Jantan 35–50 kg (77–110 lb)
Betina 30–40 kg (66–88 lb)
Bulu Lapis bulu ganda sederhana panjang; putih dengan tompok hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pada tahun 2023, Persekutuan Anjing Venezuela (FCV) memperakui sembilan spesimen daripada sebuah kenel anjing Mucuchíes sebagai spesimen baka tulen dalam dokumen yang mengesahkan bahawa ia merupakan satu-satunya baka yang berasal dari negara itu.[1]

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ موکوچييس; Sepanyol: mucuchíes

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Certifican 9 ejemplares Mucuchíes como única raza pura del país" [9 contoh anjing Mucuchíes diperakui sebagai baka tulen negara] (dalam bahasa Sepanyol). El Impulso. 11 Disember 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  2. ^ Yánez, Alejandro (1 September 2019). "Mucuchíes: 55 años como perro nacional" [Anjing Mucuchíes: 55 tahun sebagai anjing kebangsaan] (dalam bahasa Sepanyol). Últimas Noticias. Dicapai pada 2 April 2024.