Anjing Newfoundland

baka anjing dari Kanada

Anjing Newfoundland[a] ialah satu baka anjing pekerja besar. Ia mungkin berwarna hitam, kelabu, perang, atau hitam dan putih. Walau bagaimanapun, di Dominion Newfoundland, sebelum politi ini menjadi sebahagian gabungan Kanada, hanya anjing hitam dan Landseer (putih dan hitam) dianggap sebagai anggota betul bagi baka ini.[2] Ia pada asalnya dibiakbakakan dan digunakan sebagai anjing pekerja untuk nelayan di Newfoundland.[3][4]

Anjing Newfoundland
Anjing Newfoundland
Nama ringkasNewf, newfy
Negara asalKanada
Trait
Berat Jantan 65–80 kg (143–176 lb)[1]
Betina 55–65 kg (121–143 lb)[1]
Tinggi Jantan 71 cm (28 in)[1]
Betina 66 cm (26 in)[1]
Bulu Tebal dan lurus
Warna Hitam, putih dengan tompok-tompok hitam ("anjing Landseer"), perang (bukan dalam piawaian Kanada), dan kelabu (hanya dalam piawaian Amerika Syarikat, tidak diiktiraf oleh piawaian lain)
Saiz perinduk 4–12 ekor anak anjing
Jangka hayat 9.67 tahun
CatatanMamalia provinsi Newfoundland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Ia cemerlang dalam penyelamatan air/penyelamatan nyawa kerana binaan berotot, lapis bulu ganda tebal, kaki renang, dan kebolehan renangnya.

Perihal

sunting

Penampilan

sunting
 
Anjing Newfoundland biasanya mempunyai mata perang gelap tetapi warna mata lebih cerah umum untuk anjing berbulu perang atau kelabu

Anjing Newfoundland (newf atau newfie) mempunyai kaki berselaput dan lapis bulu kalis air.[5] Jantan biasanya berukuran seberat 65–80 kg (143–176 lb) dan betina seberat 55–65 kg (121–143 lb), menempatkannya dalam julat berat "Gergasi"; tetapi sesetengah anjing Newfoundland telah diketahui berukuran seberat lebih daripada 90 kg (200 lb) — dan yang terbesar dalam rekod berukuran seberat 120 kg (260 lb) dan sepanjang lebih daripada 1.8 m (6 ka) dari hidung ke ekor, lalu menempatkannya sesama baka anjing terbesar. Ia mungkin membesar sehingga setinggi 56–76 cm (22–30 in) pada paras bahu.[6]

Warna piawai American Kennel Club (AKC) bagi anjing Newfoundland merupakan hitam, perang, kelabu, dan putih dan hitam (kadang-kadang dirujuk sebagai anjing Landseer). Warna lain adalah mungkin tetapi tidak dianggap sebagai warna jarang atau lebih berharga. The Kennel Club (KC) hanya mengizinkan hitam, perang, dan putih/hitam; Canadian Kennel Club (CKC) hanya mengizinkan hanya hitam dan putih/hitam. Corak "anjing Landseer" dinamai sempena seniman, Sir Edwin Henry Landseer, yang menampilkannya dalam banyak lukisan beliau. Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menganggap ECT Landseer ("Jenis Benua Eropah") sebagai baka terpisah. Ia merupakan anjing putih lebih tinggi dan lebih sempit dengan tanda-tanda hitam yang tidak dibiakbakakan dengan anjing Newfoundland.[6]

Tulang amat besar pada anjing Newfoundland memberinya jisim, manakala perototan besarnya memberinya kuasa yang diperlukan olehnya untuk menghadapi ombak laut bergelora dan pasang surut kuat. Anjing ini mempunyai keupayaan paru-paru besar untuk merenangi jarak amat jauh dan lapis bulu ganda tebal, berminyak, dan kalis air yang melindunginya daripada kesejukan air berais.[7]

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 11 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[8] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 62% daripada jumlah anjing Newfoundland mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[9]

Beberapa keadaan yang terhadapnya anjing Newfoundland cenderung termasuk: dermatitis jilatan akral, hipotiroidisme, iktiosis, penyakit kulit alahan, dan seborea primer.[10]

Sebuah kajian tentang kes rujukan di sebuah klinik veterinar di Amerika Syarikat mendapati bahawa anjing Newfoundland cenderung terhadap kardiomiopati terdilat (DCM), dengan 1.3% jumlah anjing yang menghidap keadaan ini.[11] Sebuah kajian Sweden mendapati bahawa 16% daripada populasi anjing Newfoundland dengan DCM menghidap ektopi ventrikel.[12] Sebuah kajian Inggeris mendapati bahawa 77% daripada populasi anjing Newfoundland dengan DCM menghidap pemfibrilan atrium.[13]

Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta kes yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapati anjing Newfoundland sebagai yang paling cenderung terhadap displasia pinggul anjing, dengan 17.16% daripada populasi anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan. Kajian sama ini mendapati bahawa anjing Newfoundland juga mempunyai prevalens tertinggi bagi kekurangan ligamen krusiat kranium (CCLD) dengan 8.9% daripada populasi anjing yang menghidap keadaan ini berbandin dengan kadar keseluruhan 2.55%. Untuk anjing yang didiagnosis dengan kedua-dua keadaan, anjing Newfoundland sekali lagi mempunyai prevalens tertinggi dengan 2.86% yang menghidap kedua-dua displasia pinggul dan CCLD berbanding dengan 0.3% secara keseluruhan.[14] Sebuah lagi kajian Amerika ke atas sejuta rekod penilaian pinggul dan suku juta rekod penilaian siku pada anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun mendapati prevalens sebanyak 24.8% untuk displasia pinggul — yang tertinggi dalam kajian — dan 22.7% untuk displasia siku.[15]

Anjing Newfoundland cenderung terhadap volvulus pendilatan gastrik (GDV).[16] Dalam tinjauan anggota kelab baka di United Kingdom, 10% kematian anjing Newfoundland didapati disebabkan oleh GDV berbanding dengan kadar keseluruhan 2.5%[17] Walau bagaimanapun, kajian ini menghasilkan laporan berat sebelah kerana sifat sukarela dan saiz sampel kecil.[16]

Sejarah

sunting

Asal usul

sunting

Analisis genom menunjukkan bahawa anjing Newfoundland berkaitan dengan spaniel air Ireland, anjing pengutip Labrador, dan anjing pengutip berbulu keriting.[18]

Anjing Newfoundland pada asalnya dibiakbakakan dan digunakan sebagai anjing pekerja untuk para nelayan di Newfoundland.[3][4]

 
J. M. Barrie dengan anjing Newfoundland beliau Luath, model bagi Nana

Pada awal tahun 1880-an, nelayan dan peneroka dari Ireland dan England mengembara ke Grand Banks of Newfoundland. Di sana, mereka memerihalkan dua jenis utama bagi anjing pekerja. Salah satu bertubuh berat, besar dengan lapis bulu seakan-akan panjang, dan satu lagi bertubuh bersaiz sederhana - anjing air aktif dan berlapis bulu licin. Baka lebih berat dikenali sebagai anjing besar Newfoundland, atau anjing Newfoundland. Baka lebih kecil dikenali sebagai anjing kecil Newfoundland, atau anjing air St. John's. Anjing air St. John's menjadi baka pengasas bagi anjing pengutip moden. Kedua-dua baka digunakan sebagai anjing pekerja untuk menarik jala dengan anjing besar Newfoundland yang juga digunakan untuk menghela kereta dan peralatan lain.[19]

Telah ada juga cadangan bahawa anjing Newfoundland asli yang tinggal di pulau itu adalah lebih kecil;[20][21] menurut teori, baka tempatan lebih kecil dibiakbakakan dengan mastif apabila dijual kepada orang Inggeris dan versi Inggeris dipopularkan untuk menjadi yang difikirkan sebagai anjing Newfoundland kini.[22]

Reputasi

sunting

Peranan kerja baka ini berbeza-beza. Banyak kisah telah diceritakan tentang keberanian yang dipamerkan oleh anjing Newfoundland dalam aksi pengembaraan dan penyelamatan nyawa. Sepanjang dua abad terkini, ini telah mengilhami sebilangan seniman, yang telah menggambarkan anjing dalam lukisan, pada batu, pada gangsa, dan pada porselin. Salah seekor anjing Newfoundland masyhur dinamai Seaman, salah seekor anjing paling banyak mengembara dalam sejarah manusia, yang menemani penjelajah Amerika Lewis dan Clark dalam ekspedisi mereka dari Sungai Mississippi ke Pasifik dan perjalanan kembali, perjalanan yang mengambil masa tiga tahun. Patungnya termasuk dalam banyak tugu Lewis dan Clark. Banyak buku kanak-kanak telah ditulis tentangnya.[perlu rujukan]

Baka ini berkembang pesat di United Kingdom, sehingga tahun 1914 dan sekali lagi pada tahun 1939, apabila angkanya menyusut sampai hampir lenyap akibat sekatan masa perang. Sejak tahun 1950-an, terdapat peningkatan mantap dari segi angka dan kepopularan, walaupun hakikat bahawa saiz besar dan kesukaan terhadap lumpur dan air pada anjing Newfoundland menjadikannya tidak sesuai sebagai anjing peliharaan untuk banyak isi rumah.[23]

Penyelamatan air

sunting

Semasa hari kedua liputan Discovery Channel bagi Kejohanan Kebangsaan Eukanuba American Kennel Club pada 3 Disember 2006, juruacara Bob Goen melaporkan bahawa anjing Newfoundland mempamerkan kecenderungan sangat kuat untuk menyelamatkan orang daripada air. Goen menyatakan bahawa seekor anjing Newfoundland secara bersendirian membantu dalam penyelamatan 63 orang pelayar nahas kapal. Kini, kelab-kelab kenel di serata Amerika Syarikat menganjurkan Demonstrasi Penyelamatan Anjing Newfoundland, serta menawarkan kelas di lapangan. Banyak lawatan bot pelabuhan di St. John's mempunyai seekor anjing di atas kapal untuk daya tarikan tempatan serta untuk keselamatan penumpang.[perlu rujukan]

  • Seekor anjing Newfoundland tidak bernama disebut sebagai penyelamat Napoleon Bonaparte pada tahun 1815. Semasa pelarian masyhurnya dari buangan di pulau Elba, laut bergelora menumbangkan Napoleon ke laut. Anjing seorang nelayan melompat ke laut dan mengekalkan Napoleon terapung sehingga beliau dapat mendarat dengan selamat.[24]
  • Pada tahun 1828, Ann Harvey dari Isle aux Morts, bapa beliau, adik beliau, dan anjing Newfoundland bernama Hairyman menyelamatkan lebih daripada 160 orang pendatang Ireland daripada brig karam Despatch.[perlu rujukan]
  • Pada tahun 1881, di Melbourne, Australia, seekor anjing Newfoundland bernama Nelson membantu untuk menyelamatkan Thomas Brown, seorang pemandu teksi yang dihanyutkan oleh air banjir di Swanston Street pada malam 15 November. Walaupun sedikit yang diketahui nasib Nelson selepas itu, kolar anjing tembaga terukir dengan namanya telah bertahan dan 130 tahun selepas penyelamatan itu, kolar itu diperoleh oleh Muzium Negara Australia dan kini menjadi sebahagian daripada Koleksi Sejarah Kebangsaan.[25]
  • Pada awal abad ke-20, seekor anjing yang dianggap sebagai Newfoundland menyelamatkan 92 orang yang berada di atas SS Ethie yang karam di Semenanjung Utara Newfoundland semasa ribut salji. Anjing itu mendapatkan tali yang dicampak ke dalam perairan bergelora oleh mereka yang berada di atas geladak dan membawa tali itu ke pesisir kepada orang yang menunggu di pantai. Kendong keselamatan dipasang pada tali dan semua yang berada di atas kapal itu dapat menyeberang ke pesisir termasuk seorang bayi di dalam beg surat. Bangkai kapal masih dapat dilihat di Taman Negara Gros Morne. Puisi E. J. Pratt "Carlo", dalam keluaran November 1920 bagi Canadian Forum, memperingati anjing ini.[perlu rujukan]
  • Pada tahun 1995, seekor anjing Newfoundland berusia 10 bulan bernama Boo menyelamatkan seorang lelaki kurang upaya pendengaran daripada lemas di Sungai Yuba di California Utara. Lelaki itu terjatuh ke dalam sungai ketika mengorek untuk mencari emas. Boo terpandang lelaki yang bergelut itu ketika ia dan pemiliknya berjalan di sepanjang sungai. Anjing Newfoundland itu menurut naluri terjun ke dalam sungai, memegang lengan lelaki yang lemas itu, dan membawanya ke tempat yang selamat. Menurut Janice Anderson, pembiak baka anjing Newfoundland itu, Boo tidak pernah menjalani latihan rasmi dalam penyelamatan air.[26]

Bukti lanjut bagi kemampuan anjing Newfoundland untuk penyelamatan atau sokongan aktiviti penyelamatan nyawa dikupas dalam sebuah rencana tahun 2007 oleh BBC.[27]

Hubungan dengan baka lain

sunting

Anjing Newfoundland mengongsi banyak trait fizikal dengan mastif dan anjing jenis molosser, seperti anjing Santo Bernard dan mastif Inggeris, termasuk tungkai teguh, kepala besar dengan muncung sangat lebar, leher tebal mirip lembu jantan, dan struktur tulang sangat tegap.[28] Banyak anjing Santo Bernard mempunyai anjing Newfoundland dalam keleluhurannya.[perlu rujukan] Anjing Newfoundland dibawa dan diperkenalkan ke dalam baka anjing Santo Bernard pada abad ke-18 apabila penduduk diancam oleh epidemik distemper anjing. Kedua-duanya mengongsi banyak ciri pada banyak baka anjing penjaga haiwan ternakan, seperti anjing besar Pyrénées.

Oleh sebab kekuatannya, anjing Newfoundland menjadi sebahagian daripada ternakan asasi bagi anjing Leonberg (yang cemerlang dalam penyelamatan air dan diimport oleh Pemerintah Kanada untuk tujuan itu); dan anjing air Moscow yang kini pupus, suatu percubaan gagal untuk menghasilkan anjing penyelamatan nyawa oleh kenel negeri Rusia—silangan luar malang dengan anjing gembala Kaukasus itu melahirkan anjing yang lebih mahir menggigit daripada menyelamatkan orang.[perlu rujukan]

Anjing Newfoundland terkenal

sunting

Napoleon the Wonder Dog

sunting

Anjing Newfoundland hitam menyeluruh masyhur ini tampil sebagai tarikan bintang dalam Sarkas Ajaib Van Hare dari tahun 1862 dan selama bertahun-tahun selepas itu dalam salah satu aksi sarkas pengasas England, mengembara ke seluruh Eropah. Anjing sarkas ini dikenali sebagai "Thousand Guinea Dog Napoleon" atau "Napoleon the Wonder Dog". Pemilik sarkas, G. Van Hare, melatih anjing Newfoundland lain untuk melakukan rutin lari berhalangan dengan babun berpakaian sebagai joki untuk menunggang anjing-anjing itu. Walau bagaimanapun, "anjing ahli sihir"-nya Napoleon ialah kegemarannya dan memegang kedudukan istimewa dalam Sarkas Ajaib itu. Napoleon bersaing untuk melompat menentang saingan manusia, melompati kuda dari papan anjal dan menari mengikut muzik.[29][30]

Napoleon the Wonder Dog menjadi aksi amat popular di London sejak kemunculan sulungnya di Pavilion Theatre pada 4 April 1862 dan seterusnya sehingga kematiannya yang tidak kena dengan masa beberapa tahun kemudian apabila ia tergelincir dan terjatuh semasa sesi latihan sarkas. Pada kemuncak kemasyhurannya, persembahannya diterangkan dalam Illustrated Sporting News and Theatrical and Musical Review London seperti berikut (terjemahan): "Sinopsis hiburannya:— Ia mengeja namanya sendiri dengan huruf, juga nama Prince of Wales; dan apabila ia ditanya tentang bakal kata tentang Baginda Yang Pengasih, ia meletakkan huruf untuk membentuk 'Tuhan Selamatkan Ratu'. Ia memainkan permainan kad dengan mana-mana budiman dan melakukan helah tiga kad yang terkenal yang disokong oleh tuannya pada 100 berbanding dengan 1. Juga 'The Disappearance,' a la Robin. Ia membuat persembahan dalam sarkas sama seperti kuda helah, en liberté, memberikan gaya ligas Sepanyol seiring dengan muzik, juga melompati palang, melalui belon, dengan banyak helah lain dengan perwatakan paling menarik".[31]

Apabila Napoleon the Wonder Dog mati pada usia 12 tahun, kematiannya diumumkan dalam beberapa akhbar British, termasuk Sheffield Daily Telegraph, yang menyebut kehilangan itu pada 5 Mei 1868, seperti berikut (terjemahan): "KEMATIAN SENIMAN BERKAKI EMPAT YANG TERSAYANG . — Anjing terkenal En. Van Hare, Napoleon, yang digelar 'Anjing Ahli Sihir', mati pada 24 hb bulan lepas, berumur dua belas tahun. Ia spesimen mulia bagi baka anjing Newfoundland (berat hampir 200 lb) yang kerananya ia memenangi hadiah dalam Pertunjukan Anjing Dewan Pertanian pertama. Selain penampilan dan simetrinya yang mengagumkan, ia haiwan paling luar biasa bijak dan amat terlatih yang pernah diketahui. Ia kini dipulihara dan secantiknya dipasang oleh naturalis terkenal, En. Edwin Ward. — Era".[32]

Anjing Newfoundland masyhur lain

sunting
 
Kiri ke kanan, lelaki Kulit Hitam York, Seaman, Lewis, Clark, Sacagawea, dan bayinya Pompey. Patung oleh Robert Scriver, di Lewis and Clark National Historic Interpretative Center, Great Falls, Montana.
  • Bashaw (Matthew Cotes Wyatt): anjing kegemaran Earl Dudley dan ilham untuk arca oleh Matthew Cotes Wyatt di Muzium Victoria dan Albert di London
  • Bilbo: seekor anjing Newfoundland penyelamatan nyawa di pantai Sennen di Cornwall—disebut sebagai penyelamat bagi tiga nyawa[33]
  • Boatswain: anjing peliharaan pemuisi Inggeris Lord Byron dan subjek puisinya "Epitaph to a Dog". Byron mencuba untuk merawat Boatswain apabila ia menghidap rabies, namun tidak berjaya. Apabila Boatswain mati, Byron mendirikan tugu untuknya di Newstead Abbey.
  • Bouncer: dipersembahkan oleh kanak-kanak Newfoundland, dengan kereta tarikan anjing,[34] sebagai hadiah kepada Duke dan Duchess Cornwall dan York (kemudian George V dan Permaisuri Mary), semasa lawatan mereka ke koloni pada tahun 1901[35][36]
  • Frank: maskot tidak rasmi bagi Orphan Brigade semasa Perang Saudara Amerika[37]
  • Gander: maskot Perang Dunia Kedua bagi Royal Rifles of Canada, juga dikenali sebagai "Sarjan Gander", yang terkorban semasa beraksi dalam Pertempuran Hong Kong apabila ia membawa sebiji grenad menjauh daripada askar tercedera. Atas sebab ini, ia dianugerahi Pingat Dickin PDSA selepas peristiwa itu pada tahun 2000.[38] Sebuah tugu peringatan dapat dilihat di Taman Peringatan Warisan Gander (Diarkibkan 25 Februari 2017 di Wayback Machine) (Gander, NL).[39]
  • Gipsy: Anjing milik Lemuel dan Emma Wilmarth yang menyelamatkan Emma daripada lemas, hidup sehingga usia 23 tahun dan mengilhamkan puisi oleh pengasas ASPCA Henry Bergh.
  • Luath: Anjing Newfoundland Landeer milik J. M. Barrie dan ilham untuk "Nana", pengasuh kanak-kanak keluarga Darling dalam Peter Pan.
  • Neptune: anjing Newfoundland tua yang dihadiahkan oleh Jane Franklin kepada suami beliau Sir John Franklin untuk ekspedisi Franklin hilang.[40] Keterangan orang Inuit mencadangkan bahawa anjing itu hidup dan memburu karibu dengan para orang terselamat terakhir pada tahun 1850-an, bertahun-tahun selepas ekspedisi itu terlihat oleh orang Eropah.[41]
  • Rigel: anjing peliharaan tuntutan milik pegawai pertama William Murdoch di atas RMS Titanic. Murdoch tewas bersama dengan kapal, namun Rigel berenang selama tiga jam berikutnya ke arah bot penyelamat sehingga diselamatkan oleh RMS Carpathia. Rigel terkenal sebagai wira yang menyedarkan kapten kapal Carpathia tentang para orang terselamat yang sudah lemah sebelum kapal itu melanggar mereka. Rigel diadopsi oleh anak kapal, Jonas Briggs.[42] Kewujudannya dan kisahnya telah diketepikan sebagai olok-olok.[43]
  • Sable Chief: Maskot Perang Dunia Pertama bagi Rejimen Diraja Newfoundland
  • Seaman: namanya pernah salah dibaca sebagai Scannon, anjing ini mengembara dengan Ekspedisi Lewis dan Clark dari Sungai Mississippi ke Lautan Pasifik dan dalam perjanan pulang, perjalanan tiga tahun (1804 hingga 1806). Teg kolarnya, kini hilang tetapi pernah berada di muzium, bertuliskan:
[terjemahan]
Pengembara terhebat bagi spesiesku.
Namaku SEAMAN,
anjing kepada kapten Meriwether Lewis,
yang kutemani ke lautan Pasifik
melalui pedalaman benua Amerika Utara[44]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ نيوفنلند; bahasa Inggeris: Newfoundland dog; newfoundland

Rujukan

sunting

Catatan penjelasan

sunting

Kutipan

sunting
  1. ^ a b c d "FCI-Standard N° 50 NEWFOUNDLAND" [Piawaian FCI No. 50 Anjing Newfoundland] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 November 1996. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ "Newfoundland - CKC" [Anjing Newfoundland - CKC] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2021. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ a b John Henry Walsh (1878). The dogs of the British Islands: being a series of articles on the points of their various breeds, and the treatment of the diseases to which they are subject [Anjing Kepulauan British: sebagai siri rencana tentang kelebihan pelbagai bakanya, dan rawatan penyakit yang kepadanya ia tertakluk] (dalam bahasa Inggeris). "The Field" Office. m/s. 173. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2014. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  4. ^ a b William Jardine, Charles Hamilton Smith (1 Januari 1999). The Naturalist's Library: Mammalia, Dogs [Perpustakaan Ahli Alamiah: Mamalia, Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Elibron.com. m/s. 132. ISBN 978-1-4021-8033-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2014. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  5. ^ Newfoundland Breed Standard (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 17 November 2011 di Wayback Machine The Kennel Club, 'Exceptionally gentle, docile nature' .. 'webbed' ... 'oily nature, water-resistant'
  6. ^ a b American Kennel Club (31 Januari 2006). The complete dog book [Buku anjing lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Random House Digital, Inc. m/s. 349–350. ISBN 978-0-345-47626-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2014. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  7. ^ The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-19). Foster City, California, Amerika Syarikat: Howell Book House. 1998. m/s. 276–277. ISBN 0-87605-047-X.
  8. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan).
  9. ^ Egenvall, A.; Bonnett, B. N.; Hedhammar, Åke; Olson, P. (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925.
  10. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology [Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  11. ^ Fox, Philip R.; Sisson, David; Moïse, N. Sydney (1999). Textbook of Canine and Feline Cardiology [Buku Teks Kardiologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-7216-4044-0.
  12. ^ Tidholm, A.; Jönsson, L. (1 November 1996). "Dilated cardiomyopathy in the Newfoundland: a study of 37 cases (1983-1994)" [Kardiomiopati terdilat pada anjing Newfoundland: kajian 37 kes (1983–1994)]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 32 (6): 465–470. doi:10.5326/15473317-32-6-465. ISSN 1547-3317. PMID 8906721.
  13. ^ Martin, M. W. S.; Stafford Johnson, M. J.; Celona, B. (12 Januari 2009). "Canine dilated cardiomyopathy: a retrospective study of signalment, presentation and clinical findings in 369 cases" [Kardiomiopati terdilat anjing: kajian retrospektif tentang pengisyaratan, pembentangan, dan penemuan klinikal dalam 369 kes]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 50 (1): 23–29. doi:10.1111/j.1748-5827.2008.00659.x. ISSN 1748-5827. PMID 19037887.
  14. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150.
  15. ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. G.; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan J. (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985.
  16. ^ a b Bell, Jerold S. (19 September 2014). "Inherited and Predisposing Factors in the Development of Gastric Dilatation Volvulus in Dogs" [Faktor-faktor Terwaris dan Pendorong dalam Perkembangan Volvulus Pendilatan Gastrik pada Anjing]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 29 (3): 60–63. doi:10.1053/j.tcam.2014.09.002. ISSN 1946-9837. PMID 25496921.
  17. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (5 Julai 2010). "Mortality and morbidity due to gastric dilatation-volvulus syndrome in pedigree dogs in the UK" [Mortaliti dan morbiditi kerana sindrom volvulus pendilatan gastrik pada anjing pedigri di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (7): 376–381. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00949.x. ISSN 1748-5827. PMID 20626784.
  18. ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722.
  19. ^ Newfoundland Club of America. Draft Equipment Guide [Panduan Peralatan Tarikan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). NCA Working Dog Committee.
  20. ^ Watson, James (1906). The dog book: a popular history of the dog [Buku anjing: sejarah popular tentang anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Doubleday, Page & company.
  21. ^ Wolters, Richard (1981). The Labrador Retriever: The History...the People [Anjing Pengutip Labrador: Sejarah...Orang] (dalam bahasa Inggeris). Petersen Prints.
  22. ^ Richardson, H (1847). Dogs: Their Origin and Varieties, Directions as to Their General Management, and Simple Instructions as to Their Treatment Under Disease [Anjing: Asal Usul dan Keragamannya, Arah Pengurusannya, dan Arahan Mudah untuk Rawatan Penyakitnya] (dalam bahasa Inggeris). O. Judd & Company.
  23. ^ "The Newfoundland Dog Club UK - Breed History" [The Newfoundland Dog Club UK - Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). The Newfoundland Dog Club UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2010. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  24. ^ Shewmake, Tiffin. Canine Courage: the Heroism of Dogs (dalam bahasa Inggeris). [Portage, Michigan, Amerika Syarikat]: PageFree Pub., 2002. hlm. 75
  25. ^ "Nelson the Newfoundland's dog collar, National Museum of Australia" [Kolar anjing Nelson si anjing Newfoundland, Muzium Negara Australia] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Negara Australia. 5 Disember 2011. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  26. ^ "Guard Dogs: Newfoundlands' Lifesaving Past, Present" [Anjing Pengawal: Masa Lalu, Masa Sekarang Penyelamatan Nyawa Anjing Newfoundland] (dalam bahasa Inggeris). News.nationalgeographic.com. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2011. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  27. ^ Beach rescue dog alerts swimmer (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 11 Oktober 2007 di Wayback Machine, 23 Ogos 2007, BBC.
  28. ^ Dan Rice (1 Mac 2001). Big dog breeds [Baka anjing besar] (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 220. ISBN 978-0-7641-1649-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2014. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  29. ^ Fifty years of a showman's life, or, The life and travels of Van Hare. [G Van Hare; McManus-Young Collection (Library of Congress)] (dalam bahasa Inggeris)
  30. ^ "East London Theatre Playbills UK" (dalam bahasa Inggeris). elta-project.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2012. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  31. ^ Illustrated Sporting News and Theatrical and Musical Review (dalam bahasa Inggeris), Keluaran #28, 20 September 1862.
  32. ^ "Death of a Celebrated Four-Footed Artiste" [Kematian Seniman Berkaki Empat Tersanjung]. Sheffield Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 1868. m/s. 6. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  33. ^ "Lifesaving Sennen beach dog, Bilbo, dies" [Anjing pantai penyelamat nyawa Sennen, Bilbo, mati]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 21 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2015. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  34. ^ Wallace, Donald Mackenzie; Prior, Sydney; Martino, Eduardo de (1902). The Web of an Empire: a diary of the imperial tour of their Royal Highnesses the Duke & Duchess of Cornwall & York in 1901 [Jaringan Empayar: diari perjalanan imperial Yang Mulia Duke dan Duchess Cornwall dan York pada 1901] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Macmillan and Company, Limited. m/s. 433.
  35. ^ Harvey, Moses (1902). Newfoundland at the Beginning of the 20th Century: A Treatise of History and Development [Anjing Newfoundland pada Permulaan Abad Ke-20: Karangan Sejarah dan Perkembangan] (dalam bahasa Inggeris). Newfoundland, Kanada: South Publishing Company. m/s. 57. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2021. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  36. ^ "The home-coming of the Duke & Duchess of Cornwall and York" [Kepulangan Duke dan Duchess Cornwall dan York]. Graphic. Vol. 64 (1667) (dalam bahasa Inggeris). England, United Kingdom. 9 November 1901. m/s. 605. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  37. ^ Lady Twylyte (27 Februari 1904). "Civil War Company Mascots" [Maskot Kompeni Perang Saudara] (dalam bahasa Inggeris). Floridareenactorsonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2010. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  38. ^ "Gander: Canadian War Hero" [Gander: Wira Perang Kanada] (dalam bahasa Inggeris). www.newfoundlanddog.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2010. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  39. ^ "'Much loved' Newfoundland dog Sergeant Gander honoured with statue" [Anjing Newfoundland 'sangat tersayang' Sarjan Gander diberi penghormatan dengan patung] (dalam bahasa Inggeris). CBC/Radio-Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2017. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  40. ^ The animals of the Franklin expedition (dalam bahasa Inggeris). Canadian Geographic.
  41. ^ Roobol, M.J. (2019) Franklin's Fate: An investigation into what happened to the lost 1845 expedition of Sir John Franklin. Conrad Press, 368 halaman.
  42. ^ Roger Danielsen (21 April 1912). "Rigel on the Titanic" [Rigel di Atas Titanic] (dalam bahasa Inggeris). Brightstarnewfs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2011. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  43. ^ "Did Murdoch have a heroic dog named 'Rigel'?" [Adakah Murdoch mempunyai seekor anjing wira bernama 'Rigel'?] (dalam bahasa Inggeris). WilliamMurdoch.net. Dicapai pada 10 Januari 2024.
  44. ^ Holmberg, James (Februari 2000). "SeaMan's Fate? Lewis's Newfoundland dog likely survived the expedition and accompanied his master on his last, fateful journey" [Nasib SeaMan? Anjing Newfoundland milik Lewis berkemungkinan terselamat dalam ekspedisi dan menemani tuannya dalam perjalanan takdir terakhirnya] (PDF). We Proceeded On (dalam bahasa Inggeris): 7–9. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 September 2021. Dicapai pada 10 Januari 2024.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting