Anjing Shikoku

baka anjing dari Jepun

Anjing Shikoku, hanya shikoku,[a] atau anjing Kochi[b][1] ialah satu baka anjing dari Pulau Shikoku.[1] Ia ditetapkan oleh Jepun sebagai khazanah kebangsaan yang penting secara kebudayaan pada tahun 1937.[2]

Anjing Shikoku
Nama lainAnjing Kochi[1]
Negara asalJepun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perbandingan dengan baka lain Jepun

sunting

Anjing Shikoku ialah salah satu daripada enam baka asli Jepun. Ia bersaiz antara anjing Akita yang besar dengan shiba inu yang kecil; kesemuanya tergolong dalam keluarga anjing spits.[perlu rujukan]

Sebuah kajian pada tahun 1930-an yang dijalankan oleh ahli kinologi Jepun.[3] Haruo Isogai mengelaskan semua baka anjing asli Jepun ke dalam tiga kategori: bersaiz besar, bersaiz sederhana, dan bersaiz kecil. Anjing Shikoku tergolong dalam kategori shika-inu, iaitu anjing bersaiz sederhana. Anjing bersaiz sederhana lain merupakan anjing Kai, anjing Ainu, dan anjing Kishu. Kesemuanya hampir serupa dengan warna bertindih dan hanya ada perbezaan kecil dari segi saiz dan morfologi.[perlu rujukan]

Ia juga memberikan sumbangan sebagai leluhur separa kepada anjing Tosa selepas ia disilangkan dengan baka-baka Eropah seperti anjing besar Denmark, buldog lama Inggeris, mastif Inggeris, anjing Santo Bernard, dan lain-lain.[perlu rujukan]

Ciri dan perangai

sunting
 
 
Anak anjing Shikoku di dalam salji

Anjing Shikoku berdiri setinggi 18.1–21.6 inci (46–55 cm) pada paras kelasa dan terdapat dengan warna bijan (merah dengan hujung-hujung hitam), hitam dan sawo matang, atau merah. Lapis bulu bijan terdapat dalam julat ketepuan dan pigmen hitam- biasanya disebut bijan merah, bijan, atau bijan hitam. Sebagai tambahan, terdapat lapis bulu berwarna krim yang jarang terlihat kerana ini bukan warna yang diterima pada baka. Dalam semua warna ini, biasanya terdapat campuran putih yang terdapat di sekitar bahagian bawah tubuh, dekat dengan mata, di muncung, dan di tungkai yang dipanggil "urajiro". Anjing Shikoku cenderung bergantu bulu sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun. Anjing ini mempunyai lapis bulu agak tebal dengan telinga tajam dan ekor melengkung. Pengakuran tubuh biasanya menurut jenis spitz: tubuh segi empat sama, kepala berbentuk baji, telinga segi tiga tajam, dan ekor melingkar tebal.

Anjing Shikoku berukuran seberat 14–23 kilogram (31–51 lb). Anjing ini dianggap bersaiz sederhana.

Keragaman

sunting

Daripada usaha pembinaan semula, tiga susur galus terpisah bagi anjing Shikoku dikembangkan: susur galur Awa, susur galur Hongawa, dan susur galur Hata, kesemuanya dinamai sempena kawasan asal masing-masing di dalam Wilayah Kochi. Lebih terkini, perbezaan sesama susur galur ini telah dikaburkan sebaik kawasan-kawasan terpencil tempat asal anjing-anjing ini menjadi lebih mudah untuk dicapai dan susur galur tersebut dibiakbakakan bersilang. Anjing Shikoku moden disangkakan diturunkan terutamanya daripada susur galur Hongawa dan susur galur Hata kerana susur galur Awa pada dasarnya lenyap akibat kesukaran yang disebabkan oleh Perang Dunia Kedua dan kekurangan spesimen berkualiti akibat pembiakbakaan silang dengan anjing luar.[4]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ شيکوکو ;شيکوکو; Jepun: 四国犬; 四国, rumi: Shikoku inu; Shikoku ken; shikoku; bahasa Inggeris: Shikoku dog
  2. ^ Jawi: انجيڠ کوچي; Jepun: 高知犬, rumi: Kōchi ken

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "FCI-Standard N° 319 SHIKOKU" [Piawaian FCI No. 319 Anjing Shikoku] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Februari 2017. Dicapai pada 5 Januari 2024.
  2. ^ JKC breed standard (dalam bahasa Jepun)
  3. ^ Haruo Isogai ialah pembiak baka anjing yang mengusahakan sistem pengelasan untuk anjing Jepun berdasarkan penampilan, sebagai respons nasionalis terhadap amalan adopsi baka-baka Eropah oleh para penggemar anjing di Jepun pada tahun 1930-an. ([1] (dalam bahasa Belanda) Diarkibkan 24 September 2022 di Wayback Machine) ("Zaras-Traumwelten - Russischer Traber" [Zaras-Traumwelten - Peligas Rusia] (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2009. Dicapai pada 5 Januari 2024.) Tiada bukti bahawa beliau menjalani sebarang latihan saintifik relevan atau bahawa sekali pun beliau menggelar diri ahli kinologi.
  4. ^ "North American Shikoku Club » the North American Shikoku Ken Club (NASC) | Breed History" [North American Shikoku Club » the North American Shikoku Ken Club (NASC) | Breed HistorySejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

sunting