Anjing air Friesland

baka anjing dari Belanda

Anjing air Friesland[a] atau wetterhoun[b] ialah satu baka anjing yang secara tradisional digunakan sebagai anjing pemburu untuk pemburuan buruan kecil dan unggas air dan asli di provinsi Friesland di Belanda. Baka ini mungkin juga dipanggil otterhoun (otterhûn) atau spaniel Belanda walaupun ia bukan anjing jenis spaniel.

Anjing air Friesland
Wetterhoun hitam dan putih
Nama lainWetterhoun
Otterhoun
Negara asalBelanda
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

Wetterhoun ialah anjing bersaiz sederhana yang berukuran setinggi 55–59 sentimeter (22–23 inci) pada paras kelasa dan seberat 25–35 kilogram (55–77 paun) pada kematangan. Lapis bulunya tebal dan keriting kecuali kepala, telinga, dan tungkai, yang bertekstur lebih licin; lapis bulu kalis airnya diperihalkan berasa berminyak kepada sentuhan. Warna lapis bulu mungkin merupakan hitam padu atau perang, hitam dan putih, atau perang dan putih, dengan bintik-bintik atau kemerah-merahan atau tanpa bintik-bintik atau kemerah-merahan. Tekstur lapis bulu tidak patut mirip wul, kerana helaian bulu sedemikian tidak kalis air. Telinganya terletak rendah-rendah dan tergantung merata pada kepala dan ekornya melingkar dengan ketat ke atas belakang. Baka ini mempunyai ekspresi luar biasa dan agak tegas kerana rupa bentuk mata,[1] yang membezakan baka ini daripada yang lain.[2][3]

Sejarah sunting

Wetterhoun pertama hidup pada sekurang-kurangnya 400 tahun lalu di provinsi Friesland di Belanda. Baka ini dipercayai telah berasal daripada anjing Romani yang disilangkan dengan anjing asli Friesland, mungkin anjing air lama yang kini pupus.[4] Anjing jenis ini dibela untuk pemburuan sukar dan berbahaya terhadap fitch (Mustela putorius) dan berang-berang (Lutra lutra) di dalam air.[2] Anjing ini juga digunakan untuk mengutip unggas air dan berkhidmat sebagai anjing pengawas. Walaupun anjing ini hampir lenyap semasa Perang Dunia Kedua, para penggemar dapat membawa baka ini kembali melalui pembiakbakaan berhati-hati dan sejak itu ia telah mendapat kepopularan.[2]

 
Seekor anak anjing air Friesland

Pangkalan data diselenggara oleh Nederlandse Vereniging voor Stabij- en Wetterhounen[5] (Persatuan Belanda untuk Stabijhoun dan Wetterhoun) untuk mentaksir pedigri dan menghitung pekali pembiakan dalam.

Di peringkat antarabangsa, baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam seksyen anjing air dalam Kumpulan 8. United Kennel Club mengiktiraf baka ini dalam kumpulan gundog. Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarakan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan luar biasa.

Perangai sunting

Wetterhoun ialah gundog cemerlang yang mengutip dengan berkesan merentasi darat dan air; walau bagaimanapun, keinginan kuat dan kebolehan pengawalan semula jadinya menjadikan pelatihan awal mustahak.[6] Piawaian baka memerihalkan wetterhoun sebagai anjing yang menyendiri, yang menyatakan bahawa ia merupakan "anjing pengawal unggul",[1] walaupun tidak pernah agresif dan menikmati kehadiran keluarganya.

Walaupun ia diperihalkan berkeinginan kuat, wetterhoun tidak pernah degil atau sengaja ingkar. Ia menunjukkan ketabahan dan keinginan untuk menyelesaikan tugas, tanpa mengira cabaran. Ia tetap fokus untuk menyelesaikan apa sahaja yang dipercayai sebagai tugasnya. Baka ini sensitif dan tidak patut dilayan dengan kasar atau dilatih dengan menggunakan hukuman. Dengan sosialisasi dan pendedahan betul kepada orang, haiwan, dan persekitaran berlainan pada awal kehidupan, wetterhoun amat toleran—sehingga orang dewasa patut sedar agar kanak-kanak tidak mengambil kesempatan daripada sifat lemah lembut wetterhoun.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ اءير فريسلند; Bahasa Frisia: [Fryske wetterhûn] Error: [undefined] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan): teks mempunyai penanda italik (bantuan); bahasa Inggeris: Frisian water dog
  2. ^ Jawi: ويترهون; Bahasa Frisia: [wetterhûn] Error: [undefined] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan): teks mempunyai penanda italik (bantuan)

Rujukan sunting

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 221 WETTERHOUN" [Piawaian FCI No. 221 Wetterhoun] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Diana Striegel-Oskam. 6 Julai 2023. Dicapai pada 10 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c Sejarah ringkas (Belanda)
  3. ^ Sejarah (Inggeris)
  4. ^ Grandjean, Dominique, DVM. The Royal Canin Dog Encyclopedia (Inggeris). Paris, Perancis: Aniwa Publishing, 2000. ISBN 2-7476-0010-6
  5. ^ Nederlandse Vereniging voor Stabij- en Wetterhounen (Belanda)
  6. ^ Fogle, Bruce. The New Encyclopedia of the Dog (Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley, 2000. ISBN 978-0-7894-6130-8

Pautan luar sunting