Anjing belakang permatang Thai

baka anjing dari Thailand

Anjing belakang permatang Thai atau ridgeback Thai[a] ialah satu baka anjing dari Thailand. Anjing belakang permatang Thai ialah salah satu daripada tiga baka yang mempunyai permatang bulu yang mengunjur di sepanjang belakangnya ke arah yang bertentangan dengan selebih lapis bulu. Dua lagi baka tersebut merupakan anjing belakang permatang Rhodesia dan anjing belakang permatang Phú Quốc.

Anjing belakang permatang Thai
Anjing belakang permatang Thai merah
Nama lainRidgeback Thai
Negara asalThailand
Trait
Berat Jantan 23–34 kilogram (51–74 lb)
Betina 16–25 kilogram (35–55 lb)
Tinggi Jantan 56–61 sentimeter (22–24 in)
Betina 51–56 sentimeter (20–22 in)
Bulu Pendek
Warna Merah, hitam, biru, perang kekuning-kuningan
Jangka hayat 12–13 tahun
CatatanAnjing kebangsaan Thailand
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

Anjing belakang permatang Thai ialah anjing jenis paria berotot dan bersaiz sederhana dengan kepala berbentuk baji, telinga tajam berbentuk segi tiga, dan lapis bulu sangat pendek dan licin. Ia mempunyai permatang jelas di atas belakangnya yang dibentuk oleh bulu yang tumbuh di arah yang bertentangan yang memanjang dari belakang kelasa ke pinggul. Anak anjing kadang-kadang lahir tanpa permatang. Anjing belakang permatang Thai mempunyai tubuh berotot dan bergaris arus, lalu menjadikannya amat tangkas. Ekornya terangkat ke arah atas dan dipanggil ekor sabit atau ekor pedang. Dahinya berkerut dengan ekspresi sangat besar. Seperti kebanyakan baka timur, anjing belakang permatang Thai telah mengekalkan 'rahang gunting' yang merupakan saling kunci antara gigi atas dengan gigi bawah apabila tulang rahang mengapit. Lidah dapat bewarna hitam atau mempunyai tanda-tanda hitam. Matanya berbentuk badam dan perang tetapi mungkin berwarna ambar pada anjing biru. Telinganya terletak rendah-rendah dan menuding sedikit ke arah luar. Telinganya berdiri secara progresif semasa tempoh tumbesaran anak anjing; telinganya tidak terpotong. Belakangnya lurus dan separas. Lapis bulunya pendek, keras, dan lurus. Oleh sebab panjang dan kepadatan lapis bulunya, ganti bulu adalah minimal, berlaku sekali atau dua kali setahun. Oleh sebab baka ini tidak mempunyai lapis bulu bawah, bulunya biasanya tidak mengganggu orang yang alah terhadap baka anjing lain. Lapis bulunya mesti berwarna padu iaitu biru, hitam, merah, atau perang kekuning-kuningan dengan topeng hitam yang boleh diterima pada anjing merah. Walau bagaimanapun, brindle dan putih juga terdapat tetapi bukan warna yang boleh diterima. Untuk pertunjukan dan pertandingan antarabangsa, ketinggian bahu patut mencapai 22–24 inci (56–61 cm) pada jantan dan 20–22 inci (51–56 cm) pada betina. Purata berat ialah 35–55 lb (16–25 kg) pada betina dan 51–74 lb (23–34 kg) pada jantan.

Lapan corak permatang distingtif telah dikenal pasti: jarum, bulu pelepah, anak panah, lut, violin, pin boling, daun, dan belakang pelana. Semua corak boleh diterima, tetapi mesti jelas tertakrifkan dan bersimetri. Semakin lebar permatangnya, semakin permatangnya dihargai.[1]

Kesihatan sunting

Anjing belakang permatang Thai ialah baka sihat secara keseluruhan dengan beberapa isu kesihatan bawaan. Baka ini telah membiak di Thailand hampir secara eksklusif melalui pemilihan semula jadi sehingga kebelakangan ini. Populasi bela jinaknya adalah kecil. Kemurungan pembiakbakaan dalam belum diperhatikan pada baka ini. Anjing belakang permatang Thai terdedah kepada sinus dermoid. Susur galur moden bagi anjing belakang permatang Thai, yang terhasil daripada persilangan antara populasi, juga mungkin terdedah kepada displasia pinggul dan kecelaruan genetik lain.

Perangai sunting

 
Anak anjing belakang permatang Thai

Thai Ridgebacks ialah baka cerdas. Paras tenaganya biasanya sederhana hingga tinggi, dengan kebanyakan waktu sehari yang diluangkan untuk berehat dan tempoh-tempoh aktiviti yang berlaku dalam letusan sekali-sekala. Anjing belakang permatang Thai yang dibiakbakakan dengan baik dan tersosialiasi dengan betul sesuai sebagai anjing peliharaan setia dan penyayang untuk keluarga. Ia secara semula jadi melindungi rumah dan keluarganya dan dapat menjadi agresif atau segan apabila tidak tersosialiasi dengan betul. Ia paling sesuai dibela oleh pemilik tekal yang mempunyai pemahaman menyeluruh tentang tingkah laku anjing. Oleh sebab pengasingan geografi terdahulu dan kekurangan hubungan dengan manusia, anjing belakang permatang Thai kekal berfikiran berdikari dan kebanyakan naluri semula jadi dan dorongan kekal utuh, terutamanya dorongan pemangsa. Oleh sebab sifatnya, anjing belakang permatang Thai tidak disyorkan untuk pengendali anjing pemula. Ia mempunyai kebolehan lompat cemerlang dan mungkin akan merayau-rayau jika tidak dibendung dengan betul.[perlu rujukan]

Genetik sunting

Permatang sunting

 
Violin ridge
 
Permatang belakang pelana

Anjing belakang permatang ini berada di bawah kawalan dua kelompok gen epistasis. Yang pertama menentukan kewujudan permatang. Yang lagi satu menentukan saiz permatang, daripada ketiadaan permatang hingga permatang sangat besar (menurun ke sisi), semakin banyak gen pada anjing, semakin lebar permatangnya. Permatangnya akan muncul hanya jika terdapat sekurang-kurangnya satu alel dominan dalam kedua-dua kelompok.[2]

Warna sunting

Warna lapis bulu juga berada di bawah kawalan dua kelompok gen epistasis. Yang pertama menentukan warna lapis bulu sama ada patut berwarna hitam, perang, merah, atau biru. Siri kedominanan tersusun daripada hitam, kepada brindle, kepada merah, dan kepada putih. Keamatan warna lapiss bulu berada di bawah kawalan set gen pengubahsuaian. Kelompk lagi satu mengawal pencairan warna. Hitam dapat cair kepada kelabu/perak/biru, dan merah akan menjadi perang kekuning-kuningan. Warna normal ialah warna dominan yang mengatasi warna cair.

Sejarah sunting

Baka anjing belakang permatang lain yang sedia ada merupakan anjing belakang permatang Rhodesia dari Afrika dan anjing belakang permatang Phú Quốc dari Vietnam, yang agak lebih kecil daripada anjing belakang permatang Thai.

Anjing belakang permatang Rhodesia sebahagiannya diturunkan daripada anjing peribumi Khoi Hottentot Afrika selatan, iaitu anjing berpermatang yang dikenali. Gen yang menyebabkan permatang telah diwarisi daripada leluhur bersama: "Asal usul geografi bagi permatang yang hadir pada anjing permatang belakang masih menjadi misteri, lantas bukti kukuh kini telah disediakan bahawa mutasi permatang pada anjing belakang permatang adalah sama melalui keturunan dan kemungkinan mutasi selari yang berlaku di Asia dan di Afrika (Epstein, 1937), dengan itu, dapat ditolak."[2]

Penjagaan bulu sunting

Anjing belakang permatang Thai mempunyai lapis bulu pendek yang mudah dijaga dengan pemberusan mingguan. Kerok getah dapat digunakan untuk mengekalkan lapis bulunya berkilat. Lapis bulunya gugur sepanjang tahun, tetapi tidak terlalu banyak. Anjing ini dapat dimandikan apabila kotor, mungkin sekali atau dua kali setahun. Anak anjing dapat diperkenalkan kepada penjagaan bulu mulai usia muda supaya ia belajar untuk menerimanya dengan sedikit kekecohan.[3]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ بلاکڠ ڤرماتڠ تاي; ريجبک تاي; Bahasa Thai: หมาไทยหลังอาน; ไทยหลังอาน; bahasa Inggeris: Thai ridgeback dog; Thai ridgeback

Rujukan sunting

  1. ^ Yvonne Kekkonen. "About the Thai Ridgeback" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2010.
  2. ^ a b The origin of the Ridge and Associated Anomalies in Rhodesian Ridgebacks, Hillbertz 2007, Acta Universitatis Agriculturae Sueciae, Tesis PhD (Inggeris)
  3. ^ "Thai Ridgeback Dog Breed Information". Vetstreet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2024.

Pautan luar sunting