Spits Goth Barat

baka anjing dari Sweden
(Dilencongkan dari Anjing gembala Sweden)

Spits Goth Barat, spits Visigoth, spits Västergötland,[a] anjing gembala Sweden, atau vallhund Sweden[b] ialah satu baka anjing yang asli di Sweden. Anjing gembala Sweden pada asalanya dibiakbakakan sebagai penggiring dan gembala lembu sejak lebih daripada 1,000 tahun lalu.[1][2] Pada tahun 1942, anjing ini menghampiri kepupusan, namun pembiakbakaan cermat dan publisiti oleh warga Sweden Björn von Rosen dan K. G. Zettersten berjaya memulihkan baka ini dari segi kepopularan dan menyelamatkannya daripada penamatnya yang mungkin.[3] Pada tahun 1943, Kelab Kenel Sweden mengiktiraf anjing gembala Sweden sebagai baka dan secara rasmi mengkategorikan anjing gembala Sweden sebagai västgötaspets ("spits Goth Barat") sempena Västergötland, provinsi yang merupakan tempat pemulihan baka.[3] Sejak itu, baka ini telah diiktiraf oleh lebih daripada sepuluh buah negara dan dibiakbakakan di sana juga serta telah memperoleh sedikit kepopularan.[3]

Spits Goth Barat
Nama lainSpits Visigoth
Spits Västergötland
Anjing gembala Sweden
Vallhund Sweden
Negara asalSweden
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing gembala Sweden dalam pertandingan ketangkasan
Anjing gembala Sweden
Seekor anak anjing gembala Sweden

Ciri fizikal sunting

Purata tinggi anjing gembala Sweden yang diukur pada paras kelasa ialah kira-kira 33 cm (13 in) untuk jantan dan 31 cm (12 in) untuk betina.[4] Ia kuat dengan tubuh panjang. Nisbah tinggi dengan panjang tubuh ialah kira-kira 2:3. Kepala vallhund berbentuk baji dengan mata bujur perang gelap dan telinga tajam.[4] Setiap anak anjing lahir dengan kelainan panjang ekor daripada ketiadaan ekor langsung hingga panjang penuh. Maka, ia kerap disalah sangka sebagai anjing yang ekornya telah dipotong sambil pemotongan ekor diharamkan di Sweden.

Warna dan bulu sunting

Lapis bulunya pendek dan kasar, dengan lapis atas ketat dan lapis bawah lembut dan padat. Bulu pada bahagian hadapan tungkai adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan yang pada leher, dada, dan bahagian belakang tungkai belakang. Warna bulu berbeza-beza daripada kelabu, perang kekelabuan, dan kuning kekelabuan hingga perang kemerah-merahan, dengan bulu lebih gelap pada belakang, leher, dan sisi tubuh. Bulu lebih cerah dengan cahaya warna sama seperti yang tersebut di atas dapat terlihat pada muncung, tekak, dada, perut, punggung, kaki, dan keting. Ia mempunyai tanda-tanda lebih cerah pada bahunya yang juga dikenali sebagai tanda abah-abah. Sesetengah anjing mempunyai tompok putih yang muncul, dengan tidak begitu ketara, sebagai takik tipis, hentian leher, atau sedikit kalung, serta mempunyai tanda putih pada tungkai hadapan dan tungkai belakang dan pada dada. Maksimumnya ialah 30% putih.[5][6]

Kesihatan dan jangka hayat sunting

Anjing gembala Sweden pada umumnya ialah anjing sihat. Pendirian kecilnya menyumbang kepada kelanjutan usianya dengan purata jangka hayat sebanyak 15 tahun.[7] Telinga tajamnya bermaksud bahawa—tidak seperti baka anjing dengan telinga panjang tergantung—masalah telinga adalah jarang. Baka ini tahan dengan iklim panas oleh sebab lapis bulu gandanya selagi anjing diberi teduhan dingin dan air. Baka ini tidak sesuai di dalam salji sangat dalam oleh sebab tungkai pendeknya. Vallhund mewarisi jenis terwaris bagi penyakit atrofi retina progresif pada 34.9% daripada populasinya, yang muncul sebagai rabun senja ringan hingga sederhana pada sekitar umum sepuluh tahun.[8]

Kegiatan sunting

Vallhund dapat bersaing dalam: ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, kembara denai, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Vallhund yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[9]

Sejarah sunting

Anjing gembala Sweden ialah baka purba dan baka anjing kebangsaan Sweden dan mungkin berasal dari abad ke-8 atau ke-9. Anjing gembala Sweden berasal dari provinsi Västergötland, yang terletak ke arah selatan dari tasik Vänern. Di sini, anjing kecil terbukti cemerlang untuk pemerhatian, penjagaan, dan penggembalaan. Baka ini bertarikh kembali ke zaman petempatan Viking di England dan disangkakan pernah berperanan dalam perkembangan corgi Wales dan anjing penumit Lancashire moden. Menurut American Kennel Club, satu lagi teori tentang asal usul baka ini ialah bahawa semasa abad kelapan atau kesembilan, "sama ada anjing gembala Sweden dibawa ke Wales atau corgi dibawa ke Sweden, lantas terdapat keserupaan antara kedua-dua baka".[2]

Anjing gembala Sweden berkaitan dengan anjing spits lebih besar dan anjing pemburu elk dari Skandinavia. Anjing besar daripada jenis spits ini telah ditemukan terkubur dengan tuan-tuan anjing berkenaan di petempatan Zaman Batu di Skandinavia. Rangka bagi anjing gembala Sweden agak serupa dengan yang pada anjing pemburu elk Norway moden, satu lagi baka anjing spits.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س ݢوت بارت; سڤيت‌س ۏيسيݢوت; سڤيت‌س ۏيسترݢوتلند; Svensk: västgötaspets; bahasa Inggeris: Visigothic spitz; Vizigothic spitz
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا سوءيدن; ۏلهون سوءيدن; Svensk: svensk vallhund, nama rasmi di Sweden sehingga tahun 1953; bahasa Inggeris: Swedish vallhund; Swedish shepherd

Rujukan sunting

  1. ^ "Hundrasguiden/Svenska-raser" (PDF) (dalam bahasa Sweden). www.skk.se.
  2. ^ a b Club, American Kennel. "Swedish Vallhund History & Training/Temperament". www.akc.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  3. ^ a b c "Breed History | SVCA, Inc". www.swedishvallhund.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  4. ^ a b The Swedish Vallhund Society (2016). Breed Standard [Dalam talian]. Tersedia di <http://www.swedishvallhunds.co.uk/index.asp?pageid=399181> (Dicapai pada 31 Disember 2023). [1]
  5. ^ Club, American Kennel. "Swedish Vallhund Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2010. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  6. ^ "Breed Standard - Swedish Vallhund" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2010. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  7. ^ Rencana daripada Galeri Baka Anjing di Pedigree (Inggeris)
  8. ^ Cooper, Ann E.; Ahonen, Saija; Rowlan, Jessica S.; Duncan, Alison; Seppälä, Eija H.; Vanhapelto, Päivi; Lohi, Hannes; Komáromy, András M. (8 September 2014). "A Novel Form of Progressive Retinal Atrophy in Swedish Vallhund Dogs". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 9 (9): e106610. Bibcode:2014PLoSO...9j6610C. doi:10.1371/journal.pone.0106610. PMC 4157785. PMID 25198798 – melalui PLoS Journals.
  9. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.

Bacaan lanjut sunting

  • Serpell J., The Domestic Dog, Its Evolution. Behaviour and Interactions with People (Inggeris). Cambridge: Cambridge Univ. Press. 1995.
  • Hubbard Clifford. L B., Dogs in Britain; a Description of All Native Breeds and Most Foreign Breeds in Britain (Inggeris). London, MacMillan. 1948
  • Swedish Kennel Clubs Magazines Special number:"Hundsport Special" 5/86 (Suec)
  • Gascoigne.Nicky., The Swedish Vallhund (Inggeris). Dalsetter Designs. Wakefield. UK. 1989
  • Bayliss. J., A Study of the Swedish Vallhund (Västgötaspets) A Pictorial History - Owners' Hand Book (Inggeris). Eng. 2007.
  • Darling, L., The Swedish Vallhund (Vastgotaspets): A legacy of the Vikings (Inggeris) - Aus. 2005

Pautan luar sunting