Anjing gembala lama Jerman

jenis anjing dari Jerman

Anjing gembala lama Jerman[a] ialah sekumpulan jenis tradisional bagi anjing gembala pekerja dari Jerman. Ini merupakan baka tempatan yang terdiri daripada strain-strain anjing pekerja dan sesetengah merupakan jenis punca bagi perkembangan anjing gembala Jerman sebagai baka terpiawai. Baka tempatan ini tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, tetapi sesetengah mempunyai piawaian sendiri[1] yang untuk kebolehan kerja, bukan trait penampilan.

Anjing gembala lama Jerman
Anjing gembala lama Jerman, baka tempatan:
anjing pipi kuning Jerman Timur atau Tengah
Negara asalJerman
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Sebelum tahun 1890-an, sebarang anjing yang digunakan penggembalaan dan perlindungan biri-biri di Jerman dirujuk sebagai "anjing gembala Jerman". Anjing ini dibiakbakakan semata-mata untuk kebolehan kerjanya, dengan sedikit usaha untuk memiawaikan penampilan tertentu atau mewujudkan baka anjing bertakrif.[2][sumber terbitan sendiri?]

Pada tahun 1899, satu baka formal baharu diasaskan oleh Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman. Ini dipilih daripada banyak-banyak anjing gembala pekerja,[3][sumber terbitan sendiri?] dan menjadi baka anjing gembala Jerman moden.[4][sumber terbitan sendiri?]

Ramai gembala Jerman terus membiakbakakan anjing mereka untuk kebolehan kerja dan bukan menurut piawaian baka baharu dan anjing pekerja mereka yang tersisa dan tidak terpiawai dipanggil altdeutscher Schäferhund ("anjing gembala [biri-biri] lama Jerman", jamak: altdeutsche Schäferhunde).[3][5][6]

Di bawah Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman, varian berbulu panjang bagi anjing gembala Jerman tidak diterima buat tempoh masa panjang. Ini berubah pada tahun 2009.[7] Sejak tahun 2010, jenis berbulu panjang telah diterima.[8][9] Maka, gembala, peladang, dan pemilik lain bagi baka-baka tempatan terancam yang mencuba untuk memiawaikan keragaman-keragaman mereka menamai istilah payung altdeutscher Schäferhund (jamak: altdeutsche Schäferhunde) semula kepada altdeutscher Hütehund ("anjing gembala lama Jerman", jamak: altdeutsche Hütehunde). Anjing gembala baka tempatan lama lain, yang digunakan untuk lembu pula dan bukan biri-biri, dan yang bukan leluhur kepada anjing gembala Jerman moden (termasuk anjing berbulu gumpal, anjing lembu), juga dirangkumi dalam kategori generik altdeutsche Hütehunde.

Penampilan sunting

 
Seekor lagi anjing pipi kuning Jerman Timur atau Tengah, pada 1920

Anjing gembala lama Jerman zaman kini berbeza-beza hanya sedikit daripada baka-baka tempatan abad ke-19 dab awal abad ke-20. Piawaian baka untuk baka tempatan ini (yang wujud sahaja) mensyaratkan agar haiwan berkenaan mampu menggembala biri-biri dan lembu tetapi jarang menentukan penampilan fizikal, walaupun pejabat-pejabat pendaftaran ini melarang pembiakbakaan silang dengan anjing baka lain. Tidak ada kejelasan tentang takat kesan usaha pemiawaian ini. Pada tahun 2008, Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen (GEH) menyenaraikan keragaman-keragaman ini sebagai keragaman "amat rentan" terhadap kepupusan.[10]

 
Rubah Harz
 
Harimau belang
 
Pudel biri-biri

Baka-baka tempatan bernama yang mempunyai piawaian baka yang telah diwujudkan terbahagi kepada kelompok kecil, yang pertama mengikut haiwan ternakan yang digembala, iaitu anjing lembu dan anjing gembala biri-biri; yang kedua mengikut rantau (Jerman Selatan; atau Jerman Timur dan Tengah), dan yang lebih halus mengikut jenis lapis bulu dan ciri lain. Terjemahan hampiran ditunjukkan:

  • Kuhhunde, "anjing lembu"
  • Schafhunde, "anjing [gembala] biri-biri"
    • süddeutscher Typ, "jenis Jerman Selatan"
      • süddeutsche Gelbbacke, "[anjing] pipi kuning Jerman Selatan" – hitam dan sawo matang
      • süddeutscher Schwarzer, "[anjing] hitam Jerman Selatan"
      • Tiger, "[anjing bercorak] harimau belang" – lapis bulu berwarna merle; lazim di Jerman selatan, lebih jarang di tempat lain
    • ost- bzw. mitteldeutscher Typ, "jenis Jerman Timur atau Tengah"
      • ost- bzw. mitteldeutsche Gelbbacke, "[anjing] pipi kuning Jerman Timur atau Tengah"
      • ost- bzw. mitteldeutscher Schwarzer, "[anjing] hitam Jerman Timur atau Tengah"
      • ost- bzw. mitteldeutscher Fuchs, "[anjing berwarna] rubah Jerman Timur atau Tengah" – kemerah-merahan
    • zotthaariger Typ, "jenis berbulu gumpal" – anjing berlapis bulu panjang dan mentah yang serupa dengan baka anjing gembala lama Inggeris atau anjing gembala Brie
      • Strobel "[anjing] selekeh" – jenis Jerman Selatan
      • Schafpudel, "pudel biri-biri" – Jenis Jerman Utara dan Tengah

Pada abad ke-19, terdapat lebih baka tempatan. Sesetengah menjadi sebahagian daripada baka anjing gembala Jerman moden, sementara yang lain menjadi pupus seiring dengan zaman. Anjing gembala Pomerania (pommerscher Hütehund) dan spits gembala (Hütespitz) juga dikira sesama anjing gembala lama Jerman. Anjing-anjing ini menjadi pupus pada separuh kedua abad ke-20.[12][sumber terbitan sendiri?] Baka tempatan Pomerania digunakan untuk memperkuat anjing gembala Pyrénées, anjing gembala Podhale Poland, kuvasz, dan baka-baka serupa yang kini terpiawai.[13] Ada andaian bahawa anjing terakhir baka tempatan spits gembala, yang kebanyakannya putih dan bersaiz sederhana,[14] menjadi sebahagian daripada ternakan asasi bagi baka anjing gembala putih. Mungkin terdapat baka tempatan terselamat lain, yang tidak tertakluk kepada sebarang percubaan untuk mengasaskan piawaian baka.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا لام جرمن; Jerman: altdeutscher Hütehund; altdeutscher Schäferhund; bahasa Inggeris: old German herding dog; old German shepherd dog; old German sheepdog

Rujukan sunting

  1. ^ "Top-10-Fragen" (dalam bahasa Jerman). AAH. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  2. ^ "A Profile of the German Shepherd Dog". JustShepherds.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2009. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  3. ^ a b "Altdeutscher Schaeferhund" (dalam bahasa Inggeris). Herding on the Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2013. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  4. ^ "History of the Breed" (dalam bahasa Inggeris). GermanShepherds.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2008. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  5. ^ von Stephanitz, Max; Schwabacher, Joseph (1994). The German Shepherd Dog in Word and Picture. Hoflin Publishing. m/s. 12. ISBN 978-99932-80-05-7.
  6. ^ Willis, Malcolm; Bennett, Janet (1992). The German Shepherd Dog: A Genetic History (dalam bahasa Inggeris). Maxwell Macmillan International. ISBN 978-0-87605-175-7.
  7. ^ Die wichtigsten Beschlüsse der Bundesversammlung vom 6.-7. Juni in Kassel. (Jerman) [pautan mati kekal] Dalam: SV-Zeitung. Julai 2009. S. 437–438.
  8. ^ "FCI-Standard Nr. 166 DEUTSCHER SCHÄFERHUND" [Piawaian FCI No. 166 Anjing Gembala Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 23 Disember 2010. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  9. ^ "FCI-Standard N° 166 DEUTSCHER SCHÄFERHUND (German Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 166 Anjing Gembala Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman. 23 Disember 2010. Dicapai pada 21 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  10. ^ "Westerwälder Kuhhund" (dalam bahasa Jerman). Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2009. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  11. ^ Beschreibung der Altdeutschen Hütehunde (Jerman) durch die Interessengemeinschaft Altdeutsche Hütehunde
  12. ^ Rorem, Linda. "The Old German Shepherd Dog in America" (dalam bahasa Inggeris). Herding on the Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2013.
  13. ^ Mohr, Erna (1969). Ungarische Hirtenhunde (ed. ke-2). Lutherstadt-Wittenberg, Jerman: Ziemsen.
  14. ^ pada tahun 1951, terdapat catatan tinggi 57 sentimeter pada paras kelasa dan berat 23 kg untuk anjing jantan. Luther, Wolfgang (1951). "Beobachtungen über angeborene Verhaltensweisen bei einem pommerschen Hütehund". Zeitschrift für Tierpsychologie (dalam bahasa Jerman). 8 (3): 443–448. doi:10.1111/j.1439-0310.1951.tb00185.x.