Anjing harimau bintang Catahoula

baka anjing dari Amerika Syarikat

Anjing harimau bintang Catahoula[a] ialah satu baka anjing Amerika yang dinamai sempena Catahoula Parish, Louisiana. Ia menjadi anjing negeri Louisiana pada tahun 1979. Ia diiktiraf oleh United Kennel Club atas nama Louisiana Catahoula Leopard Dog ("anjing harimau bintang Catahoula Louisiana"), manakala Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club memanggilnya Catahoula Leopard Dog ("anjing harimau bintang Catahoula"). Kedua-dua pejabat pendaftaran telah menetapkan baka itu dengan sebutan gembala, walaupun ia secara tradisional telah digunakan dalam pemburuan babi hutan.

Anjing harimau bintang Catahoula
Nama lain
  • Anjing harimau binang Catahoula Louisiana
  • Catahoula cur
  • Anjing babi Catahoula
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 40–95 lb (18–43 kg)[1]
Tinggi Jantan 22–26 in (56–66 cm)[1]
Betina 20–24 in (51–61 cm)[1]
Bulu pendek hingga sederhana
Warna berbeza-beza
Saiz perinduk 4–12 ekor
Jangka hayat 10–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Zuriat anjing harimau bintang Catahoula tidak diketahui. Salah satu teori mencadangkan bahawa baka ini berasal pada pertengahan tahun 1700-an apabila peneroka Perancis berhijrah ke tempat yang kemudian menjadi Louisiana dengan anjing gembala Beauce. Para peneroka membiakbakakan anjing mereka secara bersilang dengan anjing serigala pemburu paya yang disesuaikan dengan baik yang dimiliki oleh Orang Asli Amerika dalam usaha untuk mengembangkan anjing pekerja lebih baik. Pada tahun 1800-an, pembiakbakaan menjadi lebih rancak dalam usaha untuk mengembangkan anjing keluarga yang sangat sesuai untuk kerja, perburuan, dan penjagaan namun baik dengan kanak-kanak.[perlu rujukan]

Pada 9 Julai 1979, sempena pengiktirafan kepentingan bersejarah Catahoula cur kepada Negeri Louisiana, Gabenor Edwin Edwards menandatangani Rang Undang-undang Dewan #75, lalu secara rasmi menamakan anjing harimau bintang Catahoula Louisiana sebagai anjing negeri.[2][3] Pada 1 Januari 1995, anjing harimau bintang Catahoula Louisiana diiktiraf oleh United Kennel Club.[1] Pada tahun 1996, AKC menambahkan anjing harimau bintang Catahoula ke dalam Khidmat Ternakan Asasi mereka.[3]

Penampilan sunting

Walaupun ciri fizikal berbeza-beza, anjing harimau bintang Catahoula biasanya merupakan anjing berotot dengan tubuh berbentuk segi empat tepat. Ia cenderung untuk mempunyai kepala besar dengan telinga labuh dan muncung kuat dan sedikit menirus.[4] Ia cenderung untuk mempunyai leher berotot tebal dan ekor panjang melengkung. Ia terdapat denagn pelbagai warna dan mempunyai bulu sederhana/pendek.[4]

 
Anjing harimau bintang Catahoula betina dengan perinduk yang menunjukkan pelbagai warna lapis bulu
 
Seekor anjing harimau bintang Catahoula "harimau bintang biru"

Anjing harimau bintang Catahoula terdapat dengan pelbagai warna, termasuk merle biru, merle merah, brindle, dan warna-warna padu. Selalunya, anjing harimau bintang Catahoula berlapis bulu padu mempunyai percikan kecil daripada warna-warna lain seperti putih pada muka, tungkai, atau dada. Lapis bulu mirip harimau bintang pada kebanyakan anjing harimau bintang Catahoula ialah hasil daripada gen merle. Gen merle biasanya tidak menjejaskan keseluruhan lapis bulu anjing, tetapi mencairkan warna hanya di kawasan yang menunjukkan ciri gen itu secara rawak. Warna-warna lebih pekat lebih diutamakan; lapis bulu yang kebanyakannya putih tidak digalakkan. Memandangkan anjing harimau bintang Catahoula ialah anjing pekerja, warna lapis bulu bukan pertimbangan utama.[1][5]

Anjing harimau bintang Catahoula mempunyai lapis bulu tunggal pendek licin atau lapis bulu sederhana kasar.[6][1] Yang pendek kelihatan hampir bercat.[perlu rujukan] Yang sederhana pula dapat mempunyai "jumbai" memanjang pada tungkai belakang, ekor, dan dada.[perlu rujukan]

Baka ini mungkin mempunyai sebarang warna mata atau gabungan warna termasuk biru, perang, hijau, atau ambar.[7]

Kerja sunting

Anjing harimau bintang Catahoula pada mulanya digunakan untuk perburuan. Orang asli Amerika cenderung untuk menggunakan anjing ini untuk pemburuan haiwan besar. Peneroka Eropah menggunakan anjing ini untuk perburuan dan penggembalaan haiwan ternakan. Peneroka Orang Kulit Putih pertama di Louisiana dipercayai menggunakan anjing ini untuk memburu babi liar di paya di Louisiana.[4]

Anjing harimau bintang Catahoula digunakan sebagai anjing meraung (bay dog), anjing treeing, dan untuk pemburuan pelbagai buruan liar, termasuk buruan kecil seperti rakun dan tupai, serta buruan besar seperti rusa, singa gunung, dan beruang.[8]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Ia juga digunakan untuk penjejakan bau buruan, dan sebagai anjing pencarian dan penyelamatan.[9][3][1]

Anjing harimau bintang Catahoula mempunyai naluri penggembalaan semula jadi dan cara unik untuk mengerjakan kawanan ternakan. AKC memerihalkannya sebagai pewujudan "pagar anjing" di sekeliling kawanan ternakan yang membolehkan tuan anjing mengerjakan kawanan ternakan di dalam gelanggang itu.[3] Kebolehan penggembalaan dan naluri kerja semula jadi merupakan keutamaan tertinggi bagi para pembiak baka anjing harimau bintang Catahoula, lebih daripada penampilan anjing.[3][1] Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing harimau bintang Catahoula yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian anjing lembu/babi.[10]

Kesihatan sunting

Telah ada cadangan bahawa kepekakan dan kebutaan daripada merle ganda mungkin lebih jarang pada anjing harimau bintang Catahoula berbanding dengan baka anjing lain.[11]

Galeri sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ هريماو بينتڠ کاتاهولا; bahasa Inggeris: Catahoula leopard dog

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h "Breed Standards : Louisiana Catahoula Leopard Dog". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club.
  2. ^ Laney, Ruth (24 Ogos 2015). "The Catahoula Connection". Country Roads Magazine (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ a b c d e "Catahoula Leopard Dog Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  4. ^ a b c Mehus-Roe, K. (2005). The Original Dog Bible (dalam bahasa Inggeris). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. m/s. 206. ISBN 9781931993340.
  5. ^ "Coat Colors". National Association of Louisiana Catahoulas (dalam bahasa Inggeris). National Association of Louisiana Catahoulas. Dicapai pada 12 Ogos 2019.
  6. ^ "Breed Standard". National Association of Louisiana Catahoulas (dalam bahasa Inggeris). National Association of Louisiana Catahoulas. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2017. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  7. ^ "Eye Color Examples". National Association of Louisiana Catahoulas (dalam bahasa Inggeris). National Association of Louisiana Catahoulas. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  8. ^ "The Best Hunting Dogs for Retrieving, Pointing, Flushing or Scent". Outdoor Life (dalam bahasa Inggeris). 30 Oktober 2019. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  9. ^ "Working dog Catahoula". EALC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2015. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  10. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  11. ^ Strain, G. Deafness and the Merle Gene (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Louisiana.

Pautan luar sunting