Anjing pemburu Plott

baka anjing dari Amerika Syarikat

Anjing pemburu Plott[a] ialah satu baka anjing pemburu bau besar yang pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan beruang. Pada tahun 1989, Perhimpunan Agung Carolina Utara menetapkan anjing pemburu Plott sebagai Anjing Negeri rasmi.[2][3] Anjing pemburu Plott pertama kali didaftarkan dengan United Kennel Club pada tahun 1946. Anjing pemburu Plott diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2006[4] dan dipamerkan dalam Pertunjukan Westminster pada tahun 2008.[5]

Anjing pemburu Plott
Negara asalAmerika Syarikat
CatatanAnjing negeri Carolina Utara (ditetapkan pada 1989)[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Dua ekor anak anjing pemburu Plott, yang dipilih kerana kebolehan penjejakan dan perburuan, telah dilatih sebagai timbalan K9 untuk Jabatan Syerif Kaunti Guilford di Carolina Utara.[1]

Penampilan sunting

Anjing pemburu Plott pada umumnya berpenampilan atletik, berotot, dan tangkas dengan binaan sederhana. Tidak seperti sesetengah hound lain, kulit anjing pemburu Plott adalah tidak gedoboh. Anjing pemburu Plott ialah hound yang terbina dengan sangat kukuh namun sederhana dengan lapis bulu tersendiri berwarna brindle. Penampilannya menunjukkan keupayaan untuk kelajuan, stamina, dan daya ketahanan.

Ia mungkin mempunyai tanda pengenalan padanya yang digunakan untuk mengenal pasti anjing semasa perburuan. Tanda sedemikian tidak menyebabkan penalti dalam pertunjukan pengakuran.

Bulu dan warna sunting

Bulu anjing pemburu Plott patut bertekstur halus hingga sederhana, pendek atau sederhana panjang, dan mempunyai penampilan licin dan licau. Menurut National Plott Hound Association, bulu anjing ini patut brindle. Brindle ditakrifkan sebagai "kesan berjalur atau berbelang halus atau corak bulu hitam atau sawo matang dengan bulu berwarna latar belakang lebih cerah atau lebih gelap. Cahaya warna brindle yang diterima merupakan brindle kuning, brindle merah, brindle sawo matang, brindle perang, brindle hitam, brindle kelabu, dan maltese (kelabu loh, brindle biru)." Hitam dengan pangkasan brindle dan hitam padu merupakan alternatif lain yang dapat diterima.[6] Persatuan menetapkan bahawa walaupun sesetengah putih pada dada dan/atau kaki diizinkan, putih yang terdapat di tempat lain ialah kecacatan.

Saiz sunting

Anjing pemburu Plott patut berukuran hampir-hampir setinggi 20–25 in (51–64 cm) pada paras kelasa untuk jantan dan setinggi 20–23 in (51–58 cm) untuk betina. Jantan patut berukuran seberat 50–60 lb (23–27 kg). Betina pula patut berukuran seberat 40–55 lb (18–25 kg).[7]

Sejarah sunting

Daripada tujuh baka anjing pemburu rakun yang berdaftar dengan United Kennel Club (UKC), anjing pemburu Plott ialah satu-satunya yang tidak menjejaki keleluhurannya kepada anjing pemburu rubah.

Plott Balsams, iaitu banjaran gunung di Carolina Utara, dinamai sempena keluarga Plott, yang leluhurnya, (Johannes) George Plott (sekitar 1733–1815), berhijrah ke Carolina Utara pada lewat abad ke-18 dari Jerman. Baka anjing pemburu Plott juga dinamai sempena keluarga Plott.[8]

Leluhur kepada anjing pemburu Plott zaman kini digunakan untuk pemburuan babi hutan di Jerman. Dengan asal usul dari Jerman, pada tahun 1750, Johannes "George" Plott berhijrah ke koloni Inggeris di Carolina Utara. Beliau membawa segelintir anjing pemburu babi hutan liar (lima ekor anjing pemburu bau Hanover yang digunakan untuk pemburuan beruang dan babi hutan)[7] bersama dengan beliau. Anjing ini telah dibiakbakakan selama bergenerasi untuk stamina dan gameness. George dan isteri beliau Margaret bersama dengan keluarga mereka menetap di pergunungan Carolina Utara barat. Walaupun tiada bukti bahawa Plott pernah pergi ke Carolina Utara barat, anak lelaki beliau Henry menetap di sana pada sekitar tahun 1801 hingga tahun 1810 (seperti yang didedahkan oleh bancian) dan bertanggungjawab atas perkembangan lanjut anjing pemburu Plott.

Plott kononnya mengekalkan ketulenan strain beliau tanpa membuat penyilangan ke luar. Pada tahun 1780, kawanan anjing pemburu Plott berpindah ke tangan Henry Plott.[9]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤلوت; bahasa Inggeris: Plott hound; plott

Rujukan sunting

  1. ^ a b Libby Bagley; Myra Wright (Januari 2018). "NC Author is an Advocate for our State Dog". Carolina Country (dalam bahasa Inggeris). 50 (1). NC Electric Cooperatives. m/s. 26. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ "Plott Hound: The State Dog". North Carolina History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). John Locke Foundation. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  3. ^ McCoy, Erin Kathleen. "North Carolina State Dog". State Symbols USA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  4. ^ "Plott Quick Facts". Dognation.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  5. ^ Woodward, Richard B. (12 Februari 2008). "Great Plott" (dalam bahasa Inggeris). Slate.com.
  6. ^ "Official Standard of the Plott" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). October 1998. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  7. ^ a b "Plott – American Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  8. ^ Marcus Simpson, Harold Pratt, Birds of the Blue Ridge Mountains (Inggeris) (Universiti Carolina Utara, 1992), hlm. 182.
  9. ^ North Carolina Office of Archives and History. "Plott Hound Historical Marker" (dalam bahasa Inggeris). StoppingPoints.com. Dicapai pada 28 Mac 2024.

Bibliografi sunting

  • Strike and Stay: The Story of the Plott Hound (Inggeris), Bob Plott, The History Press, 2007, ASIN: B0061S3YLW, hlm. 25–30

Pautan luar sunting