Anjing pemburu Posavina

baka anjing dari Croatia
(Dilencongkan dari Anjing pemburu Posavac)

Anjing pemburu Posavina[a] atau hanya anjing Posavina[b] ialah satu baka anjing yang berasal sebagai anjing pemburu jenis anjing pemburu bau. Croatia ialah tanah air untuk baka ini.

Anjing pemburu Posavina
Anjing pemburu Posavina
Nama lainAnjing Posavina
Negara asalCroatia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

 
Seekor anjing pemburu Posavina dalam pertunjukan

Anjing pemburu Posavina ialah anjing dengan tubuh kuat yang agak panjang, telinga labuh sepadan, ekor panjang, dan wajah lembut. Baka ini memiliki ukuran unggul setinggi sekitar 50 cm (20 in) pada paras kelasa. Lapis bulu pendek dan rata lebih panjang sedikit di bahagian perut dan belakang tungkai (rumbai). Warna bulunya ialah merah gandum yang bertanda dengan putih.

Sejarah sunting

 
Anjing pemburu Posavina betina di rumah

Tiada bukti tua sebenar untuk baka ini, namun ada tekaan aneh. Jenisnya sangat lama, dan baka moden pula menyerupai imej-imej yang terlihat dalam lukisan fresko seawal tahun 1497. Para penulis yang dikutip pernah menyebut jenis ini termasuklah Uskup Đakovo, Petar Bakić, pada tahun 1719 dan doktor veterinar, Franjo Bertić, juga dari Đakovo, pada tahun 1859. Anjing-anjing pemburu dari Lembah Sava (Posavina, tenggara Zagreb) dijual sebagai boskini di Croatia pada tahun 1800-an. Keleluhuran bagi anjing-anjing ini didokumenkan mulai tahun 1929, apabila pendaftaran untuk buku pembaka pertama kali diambil. Baka ini diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955, dan namanya dijelaskan pada tahun 1969. Baka ini sejak itu telah dikenali sebagai Posavatz Hound.[1]

Baka ini diiktiraf di Amerika Utara oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau dan oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran berdasarkan Internat, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharan unik.

Kesihatan dan perangai sunting

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Piawaian baka memerihalkan perangai unggul sebagai kejinakan dan semangat tinggi sebagai pemburu.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤوساۏينا; Croatia: posavski gonič; bahasa Inggeris: Posavac hound; Posavatz hound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤوساۏينا; Croatia: posavac

Rujukan sunting

  1. ^ "FCI-Standard N° 154 POSAVSKI GONIČ (Posavatz Hound)" [Piawaian FCI No. 154 Anjing Pemburu Posavina] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Christina Bailey. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Bahasa rasmi: Bahasa Jerman. 29 Mei 2015. Dicapai pada 24 Disember 2023.CS1 maint: others (link)