Anjing pemburu Serbia

baka anjing dari Serbia

Anjing pemburu Serbia[a], atau dahulu dikenali sebagai anjing pemburu Balkan,[b] ialah satu baka anjing pemburu bau dari Serbia.

Anjing pemburu Serbia
Nama lainAnjing pemburu Balkan
Negara asalSerbia
Trait
Berat 20 kg (44 lb)
Tinggi Jantan 46–56 cm (18–22 in)
Betina 44–54 cm (17–21 in)
Bulu Pendek
Warna Merah (berwarna rubah), antara merah kekuning-kuningan dengan warna karat, dengan mantel atau pelana hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Anjing pemburu Serbia ialah baka hound bersaiz sederhana. Piawaian baka menyebut bahawa jantan patut berdiri setinggi 46–56 sentimeter (18–22 in) dan betinanya pula lebih kecil sedikit dan berdiri setinggi 44–54 sentimeter (17–21 in), dan ia patut berukuran seberat 20 kilogram (44 lb).[1][2][3] Baka ini mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang berwarna perang kemerah-merahan, kadang-kadang disebut "berwarna rubah", dengan pelana hitam dan tanda-tanda hitam di sebelah atas mata.[4][5] Ia memiliki tengkorak lebar yang menyempit dengan sama rata ke hidung dan telinga tergantung sederhana panjang.[1][2] Tubuh baka ini lebih panjang sedikit berbanding dengan tingginya. Ia mempunyai belakang lebar dan lurus dan ekor lurus atau sedikit melengkung.[1][2]

Anjing pemburu Serbia diperihalkan sebagai anjing sangat berdisiplin, bertenaga, kuat, dan bersemangat. Ia menjejak buruan dan menangkapnya. Apabila berburu, ia memiliki suara nyaring tersendiri.[1][2][4][5] Baka ini terkenal kerana stamina hebatnya dan kebolehannya untuk berburu di rupa bumi mencabar.[5]

Sejarah sunting

Terdapat tradisi panjang bagi perburuan di Eropah Tenggara dan anjing pemburu Serbia merupakan salah satu daripada beberapa baka anjing (dan kuda) rantauan yang dibiakbakakan untuk memadani syarat perburuan di rantau ini.[1] Anjing pemburu Serbia ialah baka berusia berkurun lama yang dipercayai terdiri daripada baka-baka anjing pemburu yang didagangkan di serata Laut Tengah, dengan anjing-anjing Eropah dan Afrika Utara yang menyumbang kepada keleluhurannya.[4] Anjing pemburu Serbia dibela secara tradisional sebagai anjing pemburu kawanan yang memiliki babi hutan, rusa, rubah, dan kelinci sebagai buruan biasanya.[4][5]

Dengan "anjing pemburu Balkan"[b] sebagai nama terdahulu, pada tahun 1996, Persekutuan Kinologi Antarabangsa secara rasmi mengubah nama baka ini kepada "anjing pemburu Serbia".[a][3]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b Jawi: انجيڠ ڤمبورو سربيا; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Serbian hound
  2. ^ a b Jawi: انجيڠ ڤمبورو بلکن; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Balkan hound

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Jones, Arthur F.; Hamilton, Ferelith (1971). The world encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). New York: Galahad Books. m/s. 314. ISBN 0-88365-302-8.
  2. ^ a b c d Fiorone, Fiorenzo (1973). The encyclopedia of dogs: the canine breeds (dalam bahasa Inggeris). New York: Thomas Y. Cromwell Company. m/s. 261. ISBN 0-690-00056-1.
  3. ^ a b "FCI-Standard N° 150 SRPSKI GONIČ (Serbian Hound)" [Piawaian FCI No. 150 Anjing Pemburu Serbia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Pamela Jeans-Brown. Bahasa rasmi: Bahasa Perancis. 5 Mei 2003. Dicapai pada 23 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b c d Alderton, David (1987). The dog: the most complete, illustrated, practical guide to dogs and their world (dalam bahasa Inggeris). London: New Burlington Books. m/s. 35–36. ISBN 0-948872-13-6.
  5. ^ a b c d Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont: Trafalgar Square Publishing. m/s. 113. ISBN 1-57076-219-8.