Anjing pemburu Slovakia

baka anjing dari Slovakia

Anjing pemburu Slovakia[a] ialah satu baka anjing pemburu bersaiz sederhana daripada jenis anjing pemburu bau. Baka ini berasal dari Slovakia, di Eropah Tengah, dan dibiakbakakan untuk penjejakan rusa dan pemburuan babi hutan. Nama anjing pemburu Hutan Hitam[b] kelihatan telah dicipta di Amerika Utara untuk tujuan pemasan, kerana baka ini tidak mempunyai hubungan dengan Hutan Hitam. Nama bahasa Jerman untuk baka ini ialah Schwarzwildbracke yang diterjemahkan kepada "anjing pemburu babi hutan" dan bukan Schwarzwaldbracke yang patut memaksudkan "anjing pemburu Hutan Hitam".

Anjing pemburu Slovakia
Anjing pemburu Slovakia
Nama lainAnjing pemburu Hutan Hitam
Negara asalSlovakia
Trait
Warna Hitam dan sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Slovakia adalah agak jarang di Amerika Utara dengan hanya seorang pengimport atau pembiak baka yang dikenali, iaitu Chris Goegan daripada Hi-Point Kennels, terletak di Alliance, Ohio. Baka ini, yang paling umum digunakan untuk penjejakan rusa tertumpas, dapat menjadi bersikap pelindung terhadap hart dan anggota keluarga tetapi tidak terkenal sebagai baka gresif. Tidak seperti hound tipikal, ia tidak kuat bersuara melainkan orang asing mendatangi hartanah pemiliknya atau ia telah menemukan bangkai. Dalam soal kebolehan penjejakannya, orang Slovak tidak mengambil jalan mudah dalam membiakbakakan stok terbukti sahaja dan menakai semua yang lain. Kebolehan penjejakannya merupakan antara yang terbaik di dunia untuk rusa dan babi hutan.

Penampilan sunting

Anjing pemburu Slovakia ialah hound pemburu tipikal dari segi penampilan, dengan tubuh berotot, tungkai panjang, ekor panjang, dan telinga labuh panjang. Lapis bulu pendeknya sentiasa berwarna hitam, dengan tanda-tana sawo matang (hitam dan sawo matang). Jantan patut berukuran seberat 16 kg (35 lb) dan berdiri setinggi 46 cm (18 in) pada paras kelasa, sementara betina pula agak lebih kecil. Saiz unggul diperihalkan dalam piawaian baka untuk tidak menggalakkan pembiakbakaan anjing terlalu besar atau terlebih kecil. Ukuran lain untuk anjing unggul diberikan dalam piawaian untuk memulihara jenis baka.[1] Baka ini memiliki bertubuh lebih besar berbanding dengan anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang Amerika yang bertanda serupa, tetapi bertubuh lebih kecil berbanding dengan ogar Poland yang serupa, anjing pemburu bertubuh lebih kuat dari Poland. Matanya sentiasa gelap, dalam, dan berwajah semangat dan keberanian.

Perangai sunting

Walaupun terkenal sebagai anjing berdikari, ia cerdas dan mudah dilatih. Ia juga mempunyai deria haluan yang bagus.

Sejarah dan kegunaan sunting

 
Seekor babi hutan dan seekor anjing pemburu Slovak, untuk perbandingan saiz

Sebagai jenis anjing pemburu amat terkenal sejak zaman purba, baka kini pertama kali diiktiraf pada tahun 1870-an. Baka-baka brandlbracke (anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria), chart polski (grehaun Poland), dan magyar agár (grehaun Hungary) dipercayai telah digunakan dalam latar belakang baka ini. Etimologi bagi namanya kelihatan merujuk warna anjing. Kelab baka ditubuhkan di Bratislava pada tahun 1988.

Anjing pemburu Slovakia dikembangkan dan digunakan sebagai anjing pemburu, bukan anjing peliharaan atau anjing pertunjukan. Ia dibiakbakakan untuk pemburuan buruan besar, terutamanya babi hutan. Walaupun amat umum di kawasan asalnya, ia jarang terlihat di negara lain.[2] Anjing pemburu Slovakia serupa dengan anjing pemburu bau Eropah Timur lain dari segi rupa dan gaya perburuan.

Pengiktirafan sunting

Baka ini diiktiraf di negara aslinya dengan nama slovenský kopov dan tersenarai untuk pertandingan sukan anjing antarabangsa dengan Persekutuan Kinologi Antarabangsa atas nama itu sebagai baka nombor 244, dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau dan Baka Berkaitan, Seksyen 1.2 Hound Bersaiz Sederhana. Baka ini yang dieskport ke Amerika Utara diiktiraf atas terjemahan bahasa Inggeris bagi namanya, Slovakian Hound, oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat. Baka ini juga mungkin berdaftar atas pelbagai terjemahan nama, atu nama Inggeris ciptaan seperti Wild Boar Hound (daripada Schwarzwildbracke bahasa Jerman),[3] dengan kelab kenel kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internt, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari anjing pemburu luar biasa atau haiwan peliharaan unik.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو سلوۏاکيا; Slovak: slovenský kopov; bahasa Inggeris: Slovakian hound; Slovak hound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هوتن هيتم; bahasa Inggeris: Black Forest hound

Rujukan sunting

  1. ^ "FCI-Standard N° 244 SLOVENSKЎ KOPOV (Slovakian Hound)" [Piawaian FCI No. 244 Anjing Pemburu Slovakia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. Bahasa rasmi: Bahasa Jerman. 19 Ogos 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 425. ISBN 0-87605-624-9.
  3. ^ DigitalDog, Slovakian Hound (Inggeris)

Pautan luar sunting