Anjing pemburu bejar Alp

baka anjing dari Austria

Anjing pemburu bejar Alp atau dachsbracke Alp[a] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Austria. Anjing pemburu bejar Alp dibiakbakakan untuk menjejak rusa terluka serta babi hutan, kelinci, dan rubah. Ia sangat cekap dalam mengikuti jejak walaupun sudah malis. Anjing pemburu bejar Alp adalah sangat teguh.

Anjing pemburu bejar Alp
Anjing pemburu bejar Alp
Nama lainDachsbracke Alp
Negara asalAustria
Trait
Berat 33–40 paun (15–18 kg)
Tinggi 13–16 inci (33–41 cm)
Bulu Padat, pendek, licin
Warna Merah rusa gelap, kadang-kadang bulu hitam
Jangka hayat Sekitar 12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Anjing kecil ini mempunyai kemiripan sedikit dengan dachshund, dengan tungkai pendek (namun lebih panjang daripada tungkai dachshund) dan tubuh panjang. Lapis bulunya padat, pendek, namun licin kecuali di bahagian ekor dan leher. Mata bulatnya mempunyai wajah bersemangat. Sebagai anjing sangat teguh, anjing pemburu bejar Alp jelas tegap dan mempunyai struktur bertulang besar.

Warna pilihan dalam pertandingan ialah merah rusa gelap dengan bulu hitam sedikit berselang-seli atau tanpa bulu hitam sedemikian. Hitam dengan tanda-tanda merah-perang di kepala, di dada, di tungkai, di kaki, dan di ekor juga diizinkan, serta bintang putih di dada (menurut American Rare Breed Association). Ketinggian unggul untuk anjing jantan ialah 37–38 cm (15–15 in) dan ketinggian unggul untuk anjing betina pula ialah 36–37 cm (14–15 in). Anggota dan kaki kuat, dengan cakar hitam dan jari ketat serta kulit kenyal kuat, merupakan ciri yang dicari oleh para hakim dalam pertandingan. Mereka juga mencari gaya jalan ligas. Lapis bulu atas patut sangat tebal, lapis bulu bawah pula padat, dan kedua-duanya rapat dengan tubuh.[1]

Anjing pemburu bejar Alp berukuran seberat 15–18 kg (33–40 lb) dan berdiri setinggi 34–42 cm (13–17 in) pada paras kelasa. Ia kerap dibandingkan dengan dachshund kerana kedua-duanya sangat serupa dari segi penampilan.

Perangai sunting

Baka ini yang digunakan secara cekap untuk menjejak rusa terluka dapat bekerja malah di rupa bumi mencabar dan di altitud tinggi. Ia dapat menjadi pendamping baik, walaupun ia terutamanya meruakan pemburu dan dibela kebanyakannya oleh para pemburu. Ia mempunyai keperibadian berani, mesra, dan cerdas. Kebanyakan anjing pemburu bejar Alp sangat baik dengan kanak-kanak dan baik juga dengan anjing dan haiwan peliharaan lain, walaupun mungkin menunjukkan kecenderungan pemangsaan kuat yang tipikal bagi banyak anjing pemburu bau.

Sejarah sunting

Dachsbracke Alp, seperti bracke lain, dapat dijejak kembali ke pertengahan abad ke-19. Dachsbracke dibiakbakakan untuk mengecil dengan menyilangkan anjing lebih besar dengan dachshund. Ia pernah menjadi kegemaran kerabat diraja Jerman. Semasa tahun 1880-an, dachsbracke Alp menemani Putera Mahkota Rudolf dari Habsburg dalam perjalanan perburuan ke Mesir dan ke Turki.

Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf anjing pemburu bejar Alp dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau, Seksyen 2, Hound Bercawak dengan anjing pemburu bau gunung Bavaria dan anjing pemburu bau Hanover[2][3] Satu-satu kelab kenel besar di dunia berbahasa Inggeris yang mengiktiraf anjing pemburu bejar Alp ialah United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau-nya, tetapi pihak mereka menggunakan piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4] Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran berdasarkan Internet.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بيجر ال‌ڤ; دکسبراکى ال‌ڤ; Jerman: alpenländische Dachsbracke; bahasa Inggeris: Alpine dachsbracke

Rujukan sunting

  1. ^ "Alpine Dachsbracke" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2010. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  2. ^ "FCI - Standard Nr. 254 ALPENLÄNDISCHE DACHSBRACKE" [Piawaian FCI No. 254 Anjing Pemburu Bejar Alp] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ "FCI-Standard N° 254 ALPENLÄNDISCHE DACHSBRACKE (Alpine Dachsbracke)" [Piawaian FCI No. 254 Anjing Pemburu Bejar Alp] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. 18 Jun 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ "United Kennel Club Alpine Dachsbracke" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2008. Dicapai pada 28 Disember 2023.