Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis

baka anjing dari Perancis

Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis[a] atau anjing pemburu bersaiz sederhana Inggeris-Perancis[b] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang digunakan dalam perburuan sebagai anjing pemburu bau, biasanya dalam kawanan. Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu Inggeris-Perancis yang dihasilkan melalui penyilangan anjing pemburu Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Bahagian nama aslinya petite vénerie tidak bermaksud bahawa anjing baka ini adalah petite atau kecil tetapi bahawa ia digunakan untuk memburu buruan kecil.

Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis
Seekor anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis
Nama lainAnjing pemburu bersaiz sederhana Inggeris-Perancis
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 48–56 cm (19–22 in)
Bulu pendek, padat, dan licin
Warna putih, hitam dan sawo matang cerah; hitam dan sawo matang pudar; putih dan jingga
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah dan kegunaan sunting

Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis dihasilkan daripada silangan antara anjing pemburu lama Inggeris-Perancis dengan harrier (beagle) dan anjing pemburu Poitou, adn juga dengan anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge dan anjing pemburu biru kecil Gascogne. Anjing pemburu Perancis mempunyai sejarah sangat panjang, dengan jenis-jenis tempatan bernama yang tercatat pada abad ke-16. Tidak seperti hound lebih besar, anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis tidak diniatkan untuk pemburuan buruan besar. Ia terutamanya digunakan dalam chasse-à-tir yang melibatkan kawanan (atau kadang-kadang anjing individu) yang mengelilingi haiwan buruan dan mengejarnya kembali ke arah pemburu yang menunggu.[1] Sebelum tahun 1978, baka ini dipanggil petit anglo-français ("anjing pemburu kecil Inggeris-Perancis") kerana ia merupakan anjing pemburu Inggeris-Perancis yang terkecil.

Baka ini diiktiraf di tanah airnya oleh Société Centrale Canine (Kelab Kenel Perancis)[2] dan di peringkat antarabangsa pada tahun 1983 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau.[3][4] Di Perancis, ia dibiakbakakan dan dibela terutamanya sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau anjing pertunjukan. Baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dengan pengiktirafan oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau-nya.[5]

Kesihatan dan perangai sunting

Oleh sebab anjing ini merupakan anjing pemburu aktif yang biasanya dibela dalam kawanan di kawasan luar bandar, ia mungkin tidak sesuai untuk kehidupan bandar atau kehidupan keluarga. Tiada masalah kesihatan spesifik baka yang didokumenkan, namun seperti semua baka bertelinga labuh, kawasan di bawah telinga terdedah kepada perkembangan jangkitan.[6]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بوروان کچيل ايڠݢريس-ڤرنچيس; Perancis: anglo-français de petite vénerie; anglo-français de petite vènerie
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو برساءيز سدرهان ايڠݢريس-ڤرنچيس; bahasa Inggeris: medium-sized Anglo-French hound

Rujukan sunting

  1. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 87. ISBN 0-87605-624-9.
  2. ^ "Société Centrale Canine, Anglo-Français de Petite Vénerie" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2012. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ "Standard FCI N° 325 ANGLO-FRANCAIS DE PETITE VENERIE" [Piawaian FCI No. 325 Anjing Pemburu Buruan Kecil Inggeris-Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). Dikemaskinikan oleh Dr. Paschoud. 28 April 1997. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ "FCI-Standard N° 325 ANGLO-FRANÇAIS DE PETITE VÉNERIE (Medium-Sized Anglo-French Hound)" [Piawaian FCI No. 325 Anjing Pemburu Buruan Kecil Inggeris-Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 28 April 1997. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  5. ^ "Breed Standards : Anglo Francais de Petite Venerie". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  6. ^ Dogs, the Ultimate Care Guide (Inggeris), oleh Matthew Hoffman, hlm. 412, Rodale Books, 19 Mei 2000, ISBN 1-57954-244-1

Pautan luar sunting