Anjing pemburu firaun
Anjing pemburu firaun atau anjing firaun (bahasa Inggeris: pharaoh hound ), atau anjing arnab (Malta: kelb tal-fenek ) ialah satu baka anjing dan hound kebangsaan negara Mediterranean Malta. Nama asalnya kelb tal-fenek (jamak: klieb tal-fenek) dalam bahasa Malta, yang bermaksud "anjing arnab". Anjing ini secara tradisional digunakan untuk memburu arnab di Kepulauan Malta.[1]
![]() Seekor anak anjing pemburu firaun jantan | ||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing firaun Anjing arnab | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Pharaoh | |||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Malta | |||||||||||||||||||||||||
Naungan | Great Britain | |||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
Catatan | Anjing kebangsaan Malta | |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Berdasarkan analisis DNA,[2] baka ini tidak mempunyai hubungan dengan Mesir Purba. Walau bagaimanapun, mitos popular menyatakan bahawa baka ini diturunkan daripada tesem, satu daripada anjing pemburu Mesir purba. Sesetengah percaya bahawa ada persamaan antara baka ini dengan imej anjing yang ditemui di dinding makam Mesir purba. Mitos ini mencadangkan bahawa anjing pemburu firaun dibawa oleh orang Phoenicia ke Malta, dan wujud selama melebihi 2,000 tahun.[3]
Baka ini telah dikelaskan sebagai ahli kumpulan anjing pemburu penglihatan.[4]
Rujukan Sunting
- ^ "Kelb tal-Fenek - National Hound of Malta". Kelb-tal-fenek.de. Dicapai pada 16 November 2011.
- ^ Parker, Heidi. et al. 2004 “Genetic Structure of the Purebred Domestic Dog”. Science 304, 1160
- ^ "About the Breed". Kelab Anjing Pemburu Firaun Amerika Syarikat. 2013.
- ^ "Fieldwork Description". Kelb tal-Fenek. Dicapai pada 16 November 2011.
Pautan luar Sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu firaun |