Anjing pemburu rusa Scotland

baka anjing dari Scotland
(Dilencongkan dari Anjing pemburu rusa)

Anjing pemburu rusa Scotland[a] atau hanya anjing pemburu rusa[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan besar Scotland yang pernah dibiakbakakan untuk memburu rusa merah dengan coursing. Dari segi penampilan luaran, ia serupa dengan grehaun Inggeris, tetapi lebih besar dan lebih bertulang dengan lapis bulu kasar.

Anjing pemburu rusa Scotland
Nama lainAnjing pemburu rusa
Negara asalScotland
Trait
Berat Jantan ≈ 100 paun (45 kg)
Betina ≈ 80 paun (36 kg)
Tinggi Jantan minimum 30 inci (76 cm)
Betina minimum 28 inci (71 cm)
Bulu mirip dawai
Warna biru-kelabu, kelabu, brindle, kuning, merah pasir atau perang kekuning-kuningan merah dengan titik-titik hitam; putih pada dada, jari kaki, dan hujung ekor diizinkan
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Hilton of Cadboll Stone bertarikh dari sekitar 1,200 tahun lalu dan menggambarkan, di bahagian bawah panel, seekor rusa yang sedang dikejar oleh dua ekor anjing besar dan dua orang penunggang kuda bersenjata.[1] Walau bagaimanapun, zooarkeologi dan genetik sistematik masih belum menunjukkan sebarang hubungan antara perwakilan simbolik bagi jenis-jenis anjing dengan baka moden, yang hanya dikenali secara meluas sebagai Scottish Deerhound ("anjing pemburu rusa Scotland") yang berkaitan dengan grehaun rantauan Inggeris, seperti grehaun Tanah Tinggi pada awal abad ke-19.[2] Deerhound pada zaman dahulu dipercayai diturunkan daripada anjing pemburu lama Gael, dan oleh itu berkait rapat dengan anjing pemburu serigala Ireland.[3] Ia sebenarnya merupakan baka asas utama pada akhir abad ke-19 bagi anjing pemburu serigala Ireland moden.

Deerhound dibiakbakakan untuk memburu rusa merah dengan coursing dan penghendapan rusa[4][5] sehingga penghujung abad kesembilan belas. Dengan raifal moden dan hutan rusa lebih kecil, anjing penjejak lebih perlahan lebih diutamakan daripada deerhound yang pantas dan berlari jauh. Dalam coursing rusa, deerhound tunggal atau sepasang deerhound dibawa sedekat yang mungkin dengan rusa merah, kemudian dilepaskan untuk berlari dan menumbangkan salah seekor dengan kelajuan, yang, jika berjaya, terjadi dalam beberapa minit[4] — jarang sekali terdapat pengejaran berterusan berjaya.

Dengan penghapusan sistem klan di Scotland, anjing pemburu ini menjadi haiwan sukan untuk tuan tanah dan kebangsawanan, tetapi juga dibiakbakakan dan dijadikan teman perburuan oleh orang kebanyakan apabila berkemampuan. Sebagai pemburu pantas dan senyap, ia melakukan kerja pantas terhadap sebarang buruan bersaiz kelinci atau lebih besar dan dipandang tinggi oleh kebangsawanan dan pemburu haram. Salah satu masa paling tidak menentu dalam sejarah baka ini kelihatanya telah berlaku pada penghujung abad kesembilan belas, semasa banyak estet besar di Scotland dipecahkan menjadi estet kecil untuk tujuan sukan, dan hanya sedikit orang membela deerhound. Fesyen baharu ialah penghendapan dan penembakan, yang hanya memerlukan anjing penjejak yang mengikuti haiwan tercedera, dengan menggunakan collie atau baka serupa. Walaupun beberapa bidang estet masih menggunakan deerhound untuk kerja aslinya, baka ini diserahkan kepada segelintir penggemar yang menjadikannya baka pertunjukan.[perlu rujukan]

Teddy Roosevelt menulis bahawa sesetengah pemburu Kanada dan Amerika menggunakan "grehaun, sama ada berbulu licin, atau anjing pemburu rusa Scotch berlapis bulu kasar" terhadap serigala[6] dan rusa.[7] Dr. Q van Hummell turut mengulas mengenai kawanan deerhound beliau yang digunakan terhadap serigala balak dan koyote.[8] Di Australia, deerhound dan baka silangnya seperti anjing kanggaru dahulunya telah digunakan untuk memburu kanggaru serta babi hutan,[9] penerangan moden tentang perburuan sedemikian dengan deerhound terhadap kanggaru dan emu telah dicatatkan oleh Kenneth Cassels.[10]

Perihal sunting

 
Anjing juara milik Pn. Armstrong, "Talisman", pada sekitar 1910

Dari segi penampilan luaran, anjing pemburu rusa Scotland adalah serupa dengan grehaun Inggeris, tetapi lebih besar dan bertulang lebih berat. Walau bagaimanapun, deerhound mempunyai sebilangan ciri yang membezakan kedua-duanya. Walaupun tidak sepantas grehaun pada permukaan licin dan kukuh, sebaik keadaan menjadi mencabar, ia mampu mengatasi grehaun. Persekitaran tempat kerjanya, glen berbukit-bukau di Tanah Tinggi Scotland yang sejuk dan kerap basah, menyumbang kepada penampilan lebih besar dan berlapis bulu kasar bagi baka ini.[perlu rujukan]

Anjing pemburu rusa Scotland menyerupai grehaun berlapis bulu kasar. Walau bagaimanapun, ia lebih besar dari segi saiz dan tulang. Ketinggian minimum yang diingini pada paras kelasa bagi jantan ialah 30 inci (76 cm) atau lebih dengan berat 85–110 paun (39–50 kg); ketinggian betina pula ialah 28 inci (71 cm) ke atas dan beratnya ialah 75–95 paun (34–43 kg). Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu penglihatan paling tinggi, dengan lapis bulu dan surai kasar sepanjang 3–4-inci (7.6–10 cm), janggut dan misai agak lebih lembut, dan bulu lebih lembut pada dada dan perut. Ia mempunyai telinga "mawar" gelap kecil yang lembut dan terlipat ke belakang pada kepala melainkan terangkat separa menegak dalam keterujaan.[11]

Lapis bulu kasar mirip dawai pada anjing moden hanya terlihat dengan pelbagai cahaya berwarna sendiri bagi kelabu (kelabu-biru diutamakan). Dari segi sejarah, deerhound juga dapat terlihat dengan lapis bulu brindle, kuning, dan perang kekuning-kuningan merah sejati, atau gabungan.[11] Lukisan-lukisan Scotland abad ke-19 cenderung untuk menunjukkan bahawa warna-warna ini dikaitkan dengan lapis bulu berbulu dawai, tetapi, dengan para pembiak baka pertunjukan yang lebih memilih lapis bulu gelap lebih panjang, gen-gen ini kini kelihatannya hilang. Ahli genetik R. Jödicke berkata – Semasa abad ke-20, deerhound ber-evolusi menjadi baka berwarna tunggal melalui pemilihan untuk lapis bulu kelabu. Sesetengah warna lapis bulu lain didokumenkan dalam sumber-sumber bersejarah tetapi tentu telah hilang.[12] Warna terkini bagi deerhound dewasa menunjukkan sedikit variasi, iaitu dalam tahap kegelapan warna kelabu dan kehadiran cahaya warna perang kekuning-kuningan. Secara keseluruhannya, deerhound mesti dicirikan sebagai baka dengan pewarnaan paling seragam antara semua anjing pemburu penglihatan.[12] Dada dan jari kaki putih diizinkan dan hujung putih sedikit ke ekor; takik putih pada kepala atau kolar putih tidak diterima.[perlu rujukan]

Kepalanya panjang, tengkoraknya rata, dengan sedikit stop dan muncung menirus. Matanya gelap, berwarna perang gelap atau hazel. Giginya patut membentuk gigitan gunting lengkap separas. Ekor panjang lurus atau melengkung, yang dilitupi dengan bulu, patut hampir mencecah tanah.[11]

 

Kesihatan sunting

 
Berlari

Tinjauan yang dijalankan oleh British Small Animal Veterinary Association daripada anggota kelab baka beriktiraf The Kennel Club mendapati purata jangka hayat 8 tahun 8 bulan untuk baka ini, kurang daripada purata 11 tahun 3 bulan secara keseluruhan. Punca paling umum bagi kematian ialah keadaan berkaitan jantung yang merangkumi hampir suku daripada semua kematian. Yang kedua paling umum ialah kanser yang membentuk 18% daripada jumlah kematian.[13]

Kajian makmal telah mengasaskan selang rujukan untuk hematologi dan profil biokimia serum pada anjing pemburu rusa yang sebahagian daripadanya dikongsi oleh semua anjing pemburu penglihatan dan sebahagian daripadanya mungkin unik untuk baka ini.[14]

Kardiomiopati terdilat mempunyai prevalens lebih tinggi pada anjing pemburu rusa Scotland.[15] Dalam sebuah kajian Amerika, 6% daripada populasi anjing pemburu rusa Scotland menghidap keadaan ini, yang tertinggi daripada mana-mana baka.[16]

Anjing pemburu rusa Scotland terkenal sunting

 
Anjing pemburu rusa milik Sir Walter Scott, Maida, disertakan dalam patung beliau di Perth, Scotland.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روسا; bahasa Inggeris: deerhound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روسا سکوتلند; bahasa Inggeris: Scottish deerhound

Rujukan sunting

  1. ^ "Hilton of Cadboll stone". nms.ac.uk (dalam bahasa Inggeris). National Museum of Scotland. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  2. ^ Brown, T. (1829). Biographical sketches and authentic anecdotes of dogs (dalam bahasa Inggeris). m/s. 95.
  3. ^ Bell, E. Winston (5 Mac 2013). The Scottish Deerhound With Notes On Its Origin And Characteristics (dalam bahasa Inggeris). Read Books Ltd. m/s. 24–25. ISBN 978-1-4474-8889-7.
  4. ^ a b Macrae, Alexander (1880). A Handbook of Deer-stalking (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh: William Blackwood. m/s. 91.
  5. ^ Davenport, W. Bromley (1885). "Sport" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  6. ^ Roosevelt, T. (1908). Hunting the grisly and other sketches (dalam bahasa Inggeris). New York. m/s. 194–95.
  7. ^ Roosevelt, T.; Remington, F. (2009). Ranch life and the hunting trail (dalam bahasa Inggeris). Courier Corporation. m/s. 140–143.
  8. ^ Shields, G. O., penyunting (1891). The American book of the dog (dalam bahasa Inggeris). m/s. 185–187.
  9. ^ Arthur, J. K. (1894). Kangaroo and Kauri: Sketches and Anecdotes of Australia and New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Sampson Low, Marston. m/s. 71–100.
  10. ^ Cassels, K.A.H. (1997). A Most Perfect Creature of Heaven: The Scottish Deerhound (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ a b c "Scottish Deerhound Standard" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  12. ^ a b Jödicke, R., Coat Colour Inheritance in the Deerhound (Inggeris). The Claymore Newsletter of the Scottish Deerhound Club of America January/February 1992 hlm. 16–18
  13. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. PMID 21029096.
  14. ^ K. N. Sheerer; C. G. Couto; L. M. Marin; S. Zaldívar-Lopez; M. C. Iazbik; J. E. Dillberger; M. Frye; D. B. DeNicola (Julai 2013). "Haematological and biochemical values in North American Scottish deerhounds". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 54 (7): 354–360. doi:10.1111/jsap.12086. PMID 23718887.
  15. ^ O'Grady, Michael R.; O'Sullivan, M.Lynne (2004). "Dilated cardiomyopathy: an update". Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 34 (5): 1187–1207. doi:10.1016/j.cvsm.2004.05.009. PMID 15325477.
  16. ^ Fox, Philip R.; Sisson, David; Moïse, N. Sydney (1999). Textbook of Canine and Feline Cardiology (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-7216-4044-0.
  17. ^ Dinesen, Isak (1937). Out of Africa (dalam bahasa Inggeris). m/s. 308.
  18. ^ Dinesen, Isak (1981). Letters from Africa, 1914–1931 (dalam bahasa Inggeris). m/s. 13, 14, 24, 45, 46, 48, 65, 80–82.
  19. ^ Dinesen, Isak (1960–1961). Shadows on the Grass (dalam bahasa Inggeris). m/s. 58, 60.

Bacaan lanjut sunting

  • Almirall, Leon V. Canines and Coyotes (Inggeris). Caldwell, Id.: The Caxton Printers, Ltd., 1941.
  • Barret, Kay. Living with Deerhounds (Inggeris) [1]
  • Bell, Weston. The Scottish Deerhound (Inggeris). 1892. (Dicetak semula oleh Hoflin Publishing Inc., 4401 Sephyr St., Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat 80003.)
  • Benbow, Audrey. How To Raise and Train A Scottish Deerhound (Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H.Publications, 1965, 1993.
  • Blaze, Elzear and Byng Hall, Herbert The Sportsman and His Dog (Inggeris) London, United Kingdom: Darling 1850 [2]
  • Cassels, Kenneth. A Most Perfect Creature of Heaven: The Scottish Deerhound (Inggeris). K.A.H.Cassels, 1997.
  • Crealock, Lt.-General Henry Hope. Deerstalking in the Highlands of Scotland (Inggeris). London, United Kingdom: Longmans & Green, 1892.
  • Cunliffe, Juliette. Deerhound (Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpret Publishing, 2002.
  • Cupples, George. Scotch Deerhounds and their Masters (Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: William Blackwood, 1892. (Dicetak semula pada 1978 oleh Hoflin Publishing Inc.)
  • Dalziel, Hugh. British Dogs – Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management And Exhibition (Inggeris) London, United Kingdom: The Bazaar Office sekitar 1879 [3]
  • Grimble, Augustus. Deer-stalking (Inggeris) London, United Kingdom: Chapman & Hall 1886 [4]
  • Hart-Davis, Duff. Monarchs of the Glen: A History of Deer-stalking in the Scottish Highlands (Inggeris). J. Cape, 1978.
  • Hartley, A.N. The Deerhound (Inggeris). 1986. (Tersedia daripada Scottish Deerhound Club of America dan Deerhound Club (United Kingdom))
  • Macrae, Alexander. A Handbook of Deer-stalking (Inggeris) Edinburgh, United Kingdom: William Blackwood 1880 [5]
  • Scrope, William. The Art of Deer-stalking (Inggeris). London, United Kingdom: John Murray 1839.[6]
  • Shaw, Vero. The Illustrated Book of the Dog (Inggeris). London, United Kingdom: Cassell 1881 [7]
  • St. John, Charles. Sketches of the Wild Sports & Natural History of the Highlands (Inggeris) London, United Kingdom: John Murray 1878 [8]
  • Van Hummell: "The Deerhound" (Inggeris), dalam The American Book of the Dog Penyunting George O. Shields. Chicago, Amerika Syarikat: Rand Mcnally 1891 [9]