Anjing pengutip keemasan

Anjing pengutip keemasan (bahasa Inggeris: golden retriever dog) ialah satu baka anjing bersaiz besar. Ia dibiakbakakan sebagai gundog untuk mengutip unggas air yang ditembak seperti itik dan burung perburuan tanah tinggi semasa pemburuan dan penembakan,[1] dan dinamai anjing "pengutip" kerana kebolehannya untuk mengutip hasil buruan yang tertembak tanpa kerosakan. Anjing pemburu keemasan mempunyai cinta kenalutfrian akan air, dan mudah dilatih hingga piawaian kepatuhan asasi atau lanjut. Ia merupakan baka berbulu panjang, dengan bulu dalaman yang tumpat yang memberinya kehangatan di luar, dan bulu luaran yang terletak rata pada badannya dan menghalang air. Anjing pengutip cukup tersesuai dirinya terhadap kawasan perumahan dalam persekitaran luar bandar atau desa. Sungguhpun ia memerlukan senaman luar yang cukup banyak, ia patut berada di dalam kawasan berpagar kerana kecenderungan kenalurian untuk merayau-rayau.[2] Anjing ini bersalin bulu melimpah-ruah, terutamanya pada perubahan musim, dan memerlukan penjagaan bulu yang agak nalar.

Anjing pengutip keemasan
Negara asalScotland
Trait
Berat Jantan Purata 29–34 kg (64–75 lb)
Betina Purata 27–32 kg (60–71 lb)
Tinggi Jantan 58–61 cm (23–24 in)
Betina 55–57 cm (22–22 in)
Bulu Lurus atau agak berombak-ombak
Warna Mana-mana warna emas atau krim
Jangka hayat Purata 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baka ini ialah peserta utama dalam pertunjukan pengakuran untuk anjing baka tulen. Kecerdasan anjing pengutip keemasan menjadikannya baka serba boleh dan membolehkannya untuk mengisi keragaman peranan – kebiasaannya merupakan anjing pandu untuk yang buta, anjing mendengar untuk yang tuli, anjing pemburu, anjing penghidu, dan peserta pencarian dan penyelamatan. Perangai yang ramah dan lemah lembut baka ini bererti bahawa ia tidak sesuai untuk menjadi anjing pengawal profesional, tetapi perangainya juga telah menajdikannya yang baka anjing ketiga paling popular (mengikut pendaftaran) di Amerika Syarikat,[3] kelima paling popular di Australia,[4] dan kelapan paling popular di United Kingdom.[5] Anjing pengutip keemasan jarang menjadi pemakan cerewet, tetapi memerlukan senaman yang cukup (selama dua jam atau lebih dalam sehari).[6] Baka ini suka bermain tetapi juga sangat mudah dilatih.

Rujukan sunting

  1. ^ Sporting Breeds: Golden Retriever. Animal Forum.com. Dicapai pada 30 November 2007.
  2. ^ Dogs In Canada Annual Magazine (keluaran 2010)
  3. ^ AKC Dog Registration Statistics. AKC.org Capaian 20 Julai 2011.
  4. ^ "Pedigree Dogs Exposed – FAQ". RSPCA Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-22. Dicapai pada 3 Ogos 2010.
  5. ^ "Top twenty breeds in registration order for the years 2008 and 2009" (PDF). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-16. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
  6. ^ The Kennel Club (2013). Breed information centre – Retriever (Golden). Dicapai pada 23 Ogos 2013.

Pautan luar sunting