Anjing penjejak Rusia

Anjing penjejak Rusia (bahasa Inggeris: Russian tracker dog) atau anjing pengutip Rusia (bahasa Inggeris: Russian retriever dog)[1] ialah satu baka anjing bela jinak yang telah pupus.[2] Masa kepupusan baka ini tidak dipastikan; ia masih boleh dijumpai pada hujung 1800-an. Anjing penjejak ini berasal usul Rusia Asia. Ia digunakan selama beratus-ratus tahun untuk melindungi dan menggembala kawanan biri-biri orang Indo-Arya di Pergunungan Kaukasus yang dibadai angin dan dilitupi salji.

Anjing penjejak Rusia
Anjing pengutip Rusia kuning
Nama lainAnjing pengutip Rusia
Anjing pengutip Rusia kuning
Negara asalRusia
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penjejak ini merupakan anjing besar, kadang-kadang berdiri setinggi 30 in (76 cm) pada paras bahu dan berberat 100 lb (45 kg) atau lebih. Sungguhpun perkadarannya yang kelihatan besar dan memakan ruang, ia adalah cukup pantas dan boleh lentur untuk menghalau serigala dan pemangsa lain yang mengancam biri-birinya. Ia mempunyai bulu dua lapis tebal, berwarna tafi yang melindunginya daripada kedua-dua cuaca teruk dan hidupan liar. Selain kehandalan fizikalnya, anjing gunung ini juga mempunyai daya fikir luar biasa. Ia sangat bijak dan menurut legenda berupaya, sehingga mampu menjaga kawanannya hidup-hidup selama berbulan-bulan tanpa bantuan manusia.

Baka ini pada sesetengah tahap berkaitan dengan dan mungkin berkata seerti dengan "anjing pengutip Rusia kuning", yang berukuran 28 in (71 cm) dan 90 lb (41 kg).[3][4][5][A] Baka itu dikatakan digunakan untuk penjejakan rusa cedera.[3] Keturunan terdekat anjing penjejak Rusia ialah anjing pengutip keemasan;[1][6] walau bagaimanapun, anjing pengutip berbulu rata dan sebilangan seter juga dipercayai membawa darah anjing penjejak Rusia.[3][4][7][8]

Bibliografi sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ One source takes issue with Mason's inclusion of the breed in his work, and essentially suggests that the facts were mischaracterized or distorted. He claims that Russian mountain dogs are not part of the lineage of Golden Retrievers, although Russian circus dogs might have been.retrieverman (1 Mei 2010). "Yellow Retriever". The Retriever, Dog, & Wildlife Blog. Dicapai pada 10 Oktober 2012. Another source flatly states that the Russian circus dog/Golden Retriever connection is a "myth." "Golden Retrievers: History". K9web.com. Dicapai pada 13 Oktober 2012.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "golden retriever". Encyclopædia Britannica, Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica Inc. 2012. Dicapai pada 11 Oktober 2012.
  2. ^ Wells, Reginald (14 Februari 1955). "This Chart Shows The Family Tree Of 119 Different Breeds Of Dogs". Sports Illustrated. 2 (7). Dicapai pada 13 Oktober 2012.
  3. ^ a b c Mason, Walter Esplin (1867- ) (1915). Dogs of All Nations. m/s. 88. Dicapai pada 10 Oktober 2012. di Arkib Internet
  4. ^ a b retrieverman (1 Mei 2010). "Yellow Retriever". The Retriever, Dog, & Wildlife Blog. Dicapai pada 10 Oktober 2012.
  5. ^ "Golden Retrievers: History". K9web.com. Dicapai pada 13 Oktober 2012.
  6. ^ But see Fox-Strangways, Walter Angelo, The Earl of Ilchester (25 Julai 1952). "Origin of the Yellow Retriever". Country Life Magazine (England). Golden Retriever Cub of America. Dicapai pada 13 Oktober 2012.
  7. ^ Jones, Arthur Frederick (1950). Care and Training of Dogs. Pocket Books.
  8. ^ Jones, Arthur Frederick; Rendel, John Jones; Chandoha, Walter, Photographs (1964). The Treasury of Dogs (Paperback) |format= requires |url= (bantuan).

Bacaan lanjut sunting