Anjing penuding lama Denmark

baka anjing dari Denmark
(Dilencongkan dari Anjing penuding Denmark lama)

Anjing penuding lama Denmark[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana, putih dengan tanda-tanda perang, yang pada asalnya digunakan sebagai anjing penuding di Denmark.

Anjing penuding lama Denmark
Anjing penuding lama Denmark
Nama lainAnjing burung lama Denmark
Negara asalDenmark
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Anjing penuding lama Denmark terbina dengan kukuh. Salah satu ciri paling menawan bagi baka ini ialah perbezaan besar antara jantan dengan betina. Walaupun anjing ini berkuasa dan besar, betinanya berciri lebih ringan, lebih bersemangat, dan tidak menentu.

 
Kepala anjing penuding lama Denmark
  • Ketinggian pada paras kelasa:
    • Jantan 54–60 cm (21–24 in), di atas 56 cm (22 in) lebih diutamakan
    • Betina 50–56 cm (20–22 in), di atas 52 cm (20 in) lebih diutamakan
  • Berat:
    • Jantan 30–35 kg (66–77 lb)
    • Betina 26–31 kg (57–68 lb)

Perangai sunting

Penampilannya menyampaikan kesan anjing tenang dan stabil yang menunjukkan ketekunan dan keberanian. Semasa perburuan, anjing ini berjalan dengan agak perlahan dan sentiasa mengekalkan hubungan dengan pemburu dan menyelesaikan tugasnya sebagai anjing penuding tanpa menimbulkan gangguan tidak wajar di lapangan. Baka ini sesuai untuk lapangan perburuan kecil dan besar. Namanya tidak berkaitan dengan perangai, tetapi merujuk keupayaannya untuk menuding burung daripada order Galliformes dan khususnya burung yang tergolong dalam keluarga Phasianidae.

Ini ialah anjing keluarga ramah, selagi mendapatkan senaman. Ia pantas dan aktif di ruangan luaran dan tenang di ruangan dalaman, tetapi tidak sesuai untuk pangsapuri atau halaman kecil.

Sejarah sunting

 
Anjing penuding Denmark sekitar 1915

Anjing penuding lama Denmark bertarikh kembali ke abad ke-17 dan diturunkan daripada anjing penuding Sepanyol.[1]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ لام دينمرک; Denmark: gammel dansk hønsehund; bahasa Inggeris: old Danish pointing dog; old Danish pointer

Rujukan sunting

  1. ^ Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 274. ISBN 1-57076-219-8.