Anjing penuding Saint-Germain

baka anjing dari Perancis

Anjing penuding Saint-Germain[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang merupakan pemburu serba guna yang digunakan untuk perburuan sebagai gundog dan anjing penuding serta untuk pemburuan buruan kecil lain. Baka ini dihasilkan pada sekitar tahun 1830 dengan penyilangan baka-baka anjing jenis penuding Inggeris dan Perancis.

Anjing penuding Saint-Germain
Anjing penuding Saint-Germain
Trait
Tinggi Jantan 56–62 cm (22–24 in)
Betina 54–59 cm (21–23 in)
Bulu Pendek, tidak terlalu halus
Warna Putih pudar dengan tanda-tanda jingga (perang kekuning-kuningan)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

Anjing ini ialah anjing penuding tipikal dengan binaan sederhana dan lapis bulu perang kekuning-kuningan dan putih menarik, telinga labuh, dan ekor panjang yang terangkat separas semasa anjing bekerja. Anjing penuding Saint-Germain berdiri setinggi 56–62 sentimeter (22–24 in) pada paras kelasa dengan betina yang agak lebih kecil.

Sejarah sunting

 
Anjing penuding Saint-Germain, sekitar 1915

Setelah dibiakbakakan pertama kali di kenel diraja di Compiègne pada sekitar tahun 1830 daripada kacukan anjing penuding Inggeris dan benua, baka ini semakin masyhur di Saint-Germain-en-Laye, tempat yang menyumbangkan namanya. Walaupun sebagai anjing pemburu popular, baka ini mencapai kemasyhuran terbesarnya sebagai anjing pertunjukan. Bermula daripada pertunjukan anjing pertama di Perancis pada tahun 1863, ia merupakan baka anjing penuding paling banyak ditunjukkan.[1][2] Kelab baka Perancis diasaskan pada tahun 1913. Baka ini diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 7, Anjing Penuding, Seksyen 1.1 Anjing Penuding Jenis Benua. Ia juga diiktiraf di Amerika Utara oleh United Kennel Club setakat tahun 2006.[3] Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab pemburu, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berasaskan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai sunting

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwanan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangainya diperihalkan dalam piawaian baka sebagai perangan yang mempunyai mulut lembut (untuk mengutip tanpa merosakkan buruan), mengendalikan layanan kasar dengan baik, dan menjadi "pemburu di atas segalanya" yang menghargai kehidupan bersama dengan keluarga manusianya.[1][2]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ سين-جيرمين; Perancis: braque saint-germain; bahasa Inggeris: Saint-Germain pointing dog; Saint-Germain pointer

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Standard FCI N° 115 BRAQUE SAINT GERMAIN" [Piawaian FCI No. 115 Anjing Penuding Saint-Germain] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 19 September 2023. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 115 BRAQUE SAINT-GERMAIN (Saint Germain Pointer)" [Piawaian FCI No. 115 Anjing Penuding Saint-Germain] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. 19 September 2023. Dicapai pada 4 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ United Kennel Club Breed Standard (Inggeris) Diarkibkan 22 Januari 2009 di Wayback Machine

Pautan luar sunting