Anjing penuding berbulu panjang Jerman
Anjing penuding berbulu panjang Jerman[a] ialah satu baka anjing. Ia dikembangkan di Jerman dan digunakan sebagai gundog serba guna. Ia berkait rapat dengan sepupunya, anjing penuding berbulu pendek Jerman, anjing penuding berbulu dawai Jerman, dan anjing penuding besar Münster, yang dahulunya merupakan sebahagian daripada baka ini.
Nama lain | Langhaar | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | GLP | ||||||||||||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingAnjing penuding berbulu panjang Jerman patut berotot, anggun, dan atletik. Ia tidak patut besar atau memakan ruang, dan ia patut mampu bergerak dengan kelajuan dan kebebasan tinggi. Ia mempunyai tulang sederhana, tetapi mempunyai isi, dan tidak boleh kelihatan rapuh atau lemah. Seperti semua anjing penuding Jerman, mereka mempunyai kaki renang. Anak anjing pada tahun-tahun awal mesti dipantau untuk agresi.
Bulu dan warna
suntingLapis bulunya sederhana panjang, kira-kira sepanjang 3–5 cm (1.2–2.0 in) pada tubuh, dengan jumbai agak lebih panjang. Lapis bulunya beralun sedikit, tetapi tidak boleh keriting. Lapis bulunya tidak seperti sutera atau lembut, tetapi lebih kukuh dan berkilat. Ia sentiasa mempunyai lapis bulu ganda, dengan lapis bulu bawah yang agak padat, tetapi tidak terlalu lebat sehingga menyebabkan rerambut pengawal menonjol dari tubuh. Warnanya ialah perang padu dengan putih yang diizinkan pada dada, kaki, dan menuruni bahagian atas muncung, atau perang kemerah-merahan gelap, dengan tompok-tompok perang padu besar, terutamanya pada kepala, telinga, belakang, dan pangkal ekor.
Saiz
suntingAnjing penuding berbulu panjang Jerman adalah setinggi 60–70 cm (24–28 in) pada paras kelasa untuk jantan dan 58–66 cm (23–26 in) untuk betina. Beratnya hampir-hampir 30 kilogram (66 lb).
Gaya jalan
suntingLangkah patut panjang dan bebas, dengan dorongan kuat daripada sukuan belakang, dan jangkauan bagus dari hadapan.
Perangai
suntingAnjing penuding berbulu panjang Jerman ialah baka baik hati, lemah lembut, ramah, dan cerdas. Ia sangat penyayang dan mungkin mengalami kebimbangan perpisahan. Ia hanya sesuai sebagai haiwan peliharaan apabila disenamkan dengan betul, kerana ia memerlukan "tugas" untuk dilakukan, dan tidak menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehidupan tidak aktif. Anjing penuding berbulu panjang Jerman ialah haiwan peliharaan keluarga cemerlang, kerana ia suka bermain dengan kanak-kanak. Ia sangat mudah bergaul dengan anjing.
Penjagaan
suntingAnjing penuding berbulu panjang Jerman sangat mudah dilatih dan suka bekerja. Oleh sebab ini, ia memerlukan jumlah besar senaman setiap hari sehingga memerlukan lebih daripada yang dapat diberikan oleh kebanyakan pemilik haiwan peliharaan. Ia tidak sesuai untuk kehidupan bandar, kerana ia mempunyai banyak ruang untuk berlari dan berenang. Latar unggulnya adalah di kawasan luar bandar, dengan pemilik aktif yang berburu dengan anjing secara tetap. Anjing penuding berbulu panjang Jerman memerlukan jumlah sederhana bagi penjagaan bulu kira-kira sekali atau dua kali seminggu. Ia amat cerdas, sangat mudah dilatih, dan atletik, iaitu trait-trait yang menjadikannya sesuai untuk banyak sukan anjing, terutamanya ujian padang, kepatuhan, dan ketangkasan.
Kesihatan
suntingOleh sebab ia agak jarang di kebanyakan bahagian dunia, anjing penuding berbulu panjang Jerman tidak menguntungkan pembiak baka tidak bertanggungjawab seperti kilang anak anjing dan pembiak baka laman belakang dan tidak mempunyai sebarang gangguan genetik yang prevalent pada baka ini. Telinganya sedikit terdedah kepada jangkitan, iaitu masalah yang mudah dielakkan dengan membersihkan telinga anjing berkenaan secara berkala, serta selepas berenang.
Sejarah
suntingAnjing penuding berbulu panjang Jerman dikembangkan di Jerman untuk kegunaan sebagai anjing penuding.[1] Ia pada asalnya merupakan anjing agak perlahan dan disilangkan dengan seter dan anjing penuding Inggeris pada abad ke-19 untuk memperbaik kelajuan. Ia sangat degil dan berperangai dan sejak itu telah dibiakbakakan untuk perangai mantap dan ramah. Ia pertama kali ditunjukkan pada tahun 1878 di Frankfurt. Pada masa itu juga, piawaian baka pertama dikarang. Para pembiak baka kemudian mula menumpukan usaha mereka untuk menghasilkan anjing yang berprestasi sama baik di padang dan dalam gelanggang pertunjukan, usaha yang diteruskan oleh para pembiak baka kini.[1][2]
Fungsi menjadi lebih diutamakan berbanding dengan bentuk. Seperti yang ditulis oleh Karl Brandt, pakar awal dan ahli teori tentang baka ini dan pendahulunya, dalam llustrierten Jagdzeitung (1883) bahawa: "Dalam pertandingan (ujian) padang, yang patut menjadi sebahagian daripada atur cara pembiakbakaan, anjing diharapkan membuktikan bahawa ia belum kehilangan kebolehan perburuan semula jadinya semasa tahun-tahun semasa hanya rupa menentukan pembiakbakaan" (iaitu, sebelum tahun 1878.)[3] lima ekor bapa salasilah, yang membentuk susur galur berasingan namun selari, berada dalam baka bulu panjang.[3]
Seperti kebanyakan baka anjing penuding berbulu panjang, baka ini diturunkan daripada spaniel penuding. Sebagai salah satu daripada "baka serba guna" tertua, ia bukan salah satu daripada sedikit yang tidak mengizinkan hitam sebagai warna.[4] Anjing penuding besar Münster telah dikembangkan daripada anjing penuding berbulu panjang Jerman selepas keputusan dibuat agar anjing penuding berbulu panjang Jerman mesti berwarna perang dan putih sahaja (terdapat pemikiran bahawa pewarnaan juga melibatkan sesetengah ciri yang tidak diingini); strain hitam dan putih menjadi leluhur bagi anjing penuding besar Münster.[3][5]
Baka ini kini ialah anjing padang pelbagai guna yang menggabungkan: anjing penuding, anjing penuding (termasuk kerja air), seter, dan anjing penjejak (buruan tercedera).[1][4]
Susur galur pembiakbakaan telah dicatatkan dalam Khidmat Ternakan Asasi sejak Mei 2010; dan berkuat kuasa 1 Julai 2011, baka ini diluluskan untuk bertanding dalam Acara Prestasi AKC.[4]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو ڤنجڠ جرمن ; Jerman: deutscher langhaariger Vorstehhund; Deutsch Langhaar ; bahasa Inggeris: German long-haired pointing dog; German longhaired pointer; German long-haired pointer
Rujukan
sunting- ^ a b c Koshyk, Craig. "The Pointing Dog Breed of the Week: German Longhaired Pointer" [Baka Anjing Penuding Minggu Ini: Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "German Long Haired Pointer — Official UKC Breed Standard" [Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman — Piawaian Baka Rasmi UKC] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 2006. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ a b c "History and Country of Origin" [Sejarah dan Negara Asal] (dalam bahasa Inggeris). German Longhaired Pointer Club. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ a b c "Meet the German Longhaired Pointer" [Kenali Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Large Munsterlander History" [Sejarah Anjing Besar Münster] (dalam bahasa Inggeris). Large Munsterlander Association of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing penuding berbulu panjang Jerman |
- Kelab Anjing Penuding Berbulu Panjang Jerman (dalam bahasa Inggeris)