Anjing rakun (Nyctereutes procyonoides, daripada perkataan bahasa Yunani nukt-, "malam" + ereutēs, "perayau" + prokuōn, "sebelum anjing, praanjing" [tetapi dalam bahasa Latin Baru digunakan untuk memaksudkan "rakun"] + -oidēs, "-oid"), juga dikenali sebagai magnut[2] atau tanuki, ialah sejenis canid yang asli di Asia Timur. Ia merupakan satu-satu spesies ekstan dalam genus Nyctereutes. Ia dianggap sebagai spesies canid basal, menyerupai bentuk leluhur bagi keluarga. Sesama Canidae, anjing rakun mengongsi tabiat kerap memanjat pokok hanya dengan rubah kelabu Amerika Utara, satu lagi spesies basal.[3][4][5] Anjing rakun dinamai sempena keserupaannya dengan rakun (Procyon lotor), yang dengannya anjing rakun tidak berkait rapat.

Anjing rakun
Anjing rakun liar di Fukuyama, Hiroshima
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
N. procyonoides
Nama binomial
Nyctereutes procyonoides
(Gray, 1834)
Wilayah anjing rakun
Biru—asli
Merah—Diperkenalkan

Populasi anjing rakun Asia Timur asli telah menurun pada tahun-tahun terkini kerana perburuan, perdagangan bulu, pembandaran, peningkatan haiwan berkaitan dengan tamadun manusia seperti haiwan peliharaaan dan haiwan terbiar, dan penyakit yang boleh ditularkan sesama haiwan-haiwan ini.[perlu rujukan] Ikutan pengenalannya ke Eropah tengah dan ke Eropah barat, walau bagaimanapun, ia telah dianggap sebagai spesies invasif yang berpotensi berbahaya.[6]

"Rakun Asia, sungguhpun bukan nama am yang diterima dalam kegunaan oleh komuniti sains, ialah nama yang diperoleh di bawah undang-undang persekutuan dalam pengiklanan dan pelabelan pakaian yang diperbuat daripada anjing rakun" di Amerika Syarikat.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Kauhala, K. & Saeki, M. (2008). Nyctereutes procyonoides. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 22 Mac 2009. Entri pangkalan data termasuk justifikasi untuk sebab spesies ini berisiko rendah
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama soviet
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama canids
  4. ^ Ikeda, Hiroshi (Ogos 1986). "Old dogs, new tricks: Asia's raccoon dog, a venerable member of the canid family is pushing into new frontiers". Natural History. 95 (8): 40, 44.
  5. ^ "Raccoon dog – Nyctereutes procyonoides. WAZA – Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-10. Dicapai pada 2014-07-06.
  6. ^ Sweden says open season on raccoon dogs. UPI.com (4 September 2009). Dicapai pada 27 Januari 2011.
  7. ^ Investigation Shows Raccoon Dog Most Misrepresented Fur in America

Pautan luar

sunting