Anjing serigala Czechoslovakia

baka anjing dari Czechoslovakia

Anjing serigala Czechoslovakia[a] ialah satu baka anjing serigala yang bermula sebagai uji kaji yang dijalankan di Czechoslovakia pada tahun 1955. Baka ini dikenali sebagai anjing serigala Czech[b] sehingga tahun 1982.[1][2][3]

Anjing serigala Czechoslovakia
Negara asalCzechoslovakia
Trait
Berat Jantan 30 kg (66 lb)
Betina 26 kg (57 lb)
Tinggi Jantan 65 cm (26 in)
Betina 60 cm (24 in)
Bulu Lurus dan rapat
Warna Kelabu kekuning-kuningan atau kelabu perak dengan ciri topeng cerah
Saiz perinduk 6–7 ekor
Jangka hayat 12–16 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)
Pasangan anjing serigala Czechoslovakia

Selepas mula-mula membiakbakakan anjing gembala Jerman susur galur pekerja dengan serigala kelabu Karpatos, sebuah rancangan diusahakan untuk mewujudkan satu baka yang mempunyai perangai, mentaliti kawanan, dan kebolehlatihan anjing gembala Jerman dan kekuatan, binaan fizikal, dan stamina serigala Karpatos. Baka ini pada asalnya digunakan sebagai anjing peronda sempadan tetapi kemudian digunakan dalam pencarian dan penyelamatan, sukan schutzhund, penjejakan, penggembalaan, ketangkasan, kepatuhan, perburuan, dan penarikan beban di Eropah dan di Amerika Syarikat.

Ia diiktiraf secara rasminya sebagai baka kebangsaan di Czechoslovakia pada tahun 1982 dan diiktiraf secara rasmi sebagai baka oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) pada tahun 1989.

Sejarah sunting

 
Anjing serigala Czechoslovakia di Pergunungan Alp

Pada tahun 1955, Karel Hartl mula mempertimbangkan penyilangan seekor serigala kelabu Karpatos dengan seekor anjing gembala Jerman sebagai uji kaji sains di kenel ketenteraan di Czechoslovakia. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, idea dicetuskan untuk mengasaskan baka baharu. Hibrid pertama seekor serigala betina bernama Brita dan anjing gembala Jerman jantan bernama Cézar lahir pada 26 Mei 1958 di Libějovice, Czechoslovakia (Republik Czech sekarang).[4]

Anak-anak anjing generasi pertama menyerupai serigala dari segi penampilan dan tingkah laku. Pembesaran anak-anak anjing ini sukar; pelatihan adalah mungkin, tetapi hasilnya tidak sepadan dengan usaha. Pada usia dewasa, anjing-anjing ini sekali lagi dibiakbakakan dengan anjing gembala Jerman, lalu mengurangkan perkadaran darah serigala kepada 6.25% pada generasi keempat. Kebanyakan individu daripada generasi ketiga dan generasi keempat dapat menghadiri kursus normal dan dapat ditempatkan dalam prestasi perkhidmatan. Berbanding dengan anjing, hibrid ini mempunyai kemahiran pandu arah, penglihatan malam, pendengaran, dan deria bau lebih baik. Dalam ujian daya ketahanan, hibrid menyelesaikan keseluruhan laluan 100 km (62 bt) tanpa keletihan.[perlu rujukan]

Syarahan oleh Hartl, "Hasil penyilangan serigala dengan anjing", menarik perhatian besar pada Pertunjukan Anjing Sedunia yang diadakan pada Jun 1965 di Brno dan di Praha pada mesyuarat tahunan Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) dan Kongres Kinologi Antarabangsa. Pada tahun berikutnya, Ing. Hartl menyusun draf piawaian bagi baka anjing baharu. Pengawanan serigala Brita dengan anjing gembala Jerman Kurt kemudian mencipta dasar bagi susur galur kedua. Susur galur ketiga dibuat dengan penyertaan serigala Argo dengan anjing gembala Jerman betina Astra daripada SNB. Pada tahun 1977, seekor betina hibrid generasi ketiga bernama Xela milik pihak pengawal sempadan dipasangkan dengan serigala Sarika; ia juga mengawan dengan Orta yang merupakan betina daripada milik pihak pengawal sempadan.[perlu rujukan]

Walau bagaimanapun, baka dalam pengasasan berulang kali menolak pengiktirafan, dan pada tahun 1970-an, kebanyakan anjing pembiakbakaan dipindahkan ke kenel ketenteraan Slovakia dekat dengan Malacky, di bawah pengawasan naib komander Mejar František Rosík. Pada tahun 1971–1981, perinduk lahir hanya di Slovakia. Pada tahun 1982, Klub chovatelů československého vlčáka ("Kelab Pembiak Baka Anjing Serigala Czechoslovakia") dibentuk di Brno, dengan bidang kuasa ke atas seluruh wilayah bekas Czechoslovakia.[perlu rujukan]

Pada tahun 1982, baka ini sekali lagi dipersembahkan untuk pengiktirafan oleh František Rosík melalui Klub chovatelů československého vlčáka (kini terbahagi kepada Kelab Baka Czech dan Slovakia), dan kali ini, ia diiktiraf oleh persatuan pembiak baka Czechoslovakia sebagai baka kebangsaan. Penambahan darah serigala terakhir berlaku pada tahun 1983. Serigala Lejdy dari Zoo Ohrada di Hluboká nad Vltavou melahirkan susur galur terakhir bagi baka baharu ini dengan bapa kepada anak-anak anjing itu yang merupakan anjing gembala Jerman Bojar von Shottenhof. Sejak masa itu, pembiakbakaan hanya dijalankan dalam populasi tertutup dan baka terkembang ini dirujuk sebagai anjing serigala Czechoslovakia.[perlu rujukan]

Pada tahun 1989, ia diiktiraf sementara sebagai piawaian FCI no. 332, kumpulan 1, seksyen 1. Ia memenangi gelaran "Juara Dunia" dalam Pertunjukan Anjing Sedunia di Brno pada tahun 1990. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 1999, baka ini mengesahkan kebolehhidupannya dan memenuhi semua kriteria FCI, lalu memperoleh pengiktirafan penuh bagi baka anjing serigala Czechoslovakia.[perlu rujukan]

Pada tahun 2012, baka ini berjumlah 168 ekor betina dewasa dan 170 ekor jantan dewasa yang didaftarkan secara rasmi di Republik Czech.[5] Sehingga Januari 2014, anak anjing paling banyak setiap tahun didaftarkan di Itali (sehingga dua ratus ekor), di Republik Czech (kira-kira 100 ekor), dan di Slovakia (kira-kira 50 ekor).[6] Baka ini semakin popular di United Kingdom juga dengan sebilangan anjing serigala Czechoslovakia yang bekerja dalam pencarian dan penyelamatan[7] yang disokong oleh kelab baka berdedikasi.[8]

Analisis DNA sunting

Pada tahun 2015, sebuah kajian DNA tentang baka ini yang dibandingkan dengan anjing gembala Jerman dan serigala Karpatos mendapati hanya dua haplotip DNA mitokondrion ibu dan dua haplotip DNA Y induk pada baka ini. Kedua-dua haplotip mDNA dan satu haplotaip yDNA berasal daripada anjing gembala Jerman dan merupakan hasil penyilangan kembali. Haplotip yDNA lagi satu adalah unik kepada baka ini. Keempat-empat haplotip adalah berbeza daripada yang pada populasi-populasi induk. Keputusan menunjukkan introgresi terhad bagi alel serigala (ekspresi genetik) dalam perkadaran lebih tinggi bagi genom anjing, yang tekal dengan penyilangan kembali yang digunakan pada baka ini.[5]

Penampilan sunting

Ketinggian bahu terendah ialah 65 cm (26 in) untuk jantan dan 60 cm (24 in) untuk betina dan tiada had atas. Bingkai tubuhnya berbentuk segi empat tepat dengan nisbah ketinggian dengan panjang sebanyak 9:10 atau kurang. Berat minimum ialah 26 kg (57 lb) untuk jantan dan 20 kg (44 lb) untuk betina. Ekspresi kepala mesti menunjukkan jantina. Mata ambar terletak dengan serong dan telinga tegak pendek berbentuk segi tiga merupakan ciri khasnya. Set giginya lengkap (42 batang) dan sangat kuat; kedua-dua kegigian berbentuk gunting dan berbentuk playar dapat diterima. Tulang belakangnya lurus, kuat dalam pergerakan, dengan loin pendek. Dadanya besar dan rata dan tidak pula berbentuk tong. Perutnya kuat dan tertarik ke dalam. Belakangnya pendek dan sedikit condong; ekornya terletak tinggi-tinggi dan, apabila sebebasnya direndahkan, mencapai tarsus. Tungkai hadapan adalah lurus dan tidak merenggang luas-luas, dengan kaki sedikit terbuka, dengan radius dan metakarpus panjang. Tungkai belakangnya berotot dengan betis dan kekura kaki panjang.[perlu rujukan]

Warna lapis bulunya ialah kuning-kelabu hingga perak-kelabu dengan topeng ringan. Helaian bulunya lurus, rapat, dan sangat tebal. Anjing serigala Czechoslovakia ialah peligas kuat tipikal; pergerakannya ringan dan berharmoni dan gaya langkahnya panjang.[perlu rujukan]

Perangai sunting

 
Seekor anjing serigala Czechoslovakia

Anjing serigala Czechoslovakia menjalin hubungan sosial sangat kuat; bukan hanya dengan pemiliknya tetapi dengan seluruh keluarga. Ia mampu semudahnya belajar untuk hidup dengan haiwan rumah lain yang tergolong dalam keluarga berkenaan; namun, kesukaran dapat berlaku dalam pertemuan dengan haiwan asing. Ada kepentingan untuk menindas keghairahan anjing serigala Czechoslovakia untuk perburuan semasa ia masih anak anjing untuk mengelakkan tingkah laku agresif terhadap haiwan lebih kecil sebagai dewasa. Anak anjing tidak patut diasingkan di dalam kenel; ia mesti disosialisai dan dibiasakan dengan persekitaran berlainan. Anjing serigala Czechoslovakia betina cenderung untuk lebih mudah dikawal, tetapi kedua-dua jantina kerap mengalami masa remaja bergelora.[perlu rujukan]

Anjing serigala Czechoslovakia sangat suka bermain, berperangai, dan belajar semudahnya. Walau bagaimanapun, ia tidak berlatih secara spontan; tingkah laku anjing serigala Czechoslovakia seketatnya bertujuan: ada keperluan untuk mencari motivasi untuk pelatihan. Punca paling kerap bagi kegagalan ialah bahawa anjing berkenaan letih dengan pengulangan tidak berguna bagi senaman sama, yang mengakibatkan kehilangan motivasi. Anjing ini mempunyai deria mengagumkan dan sangat pandai mengikut jejak. Ia sangat berdikari dan mampu bekerjasama dalam kawanan dengan tujuan khas. Jika perlu, ia dapat semudahnya mengalihkan menganjakkan aktivitinya ke waktu malam. Kadang-kadang masalah boleh dapat semasa pelatihannya apabila salakan diperlukan. Anjing serigala Czechoslovakia mempunyai pelbagai cara untuk mengungkapkan diri dan salakan adalah tidak semula jadi untuknya; ia mencuba untuk berkomunikasi dengan tuannya dengan cara lain (terutamanya melalui bahasa badan, tetapi juga dengan bunyi senyap seperti geraman, dengusan, dan ngongoian). Pada umumnya, pengajaran anjing serigala Czechoslovakia prestasi stabil dan boleh dipercayai mengambil masa lebih lama daripada pengajaran baka khusus tradisional. Anjing serigala Czechoslovakia telah berjaya digunakan sebagai anjing pencarian dan penyelamatan (SAR) di Itali, walaupun pengendalian anjing ini memerlukan lebih banyak usaha daripada baka lain.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ سريݢالا چيکوسلوۏاکيا; Czech: československý vlčák; Slovak: československý vlčiak; bahasa Inggeris: Czechoslovakian wolfdog; Czechoslovak wolfdog; Czechoslovakian vlcak
  2. ^ Jawi: انجيڠ سريݢالا چيک; Czech: český vlčák; Slovak: český vlčiak; bahasa Inggeris: Czech wolfdog

Rujukan sunting

  1. ^ Štýbr, Jakub. "KAREL HARTL & ČESKOSLOVENSKÝ VLČÁK (2. ČÁST)". psisporty.cz (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  2. ^ "Krátká historie plemene československý vlčák". wolfdogs.cz (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  3. ^ "About the breed". The Czechoslovakian Wolfdog Club of GB (dalam bahasa Inggeris). 2 Mei 2020. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  4. ^ Marek, Lukáš (23 Mac 2019). "V zámku armáda křížila vlka s ovčákem. Dnes je zapomenutý a chátrá". iDNES.cz (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 1 Februari 2024.
  5. ^ a b Smetanová, Milena; Černá Bolfíková, Barbora; Randi, Ettore; Caniglia, Romolo; Fabbri, Elena; Galaverni, Marco; Kutal, Miroslav; Hulva, Pavel (2015). "From Wolves to Dogs, and Back: Genetic Composition of the Czechoslovak Wolfdog". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 10 (12): e0143807. Bibcode:2015PLoSO..1043807S. doi:10.1371/journal.pone.0143807. PMC 4670199. PMID 26636975.
  6. ^ "Československý vlčák (ovčácké, pastevecké a honácké plemeno)". Wiki-zena.centrum.cz (dalam bahasa Czech). 30 Januari 2014. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  7. ^ The Czechoslovak Wolfdog Club of Great Britain, "Achievements" (Inggeris) Diarkibkan 28 Mac 2018 di Wayback Machine, 27 Mac 2018
  8. ^ "The Czechoslovakian Wolfdog Club of GB". The Czechoslovakian Wolfdog Club of GB (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting

Templat:Hibrid mamalia