Anjing tarikan

jenis anjing

Anjing tarikan atau anjing penarik ialah anjing yang dibiakbakakan dan digunakan secara tradisional untuk menarik kereta anjing, atau pada musim sejuk juga untuk penarikan kereta luncur salji.[1] Anjing yang dibiakbakakan untuk kerja ini mempunyai binaan kuat. Banyak anjing tarikan sama ada merupakan mastif atau keturunan anjing penjaga haiwan ternakan, kedua-duanya merupakan anjing dengan binaan padu.[2]

Seekor anjing tarikan, 1915
Penjual susu: fotokrom yang menunjukkan dua orang penjaja yang menjual susu dari kereta anjing di Belgium; abad ke-19

Haiwan pekerja

sunting

Anjing ini ialah haiwan pekerja, yang digunakan secara tradisional untuk penarikan kereta kecil yang dipanggil kereta anjing atau dogcart.[3] Saiz kereta memadani saiz anjing. Pada zaman moden, carting anjing telah menjadi kegiatan riadah dan pertandingan.[4] Pada abad ke-20, kolar kepala diperkenalkan untuk menjadikan kawalan lebih ringkas dan telah menjadi peralatan standard dengan pelbagai reka bentuk.[5]

Beberapa baka popular pernah dibiakbakakan khusus untuk menarik kereta, termasuk collie, anjing gunung Bern, anjing Santo Bernard, anjing lembu Flandre, anjing Newfoundland, dan anjing Rottweil, walaupun kerap mempunyai kegunaan lain seperti anjing pengawal dan anjing gembala biri-biri.[6][7]

Anjing gunung besar Switzerland ialah anjing pekerja besar yang digunakan oleh tukang daging, peniaga lembu, pekerja buruh, dan petani, yang menggunakannya sebagai anjing pengawal, anjing penggiring, dan anjing tarikan.[8][9]

Anjing gunung Bern ialah anjing pekerja besar dengan perangai tenang yang unggul untuk penarikan kereta, seperti yang pernah dilakukankan di Switzerland. Baru-baru ini, ia telah digunakan untuk menarik kereta untuk membawa kanak-kanak atau untuk muncul dalam perarakan.[10]

Dalam kebudayaan

sunting

Seniman Belanda-Belgium Henriëtte Ronner-Knip (1821–1909) melukis banyak gambar dalam gaya Romantik tentang anjing tarikan yang menarik kereta anjing.[11] Anjing kereta luncur salji digunakan untuk menarik peralatan dan orang dengan cekap di atas salji dan ais dalam ekspedisi tahun 1911 Roald Amundsen ke Kutub Selatan.[12]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Gerth, Nadine; Sum, Steffen; Jackson, Sue; Starck, Johannes Matthias (15 April 2009). "Muscle plasticity of Inuit sled dogs in Greenland" [Keplastikan otot bagi anjing tarikan Inuit di Greenland]. The Journal of Experimental Biology (dalam bahasa Inggeris). The Company of Biologists. 212 (8): 1131–1139. doi:10.1242/jeb.028324. hdl:10019.1/12944. ISSN 1477-9145. PMID 19329747. S2CID 5238302.
  2. ^ Mansourian, Erika (1 Mei 2015). "Breeds Who Enjoy Drafting Just for the Haul of it" [Baka yang Menikmati Penarikan Hanya kerana Penghelaan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ "DOGCARTS & LIONCARTS" [KERETA ANJING DAN KERETA SINGA] (dalam bahasa Inggeris). Messybeast. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024. Tapak web mengandungi banyak lukisan anjing tarikan yang menarik kereta anjing.
  4. ^ Waldbaum, Laura (Mac 2011). Carting with Your Dog: Positive Draft Training for Fun and Competition [Carting dengan Anjing Anda: Pelatihan Penarikan Positif untuk Keseronokan dan Pertandingan] (dalam bahasa Inggeris). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781617810329. OCLC 1006418241.
  5. ^ Jensen, Per, penyunting (2007). The Behavioral Biology of Dogs [Biologi Tingkah Laku Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Wallingford, Oxfordshire, United Kingdom: CAB International. m/s. 238. ISBN 9781845931889. OCLC 86083540.
  6. ^ Mehus-Roe, Kristin (21 Januari 2009). Canine Sports & Games: Great Ways to Get Your Dog Fit and Have Fun Together! [Sukan dan Permainan Anjing: Cara Hebat untuk Mencergaskan Anjing Anda dan Berseronok Bersama-sama!] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 232–237. ISBN 9781603426459. OCLC 680286219.
  7. ^ Coren, Stanley; Hodgson, Sarah (15 Februari 2011). Understanding Your Dog for Dummies (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 100. ISBN 9781118052761. OCLC 864463799.
  8. ^ "Great Swiss Mountain Dog" [Anjing Gunung Besar Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Sejarah Semula Jadi Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2009. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ Moustaki, Nikki (5 Jun 2012). Greater Swiss Mountain Dog: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Gunung Besar Switzerland: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 5. ISBN 9781593787226. OCLC 798535482.
  10. ^ Young-Knox, Sara (2 Disember 2012). "Conway celebrates with jolly holiday parade" [Conway raya dengan perarakan percutian riang] (dalam bahasa Inggeris). New Hampshire Union Leader. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  11. ^ "Henriette Ronner-Knip - Artworks" [Henriette Ronner-Knip - Karya seni] (dalam bahasa Inggeris). Athenaeum, Bury St Edmunds. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  12. ^ Huntford, Roland (1985). The Last Place on Earth [Tempat Terakhir di Bumi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pan Books. m/s. 90, 248. ISBN 9780330288163. OCLC 12976972.

Templat:Haiwan pekerja