Annuar Ayub
YB Datuk Annuar Ayub @ Banand (juga dikenali sebagai Datuk Annuar Ayub Aman, Singkatan AAA) adalah merupakan seorang ahli politik tempatan Sabah, Malaysia. Disamping itu, Beliau juga merupakan Ahli utama bagi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kawasan Liawan menggantikan Rasinin Kautis setelah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu.[3][4] Pada tahun 2023, Beliau adalah salah seorang Naib presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mewakili kawasan Dun Liawan.[5]
YB Datuk Annuar Ayub PGDK (Sabah) | |
---|---|
![]() | |
Anggota Dewan Undangan untuk Liawan | |
Memegang jawatan 8 Oktober 2020 | |
Didahului oleh | Rasinin Kautis |
Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku | |
Memegang jawatan 2016 Berkhidmat dengan | |
Presiden | Jeffrey Kitingan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Anwar bin Ayuub @ Annuar bin Ayub[1] 29 Ogos 1962 Liawan, Sabah, Malaysia[2] |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() (gabungan politik Sabah) |
Pasangan | Datin Tengku Adlina Marita Datuk Dr. Tengku Zainal Adlin |
Hubungan | Musa Aman (bapa saudara) Anifah Aman (bapa saudara) Yamani Hafez Musa (sepupu) |
Pekerjaan | Ahli politik tempatan Sabah |
Profesion | Penganalisis politik (Profesion Bidang Politik) |
Kerjaya politik sunting
Beliau memulakan kerjaya poltik dengan menyertai Parti STAR Sabah pada 18 December 2018. Beliau telah menjadi ahli utama bagi Parti STAR Sabah kerana sumbangan-sumbangan yang beliau telah berikan kepada orang-orang di sekitar Keningau terutamanya di tempat beliau sendiri iaitu di Liawan. Pada tahun 2020, Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kawasan Liawan, menggantikan Rasinin Kautis setelah memenangi kerusi Liawan. Selepas kemenangan beliau pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 di Dun Liawan, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Parti STAR Sabah mewakili kawasan Dun Liawan.[6]
Keluarga dalam bidang politik sunting
Annuar merupakan anak kepada Datuk Ayub Aman yang pernah menjadi Menteri di Sabah sewaktu Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah pada 1976 hingga 1984 lalu. Bapa saudara beliau, Musa Aman adalah mantan Ketua Menteri Sabah, manakala seorang lagi bapa saudara beliau, Anifah Aman adalah mantan Menteri Luar Negeri Malaysia dan kemudiannya dilantik Presiden Parti Cinta Sabah yang bertanding pada Pilihan raya negeri Sabah 2020.[7]
Sepupunya, Yamani Hafez Musa adalah Ahli Parlimen Sipitang yang menganggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN Rakyat), sebuah parti komponen utama dalam [8]Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[9]
Anugerah sunting
Rujukan sunting
- ^ BIODATA ANNUAR AYUB
- ^ BIODATA ANNUAR AYUB
- ^ Keputusan PRN Sabah 2020 Liawan
- ^ BIODATA ANNUAR AYUB
- ^ BIODATA ANNUAR AYUB
- ^ BIODATA ANNUAR AYUB
- ^ PRN Sabah: Anifah Aman hadapi pertandingan empat penjuru di Bongawan
- ^ PRN Sabah: Anifah Aman hadapi pertandingan empat penjuru di Bongawan
- ^ Yamani kini ahli BERSATU